aku kacau air boba sambil termenung. apa maksud budak kepala grey tu eh? ikut cakap orang yang aku percaya?
apa sia cakap main tapis tapis. kau ingat ni filter ig ke apa. aku ni dahla blur asal.
"kau memang nak termenung je eh?" Aidan siku bahu aku. aku pandang dia. apabenda la sia.
"bila makanan nak sampai ni eh?" Aidan tengok jam dekat phone dia. dah 3:24 pm siot. lama benor makanan nak sampai.
aku perhati foodcourt Aeon ni. tak la ramai mana orang. tapi apahal makanan lambat sangat ni haih
"aku rasa macam tengah cakap dengan kayu hm" Aidan mula rasa macam bodoh bila kena palau.
"tak ah. aku perhati foodcourt je. orang tak ramai tapi makanan lambat sampai"
Aidan cuma angguk kepala. dia nampak macam bosan betul. nak main fon, malas la pulak. tiba tiba dia seluk tangan dalam hoodie dia.
"ni meh sini aku sambung warna kuku kau" Aidan tarik tangan aku.
eh ye jugak. dia tak habis warna kuku aku dua hari lepas sebab gaduh. tapi aku menang sebab aku perempuan.
aku ignore pandangan sesetengah orang yang nampak macam kerang busuk pandang kitorang. tak, bukan kitorang. pandang Aidan.
kawan kawan aku semua handsome termasuk Aidan yang lembut. tapi memang tak ah aku nak puji depan depan.
"aidan, kalau tetiba ada orang yang kau tak kenal, pastu cakap bukan bukan kat kau, kau percaya tak?" aku tanya dengan harapan Aidan tak jawab dengan bodoh.
"cakap bukan bukan macam mana tu? kau ni cuba spesifik sikit" Aidan yang tengah tekun warnakan kuku aku tanya balik.
alhamdulilah mulut dia tak puaka. kalau tak memang mampos je dia ni.
dahla aku datang Aeon ni dengan dia je. harini kan firstday cuti panjang so yang lain semua nak tido je. Aidan jela rajin sikit nak kesana kesini dengan aku.
"semalam, ada sorang mamat ni dia tarik tangan aku masuk dalam kelas kosong dekat block makmal tu" aku mula cerita dekat dia.
"dia ada buat apa apa ke kat kau?!" Aidan hentak meja. sampai angkat kepala tengok aku
TERKEJUT AKU BODOH LA DIA NI
aku pandang Aidan pelik. dia ingat aku ni tak pandai backup diri sendiri ke? dia lupa ke aku ni duduk rumah sorang sorang je macam orang bodo.
"kau ingat aku tak reti jaga diri ke"
Aidan buat muka lega. entah sejak bila dia ni reti risau pasal aku. ingatkan reti kecam aku je. dia sambung warna kuku aku.
"ha lepastu? kau ni memang kaum penyangkut. cerita apa apa mesti tergantung. bosan betul aku"
aku mencebik. dia ni memang tak reti sabar. mulut kepoh betul kalah perempuan.
"lepastu dia cakap. dia suruh aku percayakan orang yang aku percaya" aku tenung Aidan. tolongla kalini dia tak start buat perangai annoying.
Aidan berhenti warna kuku aku. dia angkat muka pandang aku.
"aku rasa dia saja je cakap macam tu dekat kau. nak attention. lagipun, basic la kan benda tu?" Aidan kalini betul betul nampak serious.
ye jugak. benda yang stranger semalam tu cakap memang something yang semua orang buat.
siapa je tak percaya orang yang dia percaya kan? baca balik
"eh ye—"
"here your order" percakapan aku dipotong bila sorang lelaki letak dua pinggan kuey teow kungfu dekat atas meja.
YOU ARE READING
Prank
Teen FictionSebab satu prank yang rupanya satu signal bahawa hidup aku bakal kucar kacir. macam mana aku boleh masuk dunia lain tiba tiba ni? oh, ramainya orang handsome. tapi sejujurnya, aku tak faham apa yang terjadi. apa pun, aku berusaha untuk survive dalam...