@ammarazizzan( IG bakal tunang Alina)
lima hari lagi Alina bakal bertunang dengan pilihan keluarganya . Lima hari juga Alina bagai tidak tentu arah .
Kenapa? Mungkin sebab resah dengan lelaki yang bakal bertunang dengannya . Atau sebab Qaireena?
Qaireena keluar Negeri atas urusan kerja . Itu sahaja . Tapi kenapa Alina rasa tak sedap hati sedari tadi?
" Lina " Panggil ibu Alina sejurus tiba ke meja makan , Nur Adra
" Ya , ibu " Sambut Alina .
" Kamu tahu kan lagi berapa hari je untuk kamu bertunang ? " Soal Puan Nur Adra .
" Ya , ibu . Kenapa? "
" Lina nak tahu ke nama bakal tunang Lina ? " Soal Puan Nur Adra .
" Ntahlah ibu , hati ni rasa tak sedap hati bu . Agaknya ada sesuatu terjadi ke ? "
" Err Lina, Ibu minta maaf sebab tak bagitahu hal ni . Sebenarnyaa.."
" Sebenarnya apa ibu ? " Pantas Alina
**********
" Kenapa dengan dia tu ? " Soal Darwisy , abang sulung Alina .
" Ibu dah bagitahu dia hal sebenar " Perlahan saja bicara Puan Nur Adra .
" Oh, jadi apa reaksi dia ? " Soal Dariwsy lagi
" Macam tu lah " Ujar Puan Nur Adra sambil memuncungkan bibir ke arah Alina yang sedang duduk di pondok .
" Hm, tak apalah ibu . Nanti lama-lama dia okay lah tu " Darwisy cuba memujuk ibunya
" Hm..yelah "
Sementara itu , Alina..
Kedengaran bunyi telefon milik Alina . Alina sedikit hairan selepas melihat nombor yang tertera
' Siapa ni ' Soal hati kecil Alina
Alina segera mengangkat selepas 2-3 kali telefon itu minta diangkat .
Alina terkejut dengan pemilik suara itu , siapa lagi kalau bukan Bakal tunangnya?
" Waalaikumusalam , ni lah emm..ba ...bak .." Entah kenapa Alina tergagap sedikit untuk mengatakan ...
" Ye , sayalah.Fariq.Bakal tunang awak . " Tenang sahaja bicara Fariq
" Awak tak kisah ke kalau saya ni ... - "
" Ye , saya tak kisahlah awak siapa . Tak kisah pun dengan masa silam awak . Even awak ni anak luar nikah pun saya tak kisah . Lagi pun Nabi Muhammad tak cakap pun bahawa lelaki diharamkan untuk menikah dengan perempuan yang berstatus anak luar nikah .
Lagi pun , saya rasa tiada apa-apa yang berhak untuk menghalang pertunangan kita kecuali jodoh sampai situ sahaja . " Panjang lebar ucap Fariq itu . Sungguh dari hati dia berkata itu .
Jujur dari hati . Langsung tiada niat untuk perlekehkan gadis berstatus anak luar nikah itu . Lagi pun , siapa tahu jika Alina sememangnya anak luar nikah ? Hanya ibu , abang sulung , kakak kedua dan arwah ayah nya yang tahu status sebenar Alina .
Dan kini , lelaki yang bakal bergelar tunang nya itu juga sudah mengetahui status sebenar Alina . Pilu hatinya kerana merasa dirinya dipilih kasih .
Yelah , mana taknya . Alina baru tahu kalau dia tu anak luar nikah . Tapi orang lain semua dah tahu dulu sebelum dia . Mungkin ibunya , puan Nur Adra tidak mahu melihat Alina sengsara , terseksa selepas mengetahui status sebenar dirinya .
" Ouh..Kalau macam tu , awak yakin kita akan berjaya menyahut segala cabaran yang bakal kita sahut lepas tunang nanti ? " Soal Alina
" Ye , saya yakin sangat! " Tegas bicara Fariq
" Okay lah kalau macam tu , saya harap sangat awak jaga hubungan kita tu elok-elok " Alina juga tegaskan ucapan itu
" Hm..In Sha Allah :) "
" By The Way , dari mana awak dapat nombor saya ? " Soal Alina
" Dari bakal mama mertua awak " Fariq cuba bergurau senda kerana dia tahu Alina pasti sedang sedih dengan berita yang didengarinya .
Mahu mengusir rasa sedih dan gelisah , mungkin . " Hahaha , ni baru bertunanglah .Bukan nikah " Ujar Alina berselang-seli dengan ketawa .
" Yelah , siapa tahu kalau ada orang tu tak sampai sebulan bertunang dah minta nak nikah masa tu juga sebab tak tahan dengan penangan cinta ni "
" Hahahha..Ek eleh ..ntah ntah orang tu awak , Bukan saya "
"Hahaha.. Dahlah bye , client dah sampai ni .Assalamualaikum "
" Waalaikumusalam " Jawab Alina sedikit ceria . Mungkin gurauan lelaki tu yang berjaya mengusir rasa sedih .
Tanpa disedari , ada seseorang yang memerhatinya . ' Dah okay ke tu ' Soal hati kecil Puan Nur Adra .
MANA CINTA SAYA?!
KEEP VOTE AND COMMENT!
YOU ARE READING
SETIA DENDAM!
RandomKERANA DIA , AKU MERASA. KERANA DIA , AKU BERDENDAM! SEMUANYA KERANA MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN , AKU BERUBAH SEPERTI INI .