Nell dan dino berjalan ke arah bilik guru
Mereka di arahkan untuk menghantar buku latihan math di meja cikgu
Dengan rela hatinya mereka menolong, maklumlah dapat berjalan
"Tak habis habis nak jadi gangster kat sekolah , tau lah anak orang kaya tapi fikir sikit ini sekolah bukan rumah kamu"suara guru disiplin itu dapat didengari oleh nell dan dino kerana pintu bilik itu tidak tertutup
Mereka perlu melintasi bilik disiplin itu untuk sampai ke bilik guru
"Sebab apa kamu bertumbuk?"soal cikgu disiplin
Nell dan dino melintasi bilik itu..
Sempat dia melihat ke arah bilik disiplin..
Bagaikan terkena renjatan elektrik
Mata nell dan jimmy bertembung,uish seram
Mata jimmy yang sempurna itu membuatkan nell terpesona
"Terpersona ~
Aku terpesonaa~
Memandang memandang wajahmu~"nyanyi dino perlahan'bodo punya dino'getus hati nell
Jimmy memaparkan muka selambanya
Haih dia kan badboy mesti ada kes gaduh
Malas la nak ambil tahu, yang penting aku tengok dia sihat walafiat je tu
Setakat luka kecil kat bibir tu apalah sangat kan
Siapa suruh dia bergaduh..kan dah mendapat
"Elelele usya crush ke tu"bisik dino
"Bisinglah kau "kata nell..
Setelah meletakkan buku di atas meja ,nell dan dino berura ura untuk keluar dari bilik guru
Baru sahaja ingin keluar , seorang cikgu telah memanggil mereka
Tolong bawakan buku ke pss katanya
Buku yang agak berat itu dibawa mereka berdua
Nell menarik pintu bilik guru itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat jimmy yang baru sahaja melintasi bilik guru itu
Jimmy macam biasa , tidak menghiraukannya
Nell kau tak wujud ke?
Hahahahhaha kesian!
"Safura!"jerit leo
Nell memandang ke arah leo
"Meh saya tolong"kata leo..
Nell memandang dino
Ringan sikit beban kitorang kalau leo tolong kan
"Terima kasih , nah"nell memberi buku itu kepada leo
Belum sempat leo mengambil buku itu , seseorang telah mengambil nya terlebih dahulu
"Lemah sangat ke kau ni ,buku pun tak boleh nak angkat"ujar jimmy lalu menjeling dan beredar
"Ha safura ,dini , cikgu minta tolong jimmy dengan yang lain untuk bawa buku tu, beratkan... kesian pula dekat kamu berdua"ujar cikgu
Hati nell bagaikan di cocok cocok oleh pisau
Crush aku cakap macam tu dekat aku?
Benci sangat ke dia dekat nell guys?
Nell jahat eh?
YOU ARE READING
Lelaki Untuk Nellya
RomanceLelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tahu perangai lelaki itu..bad boy yang keras kepala Nell nak menegur bad boy itu? Lambat lagi Dari jauh sahaja dah rasa nak terpensan apabila...