🌼LUN

9.1K 458 27
                                    

Hari ini seperti yang di janjikan , Nell akan pulang ke rumah Ummi

Tapi masalahnya pagi tadi dia ada hal dimana perlawanan Netball nya , dia tidak dapat menarik diri kerana tiada orang yang boleh menggantinya

Dengan Janji untuk pulang ke rumah ummi, dia terpaksa pulang jua, walaupun sekarang sudah pukul 8 malam

"Huarhhh ,harap ummi tak bebel"kata Nell

Matanya sudah mengantuk tanda memerlukan tidur .

"Balik ni kalau dapat tilam, lepastu tidur, omg best nya"katanya sendiri

Kereta myvi berwarna hitam itu memasuki perkarangan rumah Ummi

Eh dah kenapa sampai berkanopi bagai ni, ada ummi buat majlis kesyukuran sebab aku balik ke apa?

Maklumlah aku kan anak kesayangan ummi

Terlihat ramai sanak saudara yang sedang bermain di luar rumah

Atau majlis tahlil ?

Siapa meninggal?

Dengan segera Nell keluar dari kereta

"Hai baby"Nafis memeluk kakak kesayangannya itu , rindu

"Eh Nafis ni asal berkanopi bagai, along nak kahwin ke apa?"soal Nell sambil membalas pelukan adiknya itu

Nafis tergelak lalu dia menarik Nell masuk

"Hai Nell"Dino melambai ke arahnya

Ha sudah, Tiga ekor ni pun ada sekali , apa yang sedang berlaku sebenarnya?

"Korang buat apa dekat sini?"soal Nell berkerut , namun mereka hanya tersengih

"Ha balik pun anak dara ummi sorang ni"kata Ummi lalu menarik Nell dari pelukan Nafis

"Alah Ummi biarlah Nafis peluk kak Nell lama sikit, orang rindu la"kata Nafis masih tidak mahu melepaskan kakaknya itu

"Eih banyak lah , lepas kak Nell dulu , biar dia makan"kata Ummi lalu menarik Nell ke meja

"Udang?"soal Nell

Ummi tersengih lalu dia meletakkan udang di dalam nasi Nell

Setelah membasuh tangan , Nell menyuapkan nasi ke dalam mulutnya

"Apa ni Nell tak faham, dengan Ummi masak udang, jarang jarang ummi masak udang kat rumah ni, lepas tu ramai anak beranak ummi , esok raya ke tapi raya kan dah lepas"kata Nell , mulutnya di penuhi dengan nasi

"Makan dulu la"kata Dino

"Okay sebenarnya...ummi suruh Nell balik sebab.."ummi menggantungkan ayatnya

"Sebab esok kak Nell Kahwin"sambung Nafis

Habis tersembur makanan di dalam mulutnya

Lantas dia mengambil air di dalam cawan untuk di teguk

"Weh kau okay tak?"soal Meyra

"Ka...kahwin?"soal Nell

"Ya, kejap lagi kak min pakai kan inai dekat Nell , Nell dah kenal kan dengan min?"soal Ummi

"Apa ni ummi, kenapa tak bagitahu pun esok tarikh nikah, patut la beria suruh Nell pergi khusus kahwin bulan lepas"kata Nell

"Nak buat macam mana, siapa suruh Nell lari masa majlis Dinner haritu..kesian tunang Nell"balas Ummi

"Nell bukan lari..Nell ada hal "balas Nell

"Hmn ialah tu , kesian tunang Nell dah bertahun tunggu Nell, tak elok bertunang lama lama, so esok tarikh nikah Nell"kata Ummi teruja

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now