Jimmy menarik selimut menutupi badannya. Selesai solat bersama Nell, dia terus mendapatkan katil untuk berehat.
Nell pula sedang melipat sejadah dan telekung
Setelah siap , dia berjalan ke arah katil di mana Jimmy sedang baring menghadap belakang.
Dengan senyuman dia menarik selimut lalu teddy bear besar di letakkan di bawah .
Belakang Jimmy di peluk kemas. Jimmy tersentak . Terus lebar senyumannya. Namun dia menyorokkan senyuman .
"Wah selesanya"kata Nell . Namun , setelah beberapa saat. Nell bergerak ke sebelah sana. Memeluk jimmy dari hadapan .
"Ha lagi selesa"kepala di letakkan di dada Jimmy
Jimmy pula sudah tersenyum kambing namun dia menyorokkan senyumannya.
"Tapi lagi best peluk bear lah"Ujar Nell lalu pelukan di lepaskan. Baru sahaja ingin turun dari katil. Dirinya di tarik oleh Jimmy
"Abang bakar jugak teddy bear besar tu nanti. Suami ada buat apa peluk teddy bear "kata Jimmy
Nell tergelak . Lucu melihat rajuk suaminya itu
"Orang gurau pun tak boleh.buruk betul lelaki merajuk"balas Nell
Jimmy sudah terlopong. Bini aku cakap aku buruk? Eh hello ?
"Muka punya hensem macam ni sayang kata buruk "balas Jimmy
"Ish gurau je la. Emo sangat kenapa awak ni. Datang matahari ke?"kata Nell geram
"Fine!"balas Jimmy lalu memeluk Nell semula . Mana bole tak peluk Nell sehari!! Kalau boleh nak je bawa Nell pergi kerja
Letak dalam beg ke . Tapi tu la , tak muat!
"Tido la tadi cakap nak tidur"kata Nell
"Marah abang pulak"kata Jimmy tidak puas hati
"Mana ada marah. Abang ni tengok Nuh tu, helok je, hens-"baru sahaja ingin memuji Nuh , mulutnya ditekup oleh Jimmy
"Jangan sampai abang buang Nuh ha, Abang ni lagi hot dari Nuh tu la"balas Jimmy
"Tak baik la nak buang dia, dia tak salah apa apa pun"balas Nell
Jimmy muncung , ye Nuh tak salah. Dia juga yang salah.
"Dah tidur la cepat"kata Nell lagi lalu belakang badan suaminya di tepuk tepuk perlahan .
Setelah beberapa minit , akhirnya mereka berdua tertido kepenatan .
Bunyi telefon berbunyi mengganggu tidur Nell. Terus dia bangun lalu mencari punca bunyi itu.
Terpapar nama Athirah di skrin telefon suaminya. Jimmy pula mungkin berada di dalam tandas .
Terus dia menekan punat hijau itu lalu di letakkan di telinganya
Sebok je minah ni . Menganggu tidur orang
"Hello jimmy"suara Athirah di hujung talian
"Jimmy tak ada , dia dalam tandas. Nak apa ?"soal Nell
"Kenapa kau angkat telefon dia?"soal Athirah geram
"Dah bising sangat. Aku tengah tidur terus terbangun "balas Nell
"Sayang..."Jimmy yang baru keluar dari bilik air memanggil Nell
"Ni ha. Telefon abang bunyi banyak kali. Kacau je orang tengah tidur. Benci betulla. Dah tak boleh tidur"kata Nell
YOU ARE READING
Lelaki Untuk Nellya
RomanceLelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tahu perangai lelaki itu..bad boy yang keras kepala Nell nak menegur bad boy itu? Lambat lagi Dari jauh sahaja dah rasa nak terpensan apabila...