Nell memandang telefon di tangannya, 'Ummi Nell tak biasa la dengan situasi macam ni'kata hatinya
"Dear~"tangan Nell di pegang lembut oleh Jimmy yang baru sahaja masuk ke dalam bilik
"Awak buat apa dekat sini, pergi la makan"Terkejut dirinya apabila melihat kehadiran si suami
"Kalau abang duduk lama dekat bawah tu, bahaya sayang, koma orang tua tu nanti"balas Jimmy
Tubuh Nell di tarik ke dalam pelukan
"Tak baik lah"balas Nell
"Orang macam tu kita tak boleh buat baik sayang, aku dah lama bagi muka dekat dia"kata Jimmy , wajahnya berubah menyampah apabila teringat muka mak su nya itu
"Jom"Jimmy menarik Nell bangun
"Pergi mana?"soal Nell sambil mengerutkan keningnya
"Pergi makan dekat luar, dating"kata Jimmy
"Tak apa ke?"soal Nell
"Apa yang tak apa sayang,dari duduk kat meja makan tu, tengok muka anak beranak tu, menyampah"kata Jimmy
"Nak makan kat mana?"soal Nell lagi
"Kita pergi jalan jalan dulu , cari tempat best"kata Jimmy
Nell mengangguk
Setelah itu, mereka berdua keluar dari bilik dan turun ke bawah
"Bang nak pergi mana?"soal Aydan
"Makan"balas Jimmy , tangannya setia melekat di tangan Nell
"Mengada nak makan kat luar lah tu, perempuan tak sedar diri, tak bersyukur betul"kata kata sinis keluar dari mulut maksu
Nell hanya menunduk
"Ya Allah"papa mengeluh penat
"Suka hati wife aku la nak makan kat mana, ada dia minta duit kau ke yang kau bising sangat ni?"soal Jimmy dingin
"Tak apa pergi la Jimmy, daripada makan dekat sini, hati hati ya"kata Papa kepada anaknya
Tanpa banyak kata , Jimmy menarik isterinya keluar dari rumah itu
"Orang tua tu memang tak sedar diri, small small not die , big big trouble people"kata Jimmy
Pintu kereta isterinya di buka , tali pinggang di tarik
Lalu dahi isterinya di cium
Nell hanya melihat tingkah laku suaminya
Pintu penumpang di buka oleh Jimmy , wajah Nell di pandang
"Jom cantik"kata Jimmy sambil memegang tangan isteri tercintanya
Nell tersenyum
Kereta itu di pandu keluar dari perkarangan rumah orang tuanya
"Sweetheart nak makan nasi atau makanan lain?"Soal Jimmy lembut
"Tak kesah la, Nell ikut je"balas Nell , matanya melilar di sekitar kawasan itu
"Kita makan McDonald's , drive thru boleh?"soal Jimmy
Nell mengangguk, setelah itu Jimmy memesan makanan untuk mereka berdua melalui drive thru
"Kita makan dekat mana?"soal Nell kepada suaminya
"Kita dating tepi tasik"balas Jimmy , nak dating konon.
Eh biarlah isteri aku.
Setelah membayar , kereta di pandu ke destinasi mereka
"Okay jom"kata Jimmy lalu membuka pintu keretanya
YOU ARE READING
Lelaki Untuk Nellya
RomanceLelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tahu perangai lelaki itu..bad boy yang keras kepala Nell nak menegur bad boy itu? Lambat lagi Dari jauh sahaja dah rasa nak terpensan apabila...