"Setahun kitorang bagi masa pada you, Aya... Still stuck?" Ryona, pengurus bagi syarikat publisher novelnya.
Aya Jelita hanya mampu mengeluh. Mug berisi coklat panas ditenung lama.
"Please Ryona... You kena faham keadaan I. Ingat senang ke jadi penulis nie?" Nada suara Aya Jelita sedikit keras. Sakit hati juga pabila dipaksa dan diperlekehkan oleh pihak publisher. Mereka hanya nak untung saja!
"Okey... I bukan tak faham dengan keadaan you... Tapi setahun kot.. Fans novel you pun tertanya-tanya. Tak ada buah tangan baru ke?" Tenang Ryona melayan tingkah Aya Jelita yang semakin panas.
"Mmm... I baru pindah tempat baru... Tiada gangguan... Hopefully, I will create something new..." ujar Aya Jelita, sedikit bersemangat.
"You tahu kan... you satu-satunya penulis yang syarikat kitorang bayar tinggi? 30% royalti berbanding penulis lain... So... I harap you tak hampakan kami..." balas Ryona lagi. Wanita berkaca mata itu memberikan pandangan penuh harapan pada gadis di hadapannya itu.
"Mmm.. I'll try my best..."
Pertemuan singkat mereka berakhir dengan tenang. Bijak Ryona mengawal keadaan. Sekeping cek turut diserahkan oleh Ryona sebelum dia beredar. Royalti novel Aya Jelita.
"Rakyat diminta untuk bertenang. Tiada panic buying! Kerajaan yakin stok keperluan harian masih mencukupi..."
Mata Aya Jelita tertancap pada kaca televisyen di dalam kafe itu. Dia bukan seorang penonton tv tegar. Apa yang terhidang di depan matanya benar-benar mengejutkan.
'Apa sudah berlaku? Aku memang ketinggalan sangat ker?' Dia melabuhkan duduknya semula ke kerusi. Telefon pintarnya dibelek.
Kematian demi kematian mula menimpa negara itu. Sejenis virus telah menyerang seluruh dunia sejak beberapa minggu lalu.
'Gejala demam, sakit tekak, batuk dan sukar untuk bernafas?' hatinya rasa tidak sedap.
"Aku rasa kalau kerajaan umum untuk lockdown nanti nie.. Mau kelam kabut penuh pasaraya..." seorang pekerja kafe berbual dengan rakan sekerjanya di kaunter bayaran.
"Takkanlah nak lockdown.. Ekonomi negara boleh merudum tau..." balas rakannya.
Aya Jelita yang memasang telinga mula mengetap bibir. Cek yang baru diterima perlu ditunaikan segera!
🌀🌀🌀🌀🌀
Beberapa jalan utama sudah ditutup. Kerajaan menggesa rakyat untuk lebih berjaga-jaga. Menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Setiap hari ada sahaja kes baru yang melibatkan virus COVID19 itu.
"Uwaaaaa... majlis kawen aku, Aya... Cemana nie!" Minnie mundar mandir di ruang tamu. Aya Jelita yang sedang melepak di sofa hanya mengerling sekali sekala. Dia tengah sibuk!
"Dah kenapa? Jalan jelah..."
Minnie bercekak pinggang memandang Aya Jelita. Gadis itu sedang tekun menaip di komputer ribanya.
"Aku dengar khabar angin next week nak lockdown... Khabar angin.. Not officially lagi... Kau apa tau? Anti sosial media.. Tahu melangut dengan laptop kau jer!" Minnie mula membebel.
Aya Jelita tersenyum kambing. Dia tergelak kecil.
"Kalau gitu, daftar nikah jelah dulu... Majlis kemudian... Susah sangat ke?" Dia bukan anti perkahwinan, tetapi itu sahaja cara yang lebih selamat.
Minnie terdiam. Dia mahukan majlis yang penuh glamour. Semua sahabat handai dan saudara maranya hadir. Dia mahu majlisnya menjadi satu kenangan terindah!
YOU ARE READING
LOCKDOWN
General FictionPertemuan yang tidak diduga... "Baik kau blah sekarang!! Sapa suruh kau masuk rumah aku??!!" - Aya Jelita "Look... Look... I jiran you.. Sebagai jiran yang prihatin, you kena kesiankan I yang kebulur nie.." - Jebat Zachary COVID19. Mula menyerang du...