Bunyi kecoh di jalanan, mengejutkan lena Aya Jelita. Tiga hari dia hanya memerap di rumah. Mencari idea demi idea untuk karya terbarunya.
Langsir yang tertutup diselak.
Kecoh di jalanan beberapa orang anggota polis dan tentera memagar kawasan bangunan yang didiami olehnya.
'Apa hal pulak nie?' kepalanya yang tidak gatal, digaru perlahan.
Suara kecoh dan jeritan anak kecil turut bertamu tika itu. Jam di dinding ditenung lama.
1.00 petang.
"Mak aih... Giler betul aku tido sampai matahari terpacak atas kepala..." dia mengomel sendiri seraya mencapai tuala. Dia mahu mandi.
Seorang introvert yang malas ambil tahu apa yang sedang berlaku di dunia sekeliling. Apatah lagi mengodek media sosial atau televisyen.
Trit! Trit!
Pintu bilik mandi baru dikuak, telefon bimbitnya pula berbunyi. Aya Jelita melangkah malas ke ruang tamu.
Nama yang tertera pada skrin telefon ditenung lama. Apahal pulak minah nie call aku?
Aya : Hello... Mmm.. Ada apa?
Dengan nada suara malas, Aya menyoal si pemanggil. Sesekali dikorek hidungnya.
Minnie : Ayaa!!! Kau okey ker?? Aku dengar cerita, area tempat kau kena lockdown!
Aya Jelita menguap besar. Dia termangu seketika.
Aya : Mendanya lockdown? Ingat cerita zombie ker apa? Mana ader lahh...
Kedengaran suara Minnie merengus kasar.
Minnie : Itulah kau!! Dalam fikiran kau, fikir karya kau yang sampai kesudah tak siap-siap! Dunia dah nak kiamat pun, kau leh wat tak tahu jer!!
Marah benar si Minnie. Aya Jelita menarik nafas dalam-dalam. Jarang benar sahabatnya itu naik angin.
Aya : Kau pehal marah-marah aku? Dah nak dapat batang halal pun, dok meroyan kenapa?
Pedas betul kata-kata Aya Jelita. Dia tahu Minnie bukan perawan. Bukan sekali dua dia terserempak mereka melakukan aktiviti 'naik kuda' semasa dia masih menetap di rumah Minnie. Belum ditambah lagi dengan lagu kudaku lari gagah berani itu! Aaaaaaaaaa.... Yang amat panjang!
Minnie : Aku malas nak gaduh dengan kau, pompuan.. Kau bukak tv sekarang!
Tutttt!
Panggilan diputuskan. Marah betul Minnie dengan Aya Jelita.
Gadis comel melangkah malas ke ruang tamu dan menekan suis untuk menghidupkan televisyen. Dicapai remote.
Nyet!
Siaran televisyen yang langsung tidak menarik perhatian. Ditekan butang remote berkali-kali. Mencari channel berita.
".... Jadi kita harap tuan-tuan dan puan-puan yang berada di rumah... Jaga kesihatan dan kebersihan diri. Jangan keluar rumah... Pihak kita akan datang ke tempat tinggal tuan-tuan dan puan-puan setelah keadaan reda..."
Terkulat-kulat Aya Jelita merenung skrin tv. Presiden B sedang berucap.
'Apa maksud dia... setelah keadaan reda?' Aya Jelita mula membelek telefon bimbitnya.
Dia membuka Googek untuk mencari maklumat terkini. Apa sedang berlaku?
🌀🌀🌀🌀🌀
Lima hari terkurung di rumah itu, tiada kesan pada Aya Jelita. Cuma dia rasa semak dengan bunyi bising siren ambulan dan polis.
Makan dan minum. Check.
YOU ARE READING
LOCKDOWN
General FictionPertemuan yang tidak diduga... "Baik kau blah sekarang!! Sapa suruh kau masuk rumah aku??!!" - Aya Jelita "Look... Look... I jiran you.. Sebagai jiran yang prihatin, you kena kesiankan I yang kebulur nie.." - Jebat Zachary COVID19. Mula menyerang du...