1〽️AYA JELITA

24.4K 256 56
                                    

Sebuah kereta berhenti di kaki jalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah kereta berhenti di kaki jalan. Muncul seorang gadis comel berambut panjang brunette dari dalam perut kereta itu.

Mata gadis itu melirik ke arah anak tangga yang dihiasi pokok bunga loceng. Dicekak kedua pinggangnya seraya mendongak ke atas.

"Mmm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mmm.. Tingkat lima..." gadis itu berbicara sendiri. Diam lama sambil merenung jauh ke tingkat teratas apartment di pinggir kota N itu.

"Ehem... Aya.. kau yakin ke nak tinggal kat sini?" Bahu kirinya terasa dicengkam kuat.

Tanpa menoleh ke arah sahabatnya, Minnie, gadis itu terus meluru ke arah bonet belakang kereta.

"Eh... Eh..." terpinga-pinga Minnie dengan sikap acuh tak acuh Aya Jelita.

"Takyah nak cakap banyak dengan aku... Tolong angkut kain baju aku nie.." Aya Jelita mencebikkan mulutnya pada Minnie.

Tiga beg pakaian tersebut diseret ke tangga. Wajah Minnie berkerut seribu. Dia hanya mengusung satu beg, tetapi kelihatannya dia pula yang paling seksa.

"Aya... kau isi batu ke baju dalam nie? Urgghhh!" Bagai mahu tercirit dibuatnya ketika dia mengangkat beg seret itu.

"Ho'oh... Isi batu. Kalau dah lapar sangat, aku rebus batu tue... taruh perencah sup... Bla... Bla..." sengaja Aya Jelita mengejek sahabatnya itu.

Bersusah payah Minnie menarik beg beroda itu meniti satu demi satu anak tangga. Dia tahu, dalam beg itu bukan pakaian. Tetapi, adalah koleksi buku ilmiah dan novel milik Aya Jelita.

"Kau tunggu sini... Aku naik atas dulu dengan beg pakaian nie..." Kasihan melihat Minnie yang tercungap-cungap, Aya Jelita mengorak langkah ke anak tangga berikutnya.

Satu beg disandang di belakang dan sebuah lagi beg diseret penuh sabar. Dia menoleh sekilas ke arah Minnie. Sahabatnya itu memberikan isyarat tangan "semangat! semangat!" padanya.

LOCKDOWNWhere stories live. Discover now