PRE ORDER!!!

670 32 3
                                    

Taraaaa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taraaaa....

Alhamdulillah, pre order sudah dibuka. Ini lah cover rasmi Sayangku Jasmin. Alhamdulillah.

Sekarang pre order sedang berlangsung.

Cara order :

1) Wassap penerbit (Fajar Pakeer) - 012-8006944. Nak senang, tekan je link di bio saya.

2) shopee Fajar Pakeer (sekarang ada sale tau. Kalau nak jimat, grab sekarang. Sale sampai 4/4/2021 ni je) Link  shopee di bio saya. Serius jimat.

3) Bookstores seluruh Malaysia. Lepas dua minggu, inshaAllah buku ni akan berada di bookstores ❤❤



•••••••••••



BLURB 

ISBN : 978-983-822-124-5

Kapsyen : Andai cinta itu kita lepaskan, adakah sakit itu juga akan bercempera pergi?

-

Hidup ada pelbagai cara untuk menguji manusia. Sama ada dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa ataupun dalam keadaan mempunyai segala-galanya.

Jika Jasmin patah hati kerana keluarga, hati Aafan hancur dengan pemergian pemilik jiwa.

Program Lenus Home Tutor menjadi titik pertemuan dua insan. Aafan menepis rasa. Jasmin menjaga raga. Bagi Aafan, ada bayang Fina dalam diri Jasmin. Jelas mereka dua wanita yang berbeza. Tapi, kenapa hati Aafan berdenyut dengan rentak yang sama untuk Jasmin?

Satu malam aturan-Nya, bermulalah sebuah kenyataan sehingga wujudnya satu ikatan.

Jasmin cuba menakluk hati. Aafan sejauh mungkin cuba berlari.

Kala cinta sudah menggoda, satu noda merubah segalanya. Jasmin lelah. Tidak mampu mengejar lagi. Tidak mungkin kembali merindui. Dihukum kerana bukan salahnya begitu menyakitkan.

Melihat penyeksaan lelaki itu, sanggupkah dia mencuba untuk kali yang terakhir?

"Don't expect much. Cukup, saya nak hak yang boleh bawa awak keluar dari 'dunia' tu." – AAFAN

Adakah doa yang ikhlas akan menembusi langit?

Mampukah pelangi yang pergi, membawa warna kembali?

"Benarlah, kadang cinta itu bermakna kita perlu melepaskan - JASMIN

Seharusnya mereka tidak bertemu. Seharusnya mereka tidak jatuh cinta kerana diakhir cerita, akan ada dua manusia yang bukan tercipta untuk bersama.

SAYANGKU JASMIN (novel terbit)Where stories live. Discover now