Unedited. Versi mentah. Mungkin ada scene yang dipotong atau scene baru dalam novel. Tak lama dah nak keluar. InsyaAllah. Saya harap korang akan rasa Aafan lebih hot dalam novel sebab saya rasa dia hot >_< Jarang nak puji hero sendiri ni (○゚ε゚○)
Oh, tajuk utk novel dah ditukar ke Sayangku Jasmin.
Berapa banyak penambaikan dan scene baru. I can say that it is almost 80 %.
.
"HALAH... Halah... Waktu lunch pun kerja?"
Aafan memanggung kepala pabila telinga diterjah satu usikan. Wajah selamba Aqil yang masuk ke dalam bilik pejabatnya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu hanya dipandang sekilas sebelum badan disandarkan penuh ke belakang kerusi. Lengan diangkat separa dada dan diregangkan. Leher diputar sekali. Cukup untuk menghilangkan ketegangan menghadap kerja selama lima jam.
Aqil menjatuhkan duduk ke atas kerusi di hadapan Aafan. Aafan yang sudah menghafal perangai lepas laku Aqil hanya memandang kosong rakannya itu.
"Boring betul hidup kau ni. Jom lah, lunch," ajak Aqil.
"Kau pergilah je lah. Aku tak lapar," jawab Aafan senada. Kerusi dialihkan menghadap ke kiri dan iris tertancap pada langit yang membiru tanpa awan. Tanda panas terik sedang membasahi bumi.
"Come on, Fan. Manusia apa kau ni. Kerja tak berhenti. Masa makan tak makan. Sampai bila nak macam ni?" Kali ini, nada Aqil berlainan daripada tadi. Berubah serius.
Aafan memejam mata. Ujaran Aqil hanya dibawa angin lalu. Ujaran yang entah kali berapa dituturkan oleh Aqil, sahabat sejak universiti merangkap pengurus senior di Blue Sky ini.
"Aafan?" Seru Aqil apabila Aafan hanya diam.
Sesaat, Aafan mengeluh kecil. Baru saja mahu skip lunch dan menyiapkan kerja-kerja yang tidak pernah habis tetapi kehadiran rakannya ini membantutkan niat.
"Kau kalau membebel tak mahu kalah kan. Mama aku pun boleh kalah," balas Aafan senada seraya berdiri. Laci dibuka dan dompet dan telefon diambil dan dimasukkan ke dalam poket.
"Siapa yang tak membebel kalau tengok kawan dia macam zombie? Dua puluh empat jam menghadap kerja macam takde hari esok," sindir Aqil.
Aafan membalas pandang Aqil. Muka tidak beriak.
"Kau nak lunch ke tak ni? Aku boleh je stay dalam pejabat sampai pukul lima. Aku risau perut kau tu je yang tak tahan," ujar Aafan tanpa mengambil peduli sindiran Aqil.
Aqil lekas berdiri. Aafan dijeling sekilas, tanda tak puas hati.
"Nasib baik kau ni general manager dekat sini. Kalau tak, dah lama aku kasi penumbuk. Orang nasihat bukan mau dengar." Sempat lagi Aqil menyambung kata sebelum menuju ke pintu yang terbuka kecil.
Mengikut belakang Aqil, Aafan mengerutkan dahi dan hanya menggeleng kecil. Memang kaki bebel sungguh!
Keduanya melangkah menjuju ke arah lif. Sambil menunggu, sambil Aafan memeriksa telefon yang belum sempat dilihat pun sejak tadi.
"Nak pergi lunch ke?" Suara lembut seseorang membuatkan Aafan dan Aqil mengangkat wajah serentak. Bila terlihat wajah Cempaka di layar mata, Aafan menjatuhkan kembali pandangan pada skrin telefon. Dibiarkan saja Aqil yang menjawab.
Aqil menjeling Cempaka sekilas.
"Hurm," gumam Aqil ringkas.
"Saya ikut sekali, boleh?" Mata Cempaka bercahaya. Bukan terarah kepada Aqil tetapi Aafan. Aafan hanya diam sesaat sebelum memasukkan peranti ke dalam poket seluar dan menjawab.
YOU ARE READING
SAYANGKU JASMIN (novel terbit)
RomansaSUDAH TERBIT DAN DIJUAL DI SHOPEE FAKAR PAKEER DAN KEDAI-KEDAI BUKU SELURUH MALAYSIA Idea asal ; DBJ Revamp : SAYANGKU JASMIN BLURB ISBN : 978-983-822-124-5 Kapsyen : Andai cinta itu kita lepaskan, adakah sakit itu juga akan bercempera pergi? - Hid...