BLURB

278 15 0
                                    

NURUL FATHONAH, seorang gadis berbadan gampal yang sangat disayangi oleh opahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NURUL FATHONAH, seorang gadis berbadan gampal yang sangat disayangi oleh opahnya. Dalam diam, dia mencintai sepupunya sendiri iaitu MOHD AIDIL FITRI.

Dek hasad dengki seseorang, Fathonah difitnah dan menyebabkan Aidil bukan sahaja hilang kepercayaan bahkan membenci gadis comel tersebut.

"Aku tetap tak percaya. Sebab kau tak ada bukti yang kau tu bukan pencuri. Boleh tak lepas ni kau tengok cermin. Tengok diri kau tu. Badan kau tu dah macam badak air. Kau dahlah buruk, Fathonah! Jangan perangai pun buruk juga!" - AIDIL

"Aku menyesal suka orang macam kau! Kiffarah Allah tu wujud." - FATHONAH

Fathonah pasrah. Tiada siapa yang percaya dirinya tidak bersalah. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berpindah dari kampung tersebut dan melanjutkan pelajarannya di asrama penuh.

10 tahun sudah pun berlalu, Fathonah pulang ke kampung semula untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal atas permintaan opahnya. Dari situlah Aidil dan Fathonah bertemu semula. Disebabkan kebenaran sudah terbongkar, Aidil diburu rasa penyesalan

"Abang nak minta maaf kat Fathonah. Abang memang menyesal." - AIDIL

"Macam-macam benda yang dah jadi selama Fathonah tak balik kampung ni. Dan setiap orang layak untuk dapat peluang kedua." - OPAH

Fathonah dilema. Rahsia yang disimpan terungkap satu persatu.

Apakah rahsia itu?

Adakah Aidil mendapatkan kemaafan dari Fathonah?

Masih adakah cinta di antara Fathonah dan Aidil?

Adakah bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini memberikan sinar baru dalam perhubungan mereka?

Darlingku Mr Aidil Fitri (E-BOOK | KOMPILASI CERPEN VOL 3)Where stories live. Discover now