PROLOG

100 3 0
                                    

Seawal pukul enam setengah dia bangun. Bersiap untuk ke sekolah yang terletak tidak jauh dari flat yang dia tinggal bersama mak saudara nya.

Nadhif bersiap ala kadar. Baju seragam putih dikemas kan. Rambut pendek yang mulai memanjang di sikat rapi. Setelah itu, dia mencapai kasut sekolah yang terletak di belakang peti sejuk. Kelmarin kasut nya basah kuyup terkena hujan. Jadi alternatif nya, dia meletakkan kasut basah itu di belakang peti sejuk dan dibiarkan bermalam di situ. Nasib baik kering juga untuk dipakai hari ini.

Dia membawa diri ke dalam dapur. Segelas air masak diteguk untuk menggalas perut sebelum berjalan kaki ke sekolah. Mak saudaranya yang bernama Marissa itu tidak pernah bangun awal pagi untuk memasakkan nya sarapan pagi ke sekolah. Begitulah sahaja kebiasaannya. Sehingga kan Nadhif sudah lali dengan keadaan itu. Di sekolah barulah dia akan mengisi perut dengan juadah yang disediakan oleh makcik kantin sekolah.

Selesai menyarungkan kasut, Nadhif memulakan langkahnya. Satu persatu tangga dituruni. Kakinya yang panjang membuatkan masa menjadi singkat untuknya menuruni tangga.

Aroma nasi lemak yang datang dari flat jiran tetangga langsung membuatkan perutnya berkeriut. Lantas perutnya ditepuk lembut.

'Sabarlah wahai perut. Nanti kat sekolah masa rehat, baru aku isi kau'

Nadhif memujuk perutnya. Dia hanya dapat membeli makanan sekali sahaja. Dia perlu mencatu duit simpanan memandang kan dia lebih mementingkan keperluan buku - buku rujukan yang hendak dibeli.

Marissa langsung tidak pernah mempedulikan perihal tentang Nadhif. Perihal kewangan mahupun pelajaran hanya dibiarkan bagai angin yang lalu. Walhal, dia selaku penjaga dan waris tunggal Nadhif seharusnya mengambil berat tentang kebajikan Nadhif.

Mengenai ibu ayah nya? Dia tidak ada pengetahuan tentang mereka. Marissa selalu mencaci nya bahawa dia adalah anak tidak sah taraf. Dalam erti kata lain, dia anak luar nikah. Dia wujud dalam rahim ibunya sewaktu mereka belum mempunyai ikatan sah. Ibu  meninggal sewaktu melahirkan nya. Ayahnya pula menghilangkan diri entah ke mana. Hanya tahu menabur benih, tapi tidak mahu bertanggungjawab. Setelah kematian ibunya, Marissa lah yang menjaganya. Namun itu setakat nama. Padahal, Marissa langsung tidak menjalankan amanah nya sebagai penjaga.

TUD!

Tubuh kurus Nadhif terbaring di atas jalan di saat dia melepasi pagar sekolah. Seseorang dari belakang telah menarik kuat beg nya sehingga dia jatuh terbaring. Ketika itu jugalah kedengaran ketawa sumbang. Pelajar - pelajar lain yang lalu lalang hanya tidak mempedulikan nya. Tidak ingin menghulurkan bantuan.

"Weh kesian si pokok kelapa ni. Jatuh macam kelapa busuk!" Nadhif mengenali suara itu. Suara itulah yang selalu membuli dan mengganggu nya ke mana sahaja dia pergi. Anak kepada seorang Tan Sri. Mungkin sebab itulah pembuli dibiarkan berleluasa kerana status dan pangkat ayah nya.

Nadhif bangkit perlahan namun tidak sempat, tapak kaki yang disarung kasut menahan dada nya.

Wajah Zayne yang menyengih sinis dipandang kosong. Nadhif menahan kesakitan di saat kasut mahal Zayne menekan - nekan dadanya.

"Kenapa kau selalu buli aku? Aku tak pernah kacau kau pun" Perlahan suara Nadhif .

"Entah. Hidup aku rasa tak lengkap kalau tak kacau kau. Eh, lantak aku lah nak kacau kau" Wajah Nadhif dipandang dengan penuh kebencian. Sebenarnya, dia rasa iri hati dengan kebijaksanaan Nadhif. Dia tercabar setiap kali peperiksaan, setiap itu jugalah Nadhif mendapat markah terbaik di sekolah.

Loceng berbunyi menandakan sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Zayne mengorak langkah bersama kawan-kawan nya meninggalkan Nadhif bersendirian. Lalu mereka bergegas masuk ke dalam kelas.

Nadhif yang masih lagi terbaring mengangkat badannya. Debu-debu yang mencemari baju seragam ditepuk perlahan.

Sekonyong-konyong, dia terbau haruman vanilla yang manis. Ada suara lunak sedang menyapa nya. Dia melihat sepasang kasut bersih sedang mendekati dirinya. Lantas Nadhif mendongak ke atas. Hati nya bagai mahu meletup melihatkan senyuman manis yang terletak elok pada wajah ayu itu. Mata bundar, bulu mata lebat melentik, pipi kemerahan, dan hidung comel menyapa mata. Entah berapa lama matanya tidak berkelip memandang wajah ciptaan Tuhan yang Maha Sempurna ini.

"Hai, saya nak tanya. Awak tahu tak bilik Penolong kanan hal ehwal pelajar kat mana?" Suara lunak itu berlagu lagi.

"Nak saya tolong tak?" Nadhif melihat gadis itu menghulurkan tangan ke arahnya yang masih lagi duduk di atas laluan bertar.

Nadhif menggeleng tanda tidak sudi. Dia berdiri dari duduk. Beg digalas di belakangnya. Dia dapat melihat gadis tersebut tergamam dengan ketinggian nya. Sebab itulah dia menolak pelawaan gadis tadi. Pasti gadis itu tidak mampu menarik tubuhnya. Walaupun tubuhnya tinggi lampai dan kurus, berat badannya pun boleh tahan. Geng - geng Zayne sering memanggilnya dengan panggilan pokok kelapa kerana ketinggian nya itu.

"Mari, saya tunjukkan arah bilik penolong kanan hal ehwal pelajar" Nadhif berjalan di hadapan disusuli gadis tersebut.

Dia cuba menahan rasa apabila haruman manis vanilla itu menusuk deria hidu nya. Tak pernah sekali dalam hidupnya disapa oleh seorang gadis. Lebih-lebih lagi seorang gadis yang cukup menawan kalbu seperti gadis itu. Tipulah dia kalau hati nya tidak berdetak laju seakan mahu meletup pembuluh darah nya pada waktu itu.

Sekian lama berjalan, mereka akhirnya sampai dihadapan pintu.

"Dah sampai. Awak boleh masuk"

"Terima kasih. Boleh saya tahu nama awak? Saya Gia Qasdina" Tingkah laku gadis itu yang agak mesra  membuatkan Nadhif dilanda gemuruh.

"Saya Nadhif. Bye Gia. Saya pergi dulu" terkocoh - kocoh langkah nya meninggalkan gadis yang bernama Gia Qasdina itu. Ditambah lagi memikirkan dia sudah lambat untuk masuk ke kelas.

*****

"Awak ingat awak dah hebat sangat dengan gelaran pelajar cemerlang awak tu? Saya paling pantang dengan pelajar yang ada masalah lewat datang ke kelas. Takde maknanya cemerlang kalau takde disiplin. Sekarang, saya nak awak berdiri di luar sepanjang saya mengajar. Saya takkan berkompromi dengan pelajar yang datang lewat ke kelas saya. Sekalipun awak tu pelajar cemerlang"

Nadhif akur dengan arahan Cikgu Bahasa Inggeris nya, Cikgu Baharom. Dia membawa kaki panjangnya ke koridor luar kelas. Kedengaran juga suara perlahan rakan - rakan sekelasnya yang mentertawakan nya. Dia perasan akan Zayne yang duduk dekat cermin tingkap. Lelaki itu tersenyum senang melihat dia dihukum berdiri di luar kelas. Bukan dia sengaja masuk lewat ke kelas,  Tetapi dia menjadi penunjuk arah untuk gadis tadi. Lagi pula, dia hanya membuat ihsan kepada orang yang memerlukan bantuan sahaja.

Di saat itu jugalah dia tercium bauan vanilla. Kedengaran derapan kasut sedang mendekati nya. Dia tahu gadis itu akan menuju ke arahnya. Tak dapat disorokkan mukanya dari terlihat oleh gadis itu. Rasa malu jugalah apabila gadis itu melihat dirinya berada di luar kelas.

Dia dapat merasakan gadis itu melihat ke arahnya.

Nadhif pandang sekilas. Gadis itu datang menuju ke kelasnya bersama penolong kanan hal ehwal pelajar. Gemuruh datang lagi di saat gadis itu memandang ke arahnya dengan senyuman ikhlas yang menawan.

"Maaf menganggu sesi PDP cikgu. Saya nak perkenalkan pelajar baharu dari Sarawak. Mulai hari ini dia akan berada di dalam kelas ini"

Nadhif turut mendengar bait - bait kata dari penolong kanan hal ehwal pelajar itu. Patutlah wajah gadis itu tak pernah kelihatan di sekolah ini. Rupanya pelajar baharu.

"Hai assalamualaikum kawan - kawan. Nama saya Gia Qasdina. Saya datang dari Sarawak. Berasal dari Selangor. Saya harap awak - awak semua sudi berkenalan dengan saya". Lembut dan lunak sekali suara itu.

Zayne dan geng - geng nya pun mulai membunyikan siulan gatal.

"Seribu kali I sudi nak berkenalan dengan you baby"

Gia Qasdina hanya tersenyum janggal dengan gurauan nakal itu. Dia menjeling ke luar kelas. Wajah Nadhif menjadi tatapan matanya.





Only HimWhere stories live. Discover now