"Amboi anak dara ni. Dengan muka sememeh nya. Elok sangat tidur lepas asar. Kang tak pasal-pasal otak jadi lembab" bebel Puan Sri Afifah sambil mencekak pinggangnya memandang ke arah Gia Qasdina yang baru sahaja turun dari bilik tidur nya. Sebal sungguh hati melihat wajah mamai anak daranya itu.
"Alaa.. sorry lah mama. Dina mengantuk sangat tadi lepas buat homework cikgu bagi. Esok nak kena hantar. Kalau tak, kena denda"
"Itu mama tak nak tahu. Yang mama tahu Dina jangan suka-suka tidur lepas asar. Tak elok. Berapa kali mama larang jangan tidur lepas asar?"
Gia Qasdina menggosok mata nya. Dia hanya diam tidak menjawab. Matanya meliar memandang ke arah mangkuk-mangkuk hidangan yang diletakkan atas meja. Terlalu banyak sekali hidangan itu sepertinya ada sahaja majlis kenduri kendara.
"Kita ada makan-makan ke ma?"
"Uncle Omar sekeluarga nak datang. Pergi mandi bersiap-siap. Sekejap lagi dorang nak datang"
Gia Qasdina mencebik. Sekejap lagi orang yang paling tak di senangi nya bakal datang ke sini. Minggu lalu pun keadaan yang sama. Ini kali kedua keluarga Uncle Omar berkunjung ke sini bersama isteri dan anaknya. Dia tiada masalah dengan Uncle Omar dan Aunty Laila. Namun anak mereka membuatkannya patah semangat mahu beramah mesra. Uncle Omar merupakan rakan kerjasama yang paling rapat dengan papanya. Terlalu rapat sehingga kan Uncle Omar menganggap papanya sebagai adik beradik kandung. Apa-apa permasalahan berkaitan modal bisnes dan pengukuhan antara kerjasama antara bisnes, mereka akan saling menghulurkan bantuan.
"Dorang tak bosan ke datang sini ma?" Sebenarnya dia lebih bosan melihat muka anak Uncle Omar di sini. Wajah itu amat menyakitkan hati. Di sekolah pun sama. Wajah itu juga yang kerapkali menganggu nya waktu di sekolah. Nasib baik lah kehadiran Nadhif mampu menghilangkan rasa meluat nya terhadap anak Uncle Omar itu. Kalau di bandingkan antara Nadhif dan anak Uncle Omar, dia lebih menyebelahi Nadhif walau apa cara jua. Nadhif melebihi segalanya walau banyak pelajar lelaki cuba menghulurkan perasaan mahupun salam perkenalan dengan nya.
Nadhif memang pendiam, kelihatan malu-malu, tak pandai mengayat perempuan seperti mana pelajar-pelajar lelaki 'bad boy' yang digilai oleh pelajar-pelajar perempuan. Dia spesis lelaki skema yang hanya tahu berteman dengan buku. Tidak banyak bicara melainkan hanya berbicara hal-hal yang memerlukan pertanyaan. Luaran nya seperti dia dingin dan beku, tidak berperasan. Tapi dia tahu, Nadhif ada sisi luar biasa yang belum lagi diterokainya. Dia berhasrat mahu 'menjelajahi' sisi luar biasa lelaki tidak berperasan itu suatu hari nanti.
"Dina! Dina! Hish mengelamun apa pulak anak dara ni. Balik-balik mama panggil-panggil tak menyahut"
Gia Qasdina tersedar dari lamunan di saat suara memetir mama nya memecah gegendang telinga. Serta merta bayangan wajah beku Nadhif hilang dari pandangan nya.
*****
Di tonyoh-tonyoh kuat span foundation di wajahnya. Gia Qasdina memandang muka masam nya pada cermin di hadapan. Kalau di ikutkan, tak ingin dia bermekap sakan semata-mata menyambut tetamu itu. Sambut dengan wajah pucat tanpa mekap pun boleh. Ini semua suruhan mama nya tadi. Mahu di ingkar, panjang lebar lagi bebelan mama nanti.
Dia keluar dari bilik setelah siap berkemas. Tepat jam lapan dia turun ke bawah. Tetamu kelihatan sedang duduk bersantai di ruang tamu sebelum dijemput ke ruangan meja makan untuk menjamu selera.
Gia Qasdina mengambil tempat di sebelah mama dan papanya. Di hadapan, ada Uncle Omar dan isterinya. Anaknya tidak kelihatan di situ. Seraya dia menghembus nafas kelegaan.
![](https://img.wattpad.com/cover/265491702-288-k574242.jpg)
YOU ARE READING
Only Him
Ficción GeneralManusia itu dilahirkan bersih. Manusia jugalah menconteng nya dengan kekotoran.