BAB 1

65 2 0
                                    

Grill dikunci. Pintu ditutup rapat. Nadhif terkejut kecil di saat melihat Marissa yang terbaring di sofa. Raut wajah kusam dengan rambut kusut Masai mak saudara nya itu di jeling sepintas lalu. Tidak dihiraukan pandangan mata tajam Marissa, Nadhif mengorak langkah masuk ke dalam biliknya.

Selalunya pada waktu-waktu sebegini, Marissa jarang sekali berada di rumah kerana dia bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya berdekatan. Barangkali dia mengambil cuti rehat. Tekanya.

Soal hubungan nya dengan Marissa sebagai anak saudara-mak saudara tidak lah semesra yang disangka. Dari kecil lagi Nadhif sudah dihidangkan dengan caci maki dari wanita itu. Entah mengapa dia dibenci. Kata Marissa, dia bukan anak sah taraf. Dia adalah anak luar nikah ibunya bersama seorang lelaki yang telah melarikan diri yang tak tahu asal usul nya. Sepanjang dia membesar, sepanjang itu jugalah Marissa mencaci maki dirinya dikala dia tak sengaja membuat kesilapan.

'Anak haram!'

'Haramjadah'

'Bodoh'

'Sial!'

'Pergi mampus'

Ayat - ayat itu sahaja yang Marissa lemparkan. Seolah-olah, itu adalah 'zikir' harian di saat Marissa bertentang mata dengan Nadhif.

Nadhif tidak pernah sekalipun mengeluh dengan suratan takdir nya. Dia akur walaupun kadangkala dia terfikir hidup ini kejam untuk bertemu dan duduk sebumbung dengan seorang wanita yang bernama Marissa. Wanita itu tidak sedar, dia telah mendera emosi Nadhif secara penderaan lisan.

Butang baju dilepaskan. Kemudian baju seragam nya disangkut. Dia menukarkan baju t-shirt santai berwarna kelabu. Sekejap lagi dia hendak ke cybercafe milik Abang Rizqin yang hanya sepuluh minit dari flat. Mak saudara nya tidak mengetahui tentang kerja nya di cybercafe. Sebab wanita itu sendiri yang mengatakan dia tidak ingin mengambil tahu tentang Nadhif. Dia bekerja disana semenjak habis PMR lagi. Sekarang ini dia di tingkatan lima. Tidak sedar masa berlalu. Sudah setahun lebih dia bekerja part-time di situ. Abang Rizqin pun melayaninya baik berbanding mak saudaranya sendiri.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengerling ke arah Marissa yang telahpun melelapkan matanya. Seraya nafas dihembus perlahan. Terlalu banyak memori pahitnya bersama wanita ini selama dia hidup. Paras wajah Ibunya tidak pernah dilihat. Sekeping gambar ibu pun tidak pernah dilihat. Tapi yang pasti, ibu nya mesti seiras dengan wajah Marissa.

*****

Nadhif memerhatikan suasana cybercafe. Biasanya waktu petang-petang begini pengunjung dari kalangan pelajar akan ramai. Kebanyakan nya pelajar sekolah sesi pagi yang telah pun selesai waktu persekolahan. Abang Rizqin meletakkan syarat untuk melarang pelajar sesi petang singgah masuk ke dalam cybercafe ini. Abang Rizqin tidak mahu anak - anak remaja ponteng sekolah semata-mata melayari game online yang langsung tiada faedah berbanding menuntut ilmu di sekolah.

"Bang, bagi dua jam"

Nadhif menerima wang kertas lima ringgit daripada seorang remaja lelaki yang baru masuk. Dia mengembalikan baki sebanyak seringgit.

Dia memerhati sekejap suasana sekeliling yang tak begitu bising. Masing-masing sibuk dengan headphones yang dipasang pada kedua belah telinga mereka. Nadhif mengeluarkan modul matematik tambahan. Dia baru teringat ada beberapa soalan lagi yang belum dijawab.

Tekun sekali Nadhif menghabiskan soalan-soalan matematik tambahan sehingga kan Abang Rizqin yang sudah lama berdiri di hadapan tak di perasan.

"Dhif.. oh Dhif" Abang Rizqin memetik jarinya di depan wajah Nadhif.

"Oh... Kenapa Bang Riz?"

Only HimWhere stories live. Discover now