Bab 6

4 1 0
                                    

    Sudah beberapa hari aku tidak hadir ke sekolah, beberapa hari itu juga Daniel tidak menanya khabarku. Ahh. Ini semua ego! Aku menghempaskan badanku di atas tilam empuk bersaiz king. Mata ku pejam. Minda ku kosongkan agar hati yang mendidih ini dapat ditenangkan.

   Baru sahaja hendak tertidur, bunyi telefon bimbitku yang berdering berjaya menggagalkan hasratku untuk berehat.

'Shayn'

Nama itu tertera pada cermin telefon bimbitku. Butang jawab ditekan.

   "Hmm?" jawabku dengan malas.

"Hmmm???!! Amboi malasnya kau nak jawab call aku ni. Aku punyalah rindu kat kau sebab dah lama tak nampak muka kau ni. Kau kemain lagi jawab aku hmm gitu?!" Bebelan Shayn membuatkan aku bosan.

"Dah? Aku nak end call." Belum sempat aku menekan butang tamat, kedengaran suara Shayn yang nyaring tambah garau memanggilku untuk tidak menamatkan panggilan.

  "Tsk! Bising." Marahku. Sudahlah mood melayang, tambah lagi dengan panggilan yang tidak diundang.

  "Aku call kau ni sebab nak bagitau pasal Daniel."

  "Pahal?" Mataku menjadi segar semula.

  "Korang ok ke tak?" Pertanyaannya membuatkan aku mengeluh.

  "Boleh tak STRAIGHT TO THE POINT je terus?" Jawabku sambil mengetap bibir.

  "Okok. Aku tak tahu lah apa jadi kat korang tapi lately ni aku nampak dia dengan Cheryl je. Mesra2 gitu."

  "........"

  "Hello? Kau ada ke tak kat situ? Ehh takda line ke ni." Shayn sepertinya bingung apabila aku tidak memberi sebarang respon.

  "So?" Jawabku dengan ringkas.

  "........Oklah malas aku nak cakap ngan kau. Dah BYE!" Panggilan terus ditamatkan.

  Aku mengeluh panjang. Bermacam-macam andaian yang sedang difikirkanku kini. Adakah ini sebabnya Daniel tidak berhubung denganku? Adakah dia sudah melupakan kawannya ini? Mungkin juga.

    Dadaku mulai terasa sakit yang teramat. Aku memeluk bantal yang berada di sebelahku sekuat-kuatnya dan menumbuk-numbuk bantal tersebut untuk melepaskan geram.

  'Tak.. Ni tak boleh jadi. Aku nak tau apa yang dah terjadi sepanjang aku tak hadir ke sekolah.' tekadku.

********

   Jantungku berdegup kencang sebaik sahaja melihat Cheryl mengambil tempat dudukku yang berada di sebelah Daniel. Aku menggenggam tanganku dengan erat apabila amarah sudah menguasai diriku.

   Laju sahaja langkahku menuju ke arah mereka yang sedang bermanis-manis di hadapan khayalak ramai.

   Beg sekolah ku hempas di atas meja. Kedua-dua makhluk di depanku memberi reaksi terkejut akan bunyi hempas yang kuat.

   "Daniel, saya balik ke kelas dulu. Bye." nada suara yang sengaja dimanjakan itu membuatkan aku ingin termuntah pada wajahnya.

   Dengan lenggang-lenggoknya, dia berjalan keluar dari kelas kami. Daniel memandangku tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

  Aku yang sudah berasa kecewa dengan sikapnya sejak hari pertama aku jatuh sakit tidak lagi ingin mempedulikan renungannya. Mahupun memberikan perhatian kepada dia! Aku sudah tak mahu!

*****

  Masa pun berlalu dengan cepat. Kini masa rehat tiba. Aku berlari anak ke tandas kerana sudah tidak dapat menahan air berlebihan dari badan yang perlu dibuang.

  "Betul ke Kath dah masuk skolah hari ni?"

  "Yes. Kau belum tengok lagi muka dia pagi tadi. Bukan main marah dia tengok aku duduk kat sebelah Daniel. Lagi lagi itu tempat duduk dia."

  "Padan muka dia. Aku rasa kau dah menang sebab Daniel pun macam suka kau."

  "Ofc girls. Laki mana yang tak suka aku kalau aku dah start mengorat dia"

  Kedengaran mereka tertawa seperti pontianak. Eii dalam tandas pun nak bergosip. Aku tau akan siapa tuan punya suara. Sedangkan dari ceritanya itu juga aku tahu bahawa pontianak di depan cermin tandas sekarang ni adalah Cheryl dan rakan-rakannya.

  Aku keluar dari bilik tandas seperti biasa dan dengan selambanya aku membasuh tangan di sebelah Cheryl. Cheryl yang terkaku itu hanya mampu melihatku dengan wajah yang cemas. Ha! Tau takut!

  Selesai sahaja membasuh tangan, aku menoleh ke arahnya.

  "Cuba ulang apa yang kau cakap tadi?" Soalku sambil menahan geram.

   Cheryl mula tersenyum lalu menjawab dengan berani. "Aku cakap Daniel dah tak pedulikan kau. Kau tak tengok ke dia bermesra ngan aku tapi bukan kat kau lagi?"

   Aku mengetap bibir. Ya. Memang Daniel seakan-akan dingin denganku hari ini. Tapi itu bukan bermaksud Daniel tidak mahu menegurku. Aku yang mengelakkan diri daripada ingin berbual dengannya tadi.

  Aku tersenyum senget. "Hah! Aku tak heranlah perangai kau ni macam mak kau. Suka merampas."

  "PAP!"

  Pipi kananku yang ditampar membuatkan aku menjadi hilang sabar lalu aku turut menampar pipinya. Tapi aku memberikan layanan dua kali ganda daripada yang ku terima. Kedua-dua pipi Cheryl kelihatan merah. Bunyi tamparan itu seperti ini.

"PAP!" (untuk kiri) "PAP!" (untuk kanan)

  Cheryl menjerit seperti orang gila sehingga membuatkan telingaku hampir pekak.

  "KARL! APA KAU BUAT NI?!" Aku terkejut dengan laungan Daniel dari pintu masuk tandas perempuan. Cheryl tiba-tiba menangis.

   Aku pula kehairanan dengan drama yang sedang berlaku.. Huh? Apa ni???

*****

Hi guys! Seperti yang dijanjikan walaupun janji ini agak lama untuk ditepati sebab spm dah lama habis tapi baru sekarang nak update😅... Fuhh jap tarik nafas jap.😤 Jadi sekarang saya dah tunaikan janji untuk update chapter baru.🥳 Honestly, saya hampir nak give up buat chapter baru sebab tiba-tiba idea hilang entah kemana. Tapi disebabkan saya dah buat janji jadi tak baik kalau tak ditepati. Hope you guys enjoy it!🤗

 

 

  

THANKS, MY ANGEL❤Where stories live. Discover now