Bab 7

5 1 2
                                    

  Daniel berlari menuju ke Cheryl yang sedang menangis teresak-esak di hadapanku. Matanya merenung ku tajam seperti ingin menyalahiku atas kejadian yang berlaku. Aku mengerut dahi tanda tidak puas hati.

  "Apa kena ngan kau ni kath!" marahnya dengan nada suara yang kasar.

   Aku menjongket kening. Lalu memberikan senyuman sinis kepadanya. "Wow. Ni dah jadi sang putera selamatkan si puteri lah ni?" sinis sahaja jawapan yang ku berikan kepada Daniel.

   Muka Daniel semakin merah menahan perasaan marah yang membanjiri hatinya itu. Tangan kanannya lalu diangkat seperti hendak menamparku.

   Walaupun perbuatannya tidak ku sangka, aku tidak mengelak malah makin berani merenung ke arah matanya.

  "Apa? Cepatlah buat!" jeritku tidak puas hati apabila perbuatannya hanya separuh jalan. Dia mengeluh kasar.

  "Sudah lah tu Kath." Jawapan yang diberikan malah membuatku rasa sakit hati yang hanya Tuhan saja tahu.

  "Hah? Salah aku ke? Kau nak tahu apa dia cakap dengan kawan-kawan pontianak dia ni?! Kau nak tahu?! Dia cakap kau tu lebih berikan perhatian kat dia! Dia cakap kau dah lupakan aku!" jeritku sekuat hati. Air mata yang sedaya upaya ditahan tadi hampir mengalir ke pipi.

  "Jadi salah ke apa yang dia cakap tu?!!" teriaknya. Aku terkaku... Aku tidak menyangka bahawa dia masih menyebelahi Cheryl walaupun sudah diberi penjelasan. Bodoh ke dia ni?

  Aku mengetap bibir. Rasa tidak puas hati makin membara. Aku menjeling ke arah Cheryl yang masih menangis itu. HAH! Bagusnya lakonan dia. Boleh bagi oscar award sudah!

  Daniel terkaku setelah mendengar perkataan yang tidak disangka akan keluar dari mulutku sendiri. Matanya turut melirik ke arah pergerakanku yang beredar dari tandas perempuan. Dia mula merasakan bahagian dadanya sakit yang teramat.

******

  Sejak dari kejadian tersebut, aku mula menjauhkan diri daripada Daniel. Kemana sahaja dia pergi, aku cuba mengelak untuk bertemu dengannya. Walaupun kadang-kadang terserempak, aku berpura-pura seperti kewujudannya tidak wujud di dalam hidupku lagi.

   Rasa sakit di hati masih terasa sehingga kini. Sapa tak marah kalau kawan dari waktu kecil lagi sudah tidak mempercayai kata-kata kita sendiri? Lebih menyakitkan, dia dulu yang mula menjauhkan diri.

   'Mulai dari hari ni, aku benci kau, Daniel. Aku benci kau!'

  Ayatku terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran. Entah kenapa, aku merasa puas  setelah mengungkapkan perkataan benci kepada Daniel. Perkataan itu juga yang membuatkan dia terkaku sehingga tidak mampu berdebat lagi denganku.

  Sedang aku asyik mengelamun, Josh menerjah dari belakang. Hampir terkeluar biji mata aku dibuatnya. Aku menjeling tajam. Geramnya!

   "Kenapa mengelamun ni?" tegurnya dengan lembut. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku. Taman bunga di sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk menenangkan fikiran!

  "Salah ke?" jawabku pula.

  "Aikk. Takda orang cakap salah tadi. Orang tanya je kenapa mengelamun ni?" ujarnya sambil menjongketkan keningnya.

   Aku mengeluh perlahan. Hampir menangis apabila mengenang nasib yang menimpa hidupku. Sekali lagi aku mengeluh, tapi keluhan yang kasar.

  "Aku tak tahu situasi apa yang aku hadapi sekarang. Aku tak tahu kenapa semua ni boleh terjadi. Entah celah mana yang salah." akhirnya aku meluahkan perasaan yang tersangkar di dalam hati.

   "Mungkin kau patut tanya kenapa dia boleh jadi macam tu. Kau tahukan family dia nak jodohkan dia dengan Cheryl." jawapan Josh membuatkan aku terdiam.

........EHHH??

   "EHHHHHH! APA MAIN JODOH-JODOH NI. INGAT NI DRAMA ZAMAN DULU KE APA?!" Teriakku tidak sangka.

   "Mana ada drama zaman dulu. Ni ayah Daniel tu yang setuju dengan rancangan parents Cheryl. Nampaknya Cheryl yang minta bukan-bukan." jelasnya.

   Aku membuat muka jijik. Bodoh lah Cheryl ni ingat cinta boleh dipaksa? Nak je aku telan muka plastik tu.

   "Daniel tak bantah ke?" soalku.

  "Macam mana nak bantah kalau ayah dia dah suruh. Kau pun faham kan Uncle Felix tu macam mana." ujarnya lagi. Aku turut bersetuju dengan apa yang diungkapnya itu.

  "Tapi aku tak puas hati kat dia. Kenapa dia marahkan aku haritu sedangkan Cheryl yang mulakan dulu?" soalku dengan kasar. Hati mulai membara kembali apabila teringatkan peristiwa yang telah berlaku.

   Josh tersenyum tawar. Lalu dia menjelaskan bahawa Daniel salah faham akan keadaan yang berlaku. Daniel sempat melihatku menampar Cheryl tapi tidak sempat melihat Cheryl menamparku. Daniel ingatkan aku yang memulakan pergaduhan.

  "Aku dah jelaskan tapi dia tetap menyebelahi Cheryl." ujarku tidak puas hati lagi.

   "Kau tak jelaskan dari A sampai Z. Lagipun salah Daniel juga tak siasat betul-betul. Kau perlu tahu kath, ayah dia amanahkan dia jaga Cheryl. Kalau tak nanti kau tahu lah apa akan jadi kat Uncle Felix."

  Apa yang dikatakan oleh Josh juga betul. Tapi, apa yang terjadi kepada Daniel sehinggakan dia tidak boleh membantah permintaan ayahnya itu? Selama ini, walaupun ayahnya sering marah kerana dia tidak mahu menunaikan permintaannya, Uncle Felix belum mencapai tahap untuk memaksa Daniel melakukan sesuatu deminya.

  Jadi.. Apa yang terjadi kat kau, Dan?
 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THANKS, MY ANGEL❤Where stories live. Discover now