Sebaik sahaja waktu persekolahan tamat, ramai pelajar yang berebut keluar untuk pulang ke rumah. Aku yang baru sahaja selesai mengemas begku ingin menegur Daniel tetapi niatku terbatal apabila melihat kelibat Cheryl di depan pintu kelas kami.
Daniel melangkah keluar bersama-sama Cheryl tanpa menegurku. Aku terkaku seketika. Perasaan sakit mula membuak setelah melihat agenda yang tidak disangkakan ini.
Tanpa membuang masa, aku mengejar mereka dari belakang. Langkahku semakin dilajukan sebaik sahaja melihat Daniel ingin memasuki ke dalam kereta.
"Daniel!" laungku dengan sekuat hati sampaikan terbatuk-batuk aku dibuatnya.
Daniel segera menoleh ke arahku. Perubahan wajahnya kelihatan ketara apabila terpandang akan kemunculan ku disitu.
"Pesal" dia menjawab dengan dingin.
"Kepala hotak kau. Boleh pula tanya begitu? Aku nak balik dengan siapa kalau kau suruh nenek tu tumpang kau?" marahku dengan tidak puas hati.
Lupakah dia bahawa aku menumpangnya pagi tadi? Aku sedikit terasa akan tindakannya.
Daniel terdiam seketika. Matanya ralit mencari kelibat seseorang di sekitar kawasan sekolah. Aku yang berasa tidak dipedulikan ingin sahaja bertumbuk dengannya di situ. Tetapi kesudahannya, Daniel juga yang menang nanti.
"Aku tak boleh hantar kau."
Mulutku terlopong. Aku buntu dan bingung akan kelakuannya. Laju sahaja mulutku menyoalnya kenapa.
"Aku kena hantar Cheryl." dia menjawab sambil menoleh ke arah Cheryl yang sedang menunggunya di dalam kereta.
Mataku sempat melihat Cheryl yang sedang memandangku dengan pandangan sinis. Aku mula mencebik.
'Eleh, baru sekali tumpang Daniel terus nak show off.' sindirku di dalam hati.
Daniel memandang ke arahku semula dengan pandangan yang malas hendak melayan karenahku. Hatiku semakin terbakar melihat reaksinya sebegitu. Selama ini, tidak pernah sesekalipun Daniel melayanku sebegini. Adakah dia dibomoh?
"Call your mom. She will pick you up." dengan selambanya dia menjawab lalu memasuki perut keretanya.
Aku terkaku, terbatu, terais dan segala ter terr!! Dengan pandangan yang benci, aku melihat keretanya yang sedang berjalan keluar dari kawasan sekolah.
Tanganku menyelak poket skirtku untuk mengambil telefonku. Malangnya, aku sengaja tidak membawa telefonku kerana berfikiran bahawa aku tidak perlu menghubungi mamaku untuk mengambil ku di sekolah.
Saat ini aku betul-betul buntu. Aku melihat di sekelilingku. Hanya tinggal aku seorang di kawasan sekolah itu. Langit tiba-tiba mendung dan titisan air hujan mula turun. Aku berlari menuju ke stesen bas yang terletak di luar sekolah.
Hujan semakin lebat daripada apa yang aku jangkakan. Dengan pakaian yang nipis dan skirt yang separas lutut, bulu romaku menegak akibat kesejukkan yang teramat. Aku memeluk tubuh.
"Cilaka punya Daniel." aku memakinya dengan geram. Jam tanganku sudah menunjukkan angka 2.30 petang. Aku baru menyedari bahawa tiada satupun kelibat teksi yang lalu lalang. Keadaan ini membuatkan aku bertambah panik.
"Kenapa batang hidung teksi pun aku tak nampak ni?" ujarku sendirian.
Aku melihat di sekeliling. Hujan belum reda malah bertambah lebat. Aku tidak mahu diriku terperangkap di situ. Kini, aku cuba untuk mencari idea.
Aku terus berlari meredah hujan yang lebat itu. Jarak dari sekolah ke rumahku memerlukan masa 20 minit jika menggunakan kenderaan. Aku tidak pasti berapakah tempoh masa untuk tiba di rumahku dengan berjalan kaki. Ya. Aku melakukan kerja gila kali ini.
Aku sudah tidak mempedulikan apa-apa lagi. Aku membawa hati yang luka dan kecewa ini pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Air mata yang tidak diundang tiba-tiba mengalir bersama-sama titisan hujan yang menyentuh pipiku.
'Kenapa kau sanggup buat aku begini, Daniel?' persoalan itu mula bermain di ruang mindaku tanpa jawapan yang pasti. Sadisnya hidup ini.
YOU ARE READING
THANKS, MY ANGEL❤
RomanceCinta tak semestinya dimiliki, bukan? Cinta bukanlah suatu perasaan yang dipaksa malah ia datang dari hati yang ikhlas. Cinta tak kenal usia, lain kata, perasaan cinta boleh datang bila kita masih di bangku sekolah. Tetapi adakah cinta sentiasa memb...