Kereta Lamborghini Aventador berwarna biru yang memasuki kawasan sekolah telah menarik ramai perhatian pelajar International St Elizabeth High School. Kereta tersebut dipakir di kawasan pelajar yang turut menaiki kenderaan sendiri. Rata-rata mata yang memandang adalah pelajar perempuan dan mereka setia menanti pemandu yang keluar dari kereta tersebut.
Pintu kereta dibuka dan timbullah susuk tubuh yang tinggi, tegap dan rupa yang digilai oleh setiap pelajar perempuan di sekolah itu. Gerakan lelaki itu yang membuka pintu penumpang diperhatikan oleh mereka dengan wajah yang tertanya-tanya.
Susuk tubuh kecil yang muncul dari perut kereta itu telah menimbulkan rasa jengkel terhadap para pelajar perempuan yang lain. Ya. Itulah aku. Nama aku Kathylia Cardy, tetapi aku lebih gemar dipanggil Lia. Lelaki di sebelah aku pula adalah sahabat baikku sejak kecil, Daniel Ferdy.
Aku dan Daniel bersahabat sejak kami berumur 6 tahun. Sudah menjadi kebiasaan buat kami berdua apabila ramai yang memerhati gerak-geri kami. Daniel bukanlah calang-calang orangnya. Dia merupakan seorang yang mempunyai segalanya.
Aku pula? Aku boleh dikatakan setanding dengannya. Disebabkan itu, ramai peminat Daniel yang mencemburui aku.
"Kenapa dia boleh tumpang kereta Daniel?"
"Menyampahlah aku tengok dia."
"Sudah ada kereta sendiri tetapi masih hendak menumpang kereta orang lain?"
"Sengajanya nak tumpang Daniel, attention seeker!"
Panas telingaku apabila mendengar cemuhan yang dilemparkan oleh pelajar lain. Aku memandang mereka dengan pandangan tajam. Lalu aku mendengus geram.
'Eh tolonglah. Aku sebenarnya dipaksa oleh idola korang tau.' omelku di dalam hati.
Daniel mengambil beg sekolah ku dan terus menggalasnya. Aku yang melihatnya dengan aneh membuatkan dia menjongketkan keningnya.
"Kenapa baik sangat hari ini, Daniel Ferdy?" sindirku.
Dia hanya tersenyum dan menggenggam tanganku dengan kemas lalu menarikku menuju ke kelas. Pelajar yang lain turut tidak menyangka dengan apa yang dilihatnya.
'Alahai, semakin bertambahlah orang yang membenci aku.' rungutku di dalam hati.
Sebaik sahaja memasuki ke dalam kelas, Daniel meletakkan begku di atas kerusiku. Aku mengambil tempat dudukku lalu mengeluarkan buku Addmath dari beg sekolahku. Gerakkanku itu diperhatikan oleh Daniel yang sedang duduk di sebelahku.
Aku yang tersedar akan kelakuannya terus memandang tepat ke dalam anak matanya.
"Kenapa dengan kau? Demam?" aku mula menyoal. "Salah ke kalau niat hendak tengok kau?" dia menjongketkan keningnya.
Aku terdiam lalu mengusiknya, "Aku tahu aku ni cantik, lepas itu comel. Alaaa mesti kau tergodakan?"
Daniel membuat mimik muka menyampah lalu menjentik dahiku. Aku mengerang kesakitan dan memuncungkan bibirku.
"Muncunglah ke depan. Aku ambil gunting nanti baru kau tahu" Daniel semakin rancak mengusikku. Sudahnya, bibirku semakin muncung ke depan.
Dia segera menukar topik. "Biarkan sahaja kata-kata yang menyakitkan tadi. Mereka itu hanya tahu menyebarkan benci terhadap orang lain." ujarnya.
Aku terdiam seketika sambil mengetuk meja menggunakan penku. Aku memandang Daniel tanpa bersuara.
"Tak payah ambil aku besok. Aku boleh bawa kereta aku." pintaku kepada Daniel. Aku mula terbayang kereta Ferrari Enzo berwarna merahku yang sedang terperuk di rumah.
"Tak boleh. Aku ambil kau besok." Daniel membantah.
"But i can drive my own car."
"It's a no Kathylia Cardy." jawab Daniel dengan tegas. Aku memprotes dengan menyilangkan kedua-dua tanganku dan menghentakkan kakiku tiga kali.
"After what had happened last week, I won't let you drive anymore." dia mengingatkan aku semula. Aku mendengus kasar.
"Past is past, Dan."
"Your past is your lesson Kathylia. Kau suka sangat drive laju. Kau tak risau akan keselamatan kau sendiri?" dia memandangku tajam.
Kecut perutku sebaik sahaja matanya merenungku. Terimbas kembali kejadian minggu lepas bahawa aku hampir terlanggar pokok yang besar sebaik sahaja membelok dengan laju apabila memasuki simpang ke rumah Daniel.
"I don't want to be called as attention seeker again." aku menekankan suaraku.
"You used to be hate. Why do you care about all of this now? I'm here with you, Kath. Ignore them, please." Kata-katanya membuatkan aku terdiam.
Aku mengeluh sekali lagi. Kini, aku hanya ada Daniel dan seorang lagi rakan kami iaitu Jorse. Aku kehilangan rakan baik yang bernama Daniella sebaik sahaja dia memaklumkan kepadaku bahawa dia perlu berpindah ke luar negara.
Aku jujur, aku bukanlah seorang gadis yang sentiasa kuat di mata orang lain. Kadang-kadang, aku akan menunjukkan kelemahanku di depan orang yang tidak menyukaiku tanpa aku sedar. Dugaan yang sering menimpa sentiasa membuatkan aku hanyut dalam kesedihan.
"Okay, aku ikut kata kau." Akhirnya aku bersetuju. Daniel tersenyum dan mengusap lembut rambutku.
"Good girl." sambungnya.
YOU ARE READING
THANKS, MY ANGEL❤
RomantizmCinta tak semestinya dimiliki, bukan? Cinta bukanlah suatu perasaan yang dipaksa malah ia datang dari hati yang ikhlas. Cinta tak kenal usia, lain kata, perasaan cinta boleh datang bila kita masih di bangku sekolah. Tetapi adakah cinta sentiasa memb...