PROLOG

55 5 0
                                    

"Anak Dr. Hafiza disahkan menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID). Kebanyakan sintom yang Dr. Hafiza katakan tu memang merujuk kepada penyakit DID. Mungkin dalam diri Intan sekarang ni ada satu alter atau lebih. Kita masih belum tahu." Jelas seorang doktor Psikiatri kepada seorang wanita berusia 30 tahun, Dr. Hafiza.

Dia melihat ke arah anaknya yang berusia 14 tahun di sebelah kanannya. Anaknya pula melihat ke arahnya dengan perasaan hairan. Intan tidak tahu sebab dia dibawa ke sini sedangkan dia tidak sakit.

"Macam mana semua ni boleh berlaku? Selama ni tak ada masalah pun. Cuma sejak sebulan kebelakangan ni je Intan jadi pelik." Tanya Dr. Hafiza kepada rakan sekerjanya dari bidang yang berbeza dengannya.

"Mungkin ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan Dr. Hafiza. Masalah datang dari sekolah atau dari rumah. Dia sendirian di rumah?"

"Tak. Ada orang gaji." Jawab Dr. Hafiza.

"Dah berapa lama dia kerja di rumah tu?"

"Sebulan lebih. Orang gaji sebelum ni dah berhenti kerja sebab tak larat. Dah berusia. Yang ni muda lagi. Dia buat kerja okay je. Tak ada masalah." Kata Dr. Hafiza.

Doktor yang berada di hadapannya pula melihat ke arah Intan dengan serius lalu bertanya. "Intan suka orang gaji baru dalam rumah tu?"

Intan kelihatan murung. Dia geleng kepala. Dr. Hafiza terkejut melihat reaksi anaknya itu.

"Kenapa? Apa dia dah buat dengan Intan?" Soal Dr. Hafiza yang sangat risau tentang anaknya.

Intan diam. Dia mula menangis dan geleng kepala. Seperti ada sesuatu yang dia rahsiakan. Mungkin dia telah diugut oleh pembantu rumah tersebut.

"Lebih baik Dr. Hafiza buat tindakan segera. Mungkin berkaitan penderaan."

"Badan Intan tak ada apa-apa parut." Katanya.

"Mental dia." Jawab doktor tersebut.

Dr. Hafiza terdiam. Dia memujuk anaknya supaya berhenti menangis.

*

Dr. Hafiza keluar dari bilik Intan selepas menidurkan Intan di dalam biliknya. Dia terus ke ruang tamu untuk bertemu dengan pembantu rumah yang dibayar selama sebulan lebih ini. Pembantu rumah itu juga tinggal di dalam rumahnya. Tujuan dia mengupah pembantu rumah ialah untuk jaga anaknya tetapi hal sebaliknya pula yang berlaku.

"Anita."

"Ya, puan." Sahutnya yang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen pada petang itu. Semua kerjanya sudah selesai.

"Kemas barang-barang kau. Aku tak nak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Mulai hari ni. Kau dipecat." Tegasnya kepada gadis berusia 23 tahun itu.

Anita segera berdiri. "Kenapa pula? Apa salah saya? Saya dah buat semua kerja ni penat-penat. Mana boleh pecat saya macam tu je. Saya nak kerja apa lepas ni?"

"Tu bukan urusan aku. Anak aku lagi penting daripada kau. Kalau kau tak boleh jaga anak aku. Lebih baik kau cakap awal-awal. Sebulan lebih kau duduk sini. Kau bawa bala dalam keluarga aku." Katanya dengan perasaan marah.

"Bala apa pula ni, puan?" Gadis itu turut menengking kembali.

"Disebabkan kau. Anak aku sekarang ni sakit. Kau dah rosakkan mental dia. Apa kau dah buat, ha?"

"Mental? Heh. Memang patut pun budak tu gila sebab selalu sibuk ikut aku. Tak senang."

Satu tamparan perit berjaya mendarat pada pipi kanan Anita. "Dia budak lagi la! Kau sepatutnya layan dia baik-baik sebab aku bayar kau kerja dengan aku. Kau duduk rumah. Makanan tengah hari pun tak buat. Kau bagi anak aku dekat lelaki mana entah yang datang rumah aku. Kau dah rosakkan anak aku!" Tengkingnya.

Intan cerita semua itu kepadanya tetapi dia tidak cerita apa lelaki itu lakukan kepadanya. Mulutnya terkunci ketika mahu beritahu hal itu.

Anita memegang pipinya yang keperitan. "Dia ayah budak tu la. Apa salahnya kalau dia nak jaga anak dia kejap." Anita marah.

Dr. Hafiza terkejut mendengar penjelasan tersebut. "Kau bagi Intan kepada Talib? Kau memang tak boleh harap. Lelaki tu gila! Aku cerai dengan dia pun demi anak aku. Kau pula bagi macam tu je dekat dia. Berapa dia bayar kau, ha?" Marahnya semakin membara.

"Elok sangat la sama-sama gila." Anita ketawa.

Sekali lagi pipi kanan Anita ditampar. "Keluar! Aku tak akan bayar gaji kau. Aku bawa kes ni ke mahkamah."

"Kenapa pula? Tu hal rumah tangga." Tegasnya.

"Kau bersubahat dengan Talib. Aku tak akan lepaskan kau."

"Tch! Pergi mampus la. Aku tak ingin makan gaji dari duit kau. Jaga anak kau sendiri." Anita marah dan terus ke biliknya untuk berkemas.

Dr. Hafiza menarik nafas dan cuba bertenang. Dia tidak sangka bekas suaminya tahu dia tinggal di sini. Selama ini dia dan Intan melarikan diri daripada bekas suaminya yang psiko itu. Dia bercerai dengan keputusan mahkamah atas alasan suaminya cuba membuat gerak-geri yang mencurigakan kepada anaknya ketika berusia lima tahun. Baru dia tahu rahsia besar suaminya yang baik itu. Talib sebenarnya memiliki rangsangan terhadap kanak-kanak, pedofilia.

Mahu menyesal sebab kahwin dengan Talib sudah tiada guna. Tapi dia menyesal memilih manusia bernama Anita sebab tidak jaga Intan dengan baik. Duit lebih penting pada mata Anita berbanding amanah.

K.A.M.UWhere stories live. Discover now