BAB 4

66 4 8
                                    

Dua hari telah berlalu sejak pemergian ibu tersayang. Intan akan tinggal bersama-sama saudara-matanya demi keselamatan dirinya tetapi siapa yang mahu menjaganya? Mereka kelihatan sedang main tarik tali. Risau masalah besar menimpa keluarga mereka jika mereka mengambil Intan masuk dalam keluarga mereka. Talib pula masih bebas di luar sana. Entah bila masa dia akan muncul di rumah mereka. Siapa pula dia akan bunuh selepas ini?

"Saya boleh jaga diri. Tak payah risau pasal saya kalau rasa tak boleh terima saya. Saya pun tak nak ganggu keluarga pakcik-pakcik dan makcik-makcik semua." Kata Intan yang tiba-tiba muncul di ruang tamu.

Dia sebenarnya sudah lama curi dengar ketika di dapur rumahnya tadi. Mereka sangkakan, dia masih lagi mandi di bilik mandi yang terletak di kawasan dapur. Ternyata dia sudah selesai.

Masing-masing melihat ke arahnya. Mereka rasa serba salah tetapi itu la kebenarannya.

"Macam mana kalau Talib datang sini lagi? Tempat ni dah tak selamat." Kata kakak kepada ibunya.

"Saya akan pergi dari sini. Makcik tak perlu risau."

"Nak pindah mana?" Tanya suami makciknya pula.

"Entah. Nanti saya fikir."

"Intan masih belajar. Susah kalau jauh sangat pindah nanti. Duduk saja di asrama dalam kampus. Tak nak?" Kata adik kepada ibunya pula.

Intan yang berdiri di hadapan mereka itu melihat ke arah lain. "Asrama? Masalah besar lagi ada la."

"Kenapa?"

"Dia akan ke sana kalau tahu saya di sana. Dah masuk asrama. Tak mudah nak keluar." Kata Intan yang sebenarnya ialah Azri.

"Betul juga. Nak cari rumah di mana kalau macam tu? Boleh ke hidup sendiri? Kos rumah sewa mahal di tengah bandar macam ni." Kata isteri kepada adik ibunya pula.

Azri mendiamkan diri. Dia berfikir seketika. "Susah kalau macam ni."

"Talib memang dah gila. Harap la polis cepat dapat cari dia. Seram la." Kata kakak kepada ibunya.

"Ish. Macam mana la dia boleh masuk dalam rumah ni." Kata isteri kepada adik ibunya pula.

Azri menuju ke arah tangga untuk ke biliknya. "Saya tak pernah ada ayah nama Talib yang macam tu. Apa-apa urusan dia. Saya serahkan kepada polis. Itu lebih baik daripada saya yang cari dia. Hati saya masih panas." Katanya dengan tenang.

Mereka melihat ke arah Azri yang masuk ke dalam bilik. Kemudian, mereka pandang sesama sendiri.

"Tenangnya dia cakap. Tak nampak risau langsung." Kata adik kepada ibunya.

Si isteri pula sedang berfikir sambil pegang dagu sendiri. "Abang tak rasa dia bukan Intan ke? Ya la. Kita tahu kan yang Intan tu ada masalah personaliti."

"Kalau bukan Intan. Siapa?" Tanya si kakak pula.

"Tak tahu." Jawabnya.

Sementara itu, Azri melihat ke arah Nadiana yang duduk di atas katilnya. Nadiana melihat tepat kepadanya. Dia seperti mahu kata sesuatu kepada manusia di hadapannya itu.

"Kenapa?" Tanya Azri kepada Nadiana. Dia berdiri di hadapan pintu biliknya.

Nadiana ke sini kerana dia mahu menemani Azri. Azri tiada sesiapa selain ibunya. Nadiana pula sahabat kepada Intan. Bermaksud, sahabatnya juga.

"Kau nak tinggal dengan aku?" Tanya Nadiana dengan baik.

"Aku tak ada kaitan dalam keluarga aku. Aku tak nak berhutang budi. Aku tak nak kau hilang keluarga sebab aku." Katanya sambil berjalan ke arah sebuah kerusi di meja solek. Dia duduk di situ.

"Tapi mereka tak nak jaga kau. Kau tak boleh hidup sendiri. Aku tahu kau kuat tapi kau bukan seorang." Nasihat Nadiana kepada Azri. Dia sebenarnya sudah dengar perbualan mereka di ruang tamu tadi ketika dia mahu keluar dari bilik itu tetapi masuk semula ke dalam bilik.

Azri melihat wajahnya di hadapan cermin lalu berkata. "Aku tahu."

"Aku dah tanya mama dan papa tadi. Masa aku dengar mereka berbual dekat depan tu."

Azri diam sambil mengeringkan rambutnya menggunakan pengering rambut. Nadiana pula melihat ke arah Azri.

"Mama dan papa anggap kau macam anak mereka. Sebab kau dan yang lain dah banyak tolong aku dan jaga kedai keluarga aku. Kau pun tahu, kan. Aku ni jenis pasif dulu. Aku mana ada kawan. Intan orang pertama tegur aku. Keluarga kita pun dah lama kenal." Katanya kepada Azri.

Azri meletakkan pengering rambut di atas meja. "Kalau mereka nak aku. Mereka patut jumpa aku. Aku tak nak mereka menyesal ambil aku nanti. Talib masih bebas. Kau faham maksud aku, kan?"

"Ya."

"Aku pun tak tahu bila Intan akan kembali. Sebagai primary protector. Aku kena laksanakan tugas aku. Ada kemungkinan besar alter lain akan muncul. Talib punca semua ni. Kenapa dia perlu muncul lagi?" Azri menggenggam buku lima kedua-dua tangannya.

Nadiana berdiri dari katil. Dia berjalan ke arah Azri. Leher Azri dipeluk dari belakang. Dia tidak peduli walaupun jiwa manusia di hadapannya itu seorang lelaki. Yang pasti, di hadapan matanya. Dia hanya nampak jasad milik sahabatnya, Intan.

"Sabar. Dalam hidup ni kita kena sabar hadapi ujian. Aku tahu kau marah. Aku pun marah juga. Tapi ni ujian untuk kau. Tuhan uji kau sebab Tuhan tahu. Kau mampu hadapi ujian ni." Kata Nadiana dengan suara yang merdu pada pendengaran Azri.

Azri menundukkan pandangannya. Nafas ditarik. Minda ditenangkan. Hati yang panas cuba disejukkan. Dia bersyukur kerana masih ada manusia lain yang peduli tentang dirinya walaupun dia sudah kehilangan insan yang paling disayangi.

"Terima kasih, Nad. Aku dah okay. Kau balik la. Dah senja." Kata Azri dengan tenang.

Nadiana melepaskan leher Azri. Dia senyum dan berkata. "Kalau ada bosan. Call aku."

Azri membalas senyuman Nadiana sambil melihat cermin. "Ya. Tapi malam ni aku nak tidur awal. Mengantuk."

"Rehat la. Esok aku teman kau pergi hospital. Kau ada appointment dengan Dr. Amin, kan?"

"Ya."

"Selamat malam, Azri. Hati-hati. Semoga Intan kembali."

"Aamin." Kata Azri.

Nadiana pula keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik ditutup. Dia sandar pada pintu. Air mata yang ditahan semalam ini sudah tidak mampu ditahan lagi. Dia sedih selepas mendapat tahu bahawa Intan yang dia kenal sudah tiada lagi. Sama ada memang tiada lagi atau hanya pergi sementara. Kerana itu juga Dr. Amin mahu bertemu dengan Azri pada hari esok untuk membuat pemeriksaan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

K.A.M.UWhere stories live. Discover now