Sebuah buku nota dicapai dari atas meja lalu dimasukkan ke dalam beg sandang sebelum dia keluar dari bilik tersebut. Cermin meja solek dilihat seketika untuk membetulkan apa yang patut. Yang pasti, dirinya sempurna untuk ke kuliah pada hari ini.
"Intan. Dah siap ke? Ibu dah nak pergi kerja ni." Kata Dr. Hafiza selepas mengetuk pintu bilik anaknya.
Intan membuka pintu bilik tersebut. "Dah siap, ibu."
"Hati-hati bawa kereta tu." Pesan si ibu kepada anaknya.
Intan menghulurkan tangan kanan kepada ibunya untuk bersalaman. Dr. Hafiza menerima salaman tersebut. Belakang tapak tangan kanan ibunya dicium.
"Baik, ibu." Katanya dengan senyuman manis.
"Pergi sarapan dulu." Salaman dilepaskan.
"Okay. Ibu hati-hati juga, ya." Kata Intan lalu menuju ke tingkat bawah untuk ke arah kawasan dapur selepas menutup pintu biliknya.
Dr. Hafiza pula menuju ke biliknya di sebelah kiri bilik Intan untuk mengambil beg tangan sebelum pergi kerja.
*
"Intan." Sergah Nadiana dari belakang Intan sebaik sahaja dia melihat sahabatnya itu keluar dari kereta Kancil berwarna putih.
Intan mengeluh. "Ish, kau ni. Nasib baik aku tak sakit jantung."
Nadiana tersengih. "Sorry."
"Dah. Jom. Nanti lambat pula masuk kelas." Kata Intan lalu berjalan mendahului Nadiana.
Nadiana berjalan beriringan dengan Intan. "Intan."
"Ya."
"Aku nak tanya kau ni."
"Tanya apa?"
"Apa ciri-ciri jejaka idaman kau?"
Intan melihat ke arah Nadiana apabila mendengari soalan tersebut. "Jejaka idaman? Hmm... Aku tak pernah fikir langsung."
"Eh? Tak akan la kau tak ada jejaka idaman yang kau minat?"
"Kenapa? Kau ada?"
"Ada la."
"Kenapa tanya aku?"
"Ala~ Nak tahu je. Lagi pun..."
Nadiana berbisik pada telinga kanan Intan. "Aku dengar cerita ada dua orang jejaka kelas kita minat dekat kau."
"Siapa?"
"Ketua kelas kita dengan mamat idola tu." Jawab Nadiana.
"Eh?" Dia terkejut dan sedang memproses kata-kata Nadiana. Mahu percaya atau tidak.
"Kalau kau ada ciri-ciri jejaka idaman. Senang kau nak rejek mereka kalau mereka jumpa kau nanti. Mana la tahu." Kata Nadiana kepada Intan.
Intan meneruskan perjalanannya ke dewan kuliah sambil menundukkan pandangannya. "Siapa lá sanggup jadi pasangan aku yang macam ni? Aku tak macam orang lain."
Sedih di hati apabila terkenang ketidaksempurnaan dirinya itu. Itu bukan kemahuannya tetapi segalanya telah berlaku.
Senyuman Nadiana hilang apabila mendengar hati sahabatnya itu menangis. Dia sangat kenal Intan yang tidak sempurna ini. Dia juga sudah banyak hadapi masalah bersama-sama alter milik Intan. Memang tidak mudah bagi orang biasa untuk memahami Intan. Namun, Nadiana setia di sisinya.
Bahu kanan Nadiana ditepuk. "InsyaAllah. Jodoh kau ada. Jangan risau. Rasanya. Buat masa sekarang. Jangan fikir hal boyfriend. Manusia biasa memang tak akan faham kau. Sebab kau unik."
YOU ARE READING
K.A.M.U
Mystery / Thriller'Kerana Aku Manusia Unik' menjadi pentas kisah kehidupan seorang pesakit Dissociative Identity Disorder (DID) yang bernama Intan Nur Diana Talib sejak usianya 14 tahun. Ibunya tidak tahu punca sebenar anaknya sedemikian kerana dia sibuk dengan kerja...