BAB 2-ADRA

5.4K 58 2
                                    

"Jadi kau nak pergi Kuala Lumpur dengan Jasmin lah ye? Bagus jugak tu, kalau dekat sini menyampah pulak aku tengok muka kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi kau nak pergi Kuala Lumpur dengan Jasmin lah ye? Bagus jugak tu, kalau dekat sini menyampah pulak aku tengok muka kau. Kau macam mak kau yang dah mati tu, tak guna dan bodoh. Tak dengar cakap aku, tergilakan sangat si Richard tu dulu. Sekarang ni, mana Richard yang dia puja dia sayang tu? Entah hidup entah mati aku pun tak tahu."

Adra hanya terdiam mendengar bebelan Maklong Siti. Dia sedar dia hanya menumpang dirumah mak saudaranya. Rumah dan harta ibunya semuanya dijual oleh ayahnya sebelum menghilangkan diri kerana dikejar oleh ahlong kerana kalah berjudi dan menculik seorang isteri hartawan sehingga menyebabkan kematian akibat kemalangan langgar lari. Semua itu sudah Maklong katakan padanya.

Adra juga sedar dirinya banyak menyusahkan maklong. Tapi dia juga bersyukur kerana maklong sudi membiayai persekolahan sehingga ke universiti namun sekarang ni dia tak mahu lagi menyusahkan mak saudaranya yang kematian suami itu.

Adra angkat wajah memandang maklong yang mencekak pinggang di pintu dapur itu. Dia tak sangka, perbualannya dengan Jasmin tadi didengari oleh Maklong.

"Ye Maklong. Jasmin cakap tempat kerja dia tu ada kosong. Adra tak nak menyusahkan Maklong lagi. Adra janji, Adra akan bayar semua hutang ibu pada Maklong. Ibu dah tak ada maklong. Ayah pun tak ada. Adra harap, maklong boleh maafkan ibu dan ayah Adra."

"Banyak cakap pulak kau sekarang ni ye? Aku tahulah sebab mak kau tu adik aku. Aku cuma tak suka dengan ayah kau yang tak guna tu je. Suami yang tak guna. Penipu. Sanggup dia jual adik aku sebab judi dan wang ringgit? Sampai mati, aku tak akan maafkan ayah kau tu, Adra. Adik aku meninggal sebab dia, kau tahu tak?" Ucap Maklong Siti sambil jengilkan mata memandang Adra yang duduk atas sofa dapur itu.

Terpejam mata Adra mendengar bicara kasar Maklong. Adra tahu semua tu, Maklong. Gumam Adra dengan perlahan.

Geram pula dia dengan si Adra ni. Tadi banyak pulak cakap sekarang senyap pula.

"Eh Adra, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Balas Maklong Siti sambil mendekati Adra.

"Dengar, Maklong."

"Sakit hati aku cakap dengan kau ni. Kau macam mak kau jugak. Bodoh!" Selamba dahi Adra dia tunjal berkali-kali. Puas hatinya bila melihat wajah Adra yang kesakitan itu.

Dah lama dia sakit hati dengan Adra yang sering mengadu anaknya Rafiq cuba mencabul dirinya.

" Sakit, Maklong.. " Ucap Adra.

" Padan muka kau. Kau memang layak dapat semua ni." Jawab Maklong Siti sebelum berlalu dari dapur. Terasa panas dengan tiba-tiba.

Adra hela nafas dengan lega bila tubuh besar milik mak saudaranya menghilang dari dapur itu. Adra angkat tubuh ingin menuju ke biliknya namun pabila melihat Rafiq yang sedang tersenyum senget sambil mengusap dagunya itu membuatkan langkah kaki Adra terpaku disitu.

Terundur langkah Adra bila Rafiq semakin mendekati dirinya.

"Apa kau nak, Rafiq?"

Rafiq tersenyum miang. Lagi dan lagi.

ISTERI 100HARI (EBOOK) Where stories live. Discover now