09🌿

483 88 5
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Hanbyeol melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang letih.

Dia baru balik kerja.

Sepatutnya hari ini sampai minggu depan dia masih bercuti namun pagi tadi tiba-tiba saja majikannya menyuruhnya untuk datang ke office, katanya hal urgent tapi untuk hari ini saja lah.

Esok dia masih cuti dan esok juga dia dan Seonghwa akan bertolak ke Jepun untuk honeymoon mereka.Mujur dia sudah mengemas barang dan pakaian untuk dibawa.

Oleh kerana sudah terbiasa dengan tabiatnya di rumahnya sendiri, Hanbyeol tanpa segan silu membuka bajunya tanpa menyedari Seonghwa berada di ruang tamu sedang berbaring di sofa yang menghadap gadis itu sambil bermain telefon.

Belum sempat Hanbyeol membuka habis bajunya, lantas Seonghwa menghampiri gadis itu.

Hanbyeol yang tadi mengantuk dan matanya teramatlah layu membulat dengan tindakan Seonghwa yang menghalang tangannya lalu dibutangnya semula baju kemeja miliknya itu oleh Seonghwa.

Setelah selesai membutangkan baju tersebut, lalu Seonghwa berkata kepada Hanbyeol,

"Cuba ubah sikit tabiat kau tu. Sekarang ni kau bukan lagi tinggal seorang macam dulu."

Merona merah wajah dibuatnya. Dia langsung tidak sedar yang Seonghwa berada di situ.

Seonghwa tahu tabiat dia yang satu ini pun sebab sebelum ini  Hanbyeol membuat perkara yang sama apabila dia berada di rumah gadis itu.

Bukan salah Hanbyeol seorang, dia pun salah juga tidak memberitahu gadis itu yang dia sudah mahu datang ke rumah Hanbyeol.

Tup tup lelaki itu terpacak di ruang tamu Hanbyeol sambil menonton televisyen sementara menunggu gadis itu pulang.

Tak pasal-pasal Seonghwa menjadi mangsa balingan handbag oleh Hanbyeol.

"Dengar tak ni?"

"Ya ya aku dengar. Aku lupa kau ada kat rumah," ujarnya sebelum masuk ke bilik dengan membawa wajah merah padamnya.

Seonghwa tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala melihat sikap gadis itu.

"Comel betul kau blushing Byeol!" jeritnya pula. Sengaja mahu mengusik gadis itu.

"Diam lah kau!" balas Hanbyeol yang berada di dalam bilik.

ㅡ•●•ㅡ

Okay yg ni kurang dri 400 pp, jdi mulai dri skrg setiap chp mungkin ada yg 200 atau 300 pp cam tu.

Kang aku buat pepnj, takut ke laut mcm fanfic san tu, pastu dah tak tahu cam mana nak endkn fanfic 🐵

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now