18🌿

494 88 80
                                    

ㅡ•●•ㅡ


[ada kissing scene ya anak², spa tak nk otak terimagine benda tak ptt jgn bca! ]

Seonghwa masuk ke dalam biliknya setelah menyelesaikan kerjanya tadi. Nampaknya, Hanbyeol masih dibuai mimpi.

Isterinya itu elok saja sedang membaluti badannya dengan selimut. Melihat Hanbyeol masih nyenyak tidur, Seonghwa tiba-tiba mendapat satu idea supaya gadis itu bangun.

Tongkatnya diletakkan ditepi almari yang bersebelahan dengan katil lalu itu perlahan-lahan Seonghwa naik ke atas katil sambil tangannya mengangkat kakinya yang berbalut itu.

Setelah itu dia menghampiri Hanbyeol.

"Byeol-ah bangun lah. Temankan suamimu ini menonton movie." Kejut Seonghwa namun Hanbyeol langsung tidak memberi sebarang petanda untuk bangun.

Seonghwa tidak mahu mengalah lalu digoncangnya badan Hanbyeol. Kalau kakinya tidak patah, memang dia melompat atas katil itu sampailah Hanbyeol bangun.

"Ireonaseyo yo yo~~Ireonaseyo yo yo~~" Nyanyi Seonghwa sambil mengoncang bahu Hanbyeol.

Dan caranya itu berjaya membuat Hanbyeol terbangun.

"Stop it Seonghwa !" Marah Hanbyeol lalu membaling bantal ke arah lelaki itu lalu terkena muka suaminya.

Hari ini dia  minta cuti dari bosnya, sebab nak ambil Seonghwa.

Jadi, lepas siap masak, kemas rumah dan menguruskan suaminya itu dia mahu menghabiskan sisa hari cutinya ini dengan tidur dan tidak mahu diganggu oleh siapa-siapa termasuk Park Seonghwa.Penat juga semalam dia berjaga di hospital menyiapkan kerjanya sambil menjaga Seonghwa.

Lantas Seonghwa mengambil bantal yang dibaling oleh gadis itu tadi lalu duduk dengan kakinya diunjurkan.

Bibirnya dicebikkan lalu melihat Hanbyeol mengiringi ke arah lain membelakanginya dan menyambung tidur. Tidak lama itu Seonghwa turut baring di sebelah Hanbyeol.

"Hmm kalau Byeol tak nak bangun, Hwa nak merajuk dengan Byeol !"

Namun tiada respon dari Hanbyeol.

"Palli ireonaaa palli ireonaaaaa~"

Ujar Seonghwa lagi dengan nada suara yang dibuat-buat comel. Lalu lelaki itu bangun dan duduk semula.

Hanbyeol memalingkan badannya menghadap Seonghwa sambil matanya tertutup lalu memeluk pinggang Seonghwa tanpa dia sedari.

"Hwa please jangan kacau aku nak tidur,"ujarnya dengan mamai.

Seonghwa menundukkan kepala dan mendekati telinga Hanbyeol

"Kau bila nak goda aku?" Bisik Seonghwa menanyakan soalan tersebut kepada Hanbyeol.

Mencelik luas mata Hanbyeol apabila mendengar soalan itu. Dah kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu? Gila agaknya laki dia ni. Mungkin wayar dalam otak dia tu terputus agaknya.

Seonghwa dari pagi tadi sampai ke petang berkelakuan pelik dengannya. Sekejap minta dipeluk, minta teman dia tidur pastu masa makan dia minta disuapkan sedangkan dua belah tangan dia tu elok ja bukan patah macam kaki dia tu.

"Jaegyu memang selalu goda kau ka sampaikan sekarang ni kau tanya aku bila nak goda kau?"

Tanya Hanbyeol sebelum melepaskan pelukannya. Dia baru sedar yang dia tadi memeluk pinggang Seonghwa.

"Aah dia selalu buat cam tu sampaikan aku dah terbiasa." Balas Seonghwa dengan selamba badak dia ja.

Jadi sekarang ni laki dia ni nak minta dilayanlah maksudnya.

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now