10🌿

481 85 16
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Udara segar di Okinawa, Japan dihirupnya dengan mata yang tertutup sambil bibirnya mengukirkan segaris senyuman yang manis.

Rambut panjangnya dibiarkan tidak diikat, membiarkan rambutnya disapa angin yang nyaman itu.

"Woah cantik lah tempat eomma kita pilih ni."

Puji Seonghwa yang berada disamping Hanbyeol.

"Kan. Bolehlah aku tenangkan fikiran sekejap sambil-sambil tengok pemandangan laut ni. Pandai eomma cari tempat ni,"sambung Hanbyeol pula.

Kemudiannya Seonghwa menoleh ke arah Hanbyeol yang sedang memejamkan matanya sambil tersenyum riang.

Matanya tidak berhenti-henti memandang wajah isterinya. Jujur dia cakap Hanbyeol memang seorang wanita yang sangat cantik walaupun dia ini agak kasar sedikit.

Ramai lelaki yang mahukannya namun semua ditolak oleh Hanbyeol. Bila ditanya mengapa dia menolak lelaki-lelaki itu kerana dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Tup tup, dia berkahwin juga dengan Seonghwa, lelaki yang selalu ada disampingnya dari kecil hingga kini.

"Hwa.."

Terhenti lamunannya apabila menyedari Hanbyeol turut memandangnya.

"Wㅡwae ?"

Hanbyeol mencebik lalu berkata,"Aku lapar lah. Jom lah keluar cari kedai makan."

"Jom lah. Aku pun lapar juga ni."

Lantas Hanbyeol masuk ke dalam sambil berlari anak untuk mengambil begnya. Seonghwa ketawa kecil melihat tingkah laku Hanbyeol yang persis seperti kanak-kanak.

Pintu sliding tersebut ditutup Seonghwa sebelum masuk ke dalam.

"Hwa, lepas makan nanti kita jalan-jalan dekat AEON Rycom boleh ??"

"Kalau aku cakap tak boleh nanti, tetap juga kita akan pergi."

Hanbyeol tersengih selepas mendengar jawapan lelaki itu. Seonghwa bukan kenal Hanbyeol dua tiga minggu, faham sangat perangai isterinya ini. Kalau dia cakap A tu A lah jawabnya, dia akan pujuk orang tu sampai setuju.

"Thank you Hwa."

Ucap Hanbyeol yang menunggu Seonghwa keluar dari bilik mereka. Setelah memastikan semua barang penting seperti passport, dompet, dan lain-lain ada di dalam bilik baru lah Seonghwa keluar dan mengunci bilik.

"Okay jom."

Mereka berdua menggunakan grab untuk pergi dan sebelum itu mereka berdua menanyakan kedai makan yang ada di Okinawa tersebut.

Mujur pemandu lelaki yang berumur lingkungan 50-an tersebut mahu membantu mereka dan menghantar mereka ke sebuah kedai makan yang agak terkenal di kota tersebut.

Setelah selesai mengisi perut yang kosong tadi, mereka bergerak ke AEON Rycom.

Hanbyeol kalau mode shopping turn on memang sampai tidak ingat dunia. Yang jadi mangsanya Seonghwa, tukang membawa beg kertas yang berisi barang yang dibeli Hanbyeol.

"Byeol, udah lah tu. Kang kau beli banyak nanti tak muat pula luggage kita."

"Okay okay ni last."

"Eh dah dah jom balik, kau punya last tu memang sampai satu mall ni kau borong nanti."

"Kali ni ja, last eh. Aku nak beli sesuatu yang penting"

"Tak boㅡ"

"Please Hwa hmm."

Seonghwa mengeluh panjang selepas melihat wajah Hanbyeol dibuat-buat comel.

Ingat Seonghwa terpedaya ka? Dan jawapan, ya. Seonghwa memang tak dapat tengok wajah comel Hanbyeol. Nak ja dia cubit pipi gemuk Hanbyeol.

Tapi dia tak tunjuk pun dia yang suka melihat Hanbyeol bertingkah sebegitu.

"Barang apa kau nak beli lagi ?"

"Ada lah. Dah jom,"Hanbyeol menarik tangan Seonghwa untuk mengikutnya ke sesuatu kedai.

Ikut punya ikut, mereka sampai ke kedai tersebut.

Ianya menyebabkan wajah Seonghwa menjadi kemerahan.

"Yahh pasal bawa aku ke sini!"

Hanbyeol mengetawakan lelaki itu tambah lagi dia melihat Seonghwa blushing . Dia sengaja tidak mahu memberitahu Seonghwa yang dia mahu membeli pakaian dalam.

Hendak buat macam mana lagi, dia terlupa membawa pakaian dalam semasa mengemas barangnya hari itu.

"Aku lupa nak kemas pakaian dalam aku lah wey, sibuk sangat kemas rumah tu yang terlupa."

"Dahlah cepat beli haish nak ja aku luku kepala kau ni."

"Paiti awak nak luku kepala isteri awak ni,"usik Hanbyeol lalu ketawa sebelum masuk kedai tersebut.

Seonghwa pula, dia tidak mahu masuk dan menunggu Hanbyeol di luar kedai tersebut saja.

Tidak lama pun Hanbyeol memilih pakaiannya.

"So..kita nak pergi mana lagi ?" soal Hanbyeol dengan tiba-tiba muncul disebelah Seonghwa yang sibuk dengan telefonnya.

Dia siap sengih-sengih lagi.

"Kau chat si sotong tu ka ?"

Yala kalau dah tersengih-sengih tengok telefon tu tak lain dan tak bukan, chat dengan 'makwe' dia lah tu.

"Nama dia Lee Jaegyu tau bukan sotong."

"Whatever."

"Oh salah Park Jaegyu to be."

Hanbyeol memasang wajah menyampahnya. Dia pun tidak tahu mengapa rakan baiknya ini boleh terbengkok berliku-liku teruk macam sekarang ini.

Hanbyeol tengok lelaki dihadapannya ini pun dah macam susah nak diluruskan semula.

"Dah lah simpan telefon tu. Jom cari kedai makan. Perut aku lapar lagi ini. Kang tak pepasal aku makan kau nanti."

"Cam mana kau nak makan aku ? Aku makan kau dulu ada la,"balas Seonghwa dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya.

Satu tamparan hinggap di lengan lelaki itu.

"Aku bukan maksudkan tu lah bijak!"

ㅡ•●•ㅡ

I need you  → Stay with me

Aku tukar tajuknya ya gais.

Kenapa dia comel sangat?!!!😭😭Sorry lah tibe letak gmbr hongjoong, aku tdk kuat melihat kecomelannya huaaaaaa!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kenapa dia comel sangat?!!!😭😭
Sorry lah tibe letak gmbr hongjoong, aku tdk kuat melihat kecomelannya huaaaaaa!!!

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now