"Sayang.. kalau eomma pergi nanti.. Jaga diri ya?"
"Eomma nak pergi mana?" Anak kecil itu memandang eommanya.
"Satu hari nanti.. Eomma akan pergi ke tempat yang jauh.. Nanti.. Kook kena jaga diri sendiri tau? Jangan menyusahkan orang.. Janji dengan eomma, ya sayang?" Eommanya tersenyum manis.
"Mmm.. Baik eomma.." Dia yang masih berumur 5 tahun itu tersenyum memandang eommanya yang terbaring di atas katil. Ya.. Eommanya sakit.. Tapi dia sendiri tak tahu sakit apa.. Eommanya tak pernah beritahu.. Katanya suatu hari nanti dia akan tahu..
Wanita berumur 30-an itu memandang anaknya. Dia tersenyum pahit. Sakit apabila teringatkan bahawa dia terpaksa meninggalkan anak tunggalnya itu. Dapatkah anaknya hidup tanpa dia suatu hari nanti?
----
"Api!!"
"Api!!"
"Api!!"
"Tolong!!"
"Eommaaa!!!" Seorang budak lelaki menjerit.
Eommanya berada di dalam bangunan yang dijilat api itu. Rumah mereka.
"Eommaa!!!" Dia terduduk sambil menangis teresak-esak.
"Eomma.." Suaranya mula tenggelam-timbul dengan bunyi siren ambulans.
Dia meronta-ronta di dalam pelukan seorang lelaki. Dia cuba untuk pergi ke dalam rumahnya namun lelaki itu tidak melepaskannya. Dia hanya dapat meronta-ronta sambil menangis.
"Maafkan yoongi,eomma. Yoongi patutnya temankan eomma. Yoongi tak patut pergi bermain dengan kawan-kawan tadi." Dia menangis teresak-esak.
----
"AKU TAKKAN PERNAH BENARKAN KAU APA-APA KAN ANAK AKU!!" Wanita itu meronta minta dilepaskan. Dia diikat di atas kerusi di ruang tamu rumahnya. 'Dasar jantan tak guna!!' hatinya menjerit.
"'Anak aku?' ANAK KAU ANAK AKU JUGAKLAH BODOH!!" Lelaki itu ketawa. Dah macam orang gila.
"AKU TAKKAN SESEKALI BAGI JOON PADA KAU!!"
"Ohh.. Taknak bagi ya.. Baik.. TAPI KAU MESTI SERAHKAN NYAWA KAU DULU!!" Tanpa sedar, dia mengeluarkan sepucuk pistol dari poket seluarnya. Poket seluar macam poket doraemon.
"JOON LARIII!!"
Seorang budak kecil terus lari dari tempat persembunyiannya dan keluar dari rumah itu.
BANGG!!
Dia memejamkan mata. Takut. Dia menangis teresak-esak sehinggalah muncul seorang wanita.
"Kenapa ni, dik? Adik sesat ke? Eomma adik mana?" Wanita itu bertanya soalan bertubi-tubi.
"E-eomma.." Dia teresak. "A-appa.. A-appa t-tembak e-eomma.."
"Ne?!"
"S-situ" Namjoon menunjukkan arah rumahnya.
----
"Sayang.. Sayang kira sampai sepuluh ya?"
"Baik eomma!" Dia teruja.
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh!
"Eomma" Dia membuka mata. Mula mencari eommanya.
"Eomma.."
"Eomma" Matanya mencari eommanya. Sedang dia ralit mencari, dia terjumpa satu bar chocolate. Tiba-tiba dia menjadi takut.
"Eomma?" Dia mula menangis.
"Eomma.." Hoseok terduduk. Dia memandang chocolate bar di tangannya. Terdapat tulisan berwarna hitam.
"Maafkan eomma, sayang."
----
"Yah ppalliwa, Jimin-ahh.." Taehyung memandang Jimin yang berada di belakangnya.
"Kejaplahh" Dia mempercepatkan langkah.
"Tak sabarnyaa.. Mesti eomma ngan appa terkejut kan?"
"Eh mestilah.. Tengoklah sapa yang buat persiapan.." Jimin bangga.
"Eleh.. Aku lagi banyak buat kerja dari kau, ketot."
"APA?! KAU KATA AKU KETOT?!"
"Eh taklah.. Ni haa aku kata kucing ni yang ketot." Jimin memandang ke bawah. Mana ada kucing.
"TAK GUNA!! SINI KAU KIM TAEHYUNGG!!" Bermulalah sesi kejar mengejar antara si ketot dengan si tiang.
BOMMM!!
Mereka memandang ke arah jalan raya.
"Jimin.. T-tu b-bukan ke.. K-kereta appa k-kau..?" Suaranya tersekat. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Semuanya berlaku di depan mata. Sebuah kereta dilanggar oleh sebuah lori. Sekelip mata."A-andwae.." Air matanya mengalir dengan deras sekali. "EOMMAA!!! APPAA!!" Mereka berdua menjerit dan cuba untuk pergi ke arah kereta itu namun seorang lelaki cuba menghalang. Taehyung memandang kereta appa Jimin itu. Appa dan eommanya juga berada di dalam kereta itu.
Sepatutnya hari ini mereka bergembira. Sepatutnya mereka menyambut anniversary perkahwinan eomma dan appa Jimin namun semuanya berlaku sekelip mata. Hari yang sepatutnya menggembirakan berubah menjadi hari yang membuatkan mereka trauma.
YOU ARE READING
[H] < Endless Friendship || BTS Malay FF >
Fanfiction[Hiatus] "Kalau camtu baik aku mati je !!" "KORANG SEMUA BODOH !!" "Maafkan hyung.." "I'll always be with you.."