Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kedai runcit di mana dia bekerja.
"MIN YOONGI!!" Kedengaran majikannya menjerit. "Kau ni nak kerja ke tak sebenarnya?! Kalau nak kerja buat cara orang kerja! Ni tak.. Datang kerja lewat.. Buat kerja sambil lewa.. Kalau kau nak kerja buatlah betul-betul!! Jangan asyik menyusahkan orang lain je!!" Marah lelaki tua itu.
'Kau ingat aku nak sangat ke kerja ni?' Hati Yoongi berkata.
Ya, selama ni dia bekerja hanya kerana terpaksa. Dia dipaksa oleh appanya. Sejujurnya dia benci appanya.
"Kau buat apa lagi tu? Termenung?! Kau ingat termenung boleh siapkan kerja tu?!" Marah majikannya lagi.
Yoongi terus bergerak pergi untuk membuat kerjanya. Masih lagi kedengaran lelaki itu membebel dan memarahinya. Namun dia langsung tidak peduli. Dia sudah biasa dicaci-maki, dimarahi dan didera sepanjang ketiadaan eommanya. Sejujurnya dulu hanya eommanya yang dapat dijadikan tempatnya mengadu. Tapi sekarang dia tiada sesiapa. Eommanya berkata bahawa dia sudah lama bercerai dengan appanya ketika Yoongi masih berumur 2 tahun kerana sikap appanya. Sejak itu, dia tidak pernah berjumpa lagi dengan lelaki itu sehinggalah eommanya pergi. Dia terpaksa tinggal dengan appanya kerana eommanya anak tunggal manakala satu-satunya ibu saudaranya tinggal di luar negara.
Sebenarnya ada juga terlintas difikirannya untuk tinggal di rumah anak yatim tapi appanya tidak membenarkan malah dia dipukul kerana pernah cuba untuk melarikan diri dari rumah itu.
----
Yoongi terus berjalan ke taman berdekatan sebuah kedai piano. Itulah satu-satunya tempat yang dapat membuatkan dia tenang kerana tempat itu kosong. Tidak ramai yang lalu disitu. Teringat memori bersama eommanya 9 tahun lalu.
----
"Yoongi.." Wanita itu memanggil anak tunggalnya.
"Ne!" Yoongi yang sedang bermain kereta mainannya itu memandang eommanya.
"Nak ikut eomma pergi taman tak? Boleh main piano.." Mata Yoongi mambulat. Dia mula teruja.
"Pianoo?" Yoongi terlompat kecil. Sejak kecil dia diajar oleh eommanya untuk bermain piano. Setiap hari eommanya pasti akan mengajarnya bermain piano. Dia sendiri yang meminta untuk diajar bermain piano kerana alat music itu sangat menarik perhatiannya.
"Ya, sayang. Piano. Nak ikut tak?" Dia menaikkan kening. Dia sengaja ingin membawa anaknya ke situ kerana piano di rumah mereka sudah rosak.
"Nakk!!"
"Ok, Yoongi tukar baju dulu. Eomma tunggu kat pintu. Kalau lambat eomma tinggal!" Amaran diberikan. Dia memang suka mendidik anaknya supaya menjadi lebih berdikari sejak dulu.
"Ne, eomma!" Yoongi terus berlari ke biliknya.
Selepas lima minit menunggu, kelihatan Yoongi keluar dari biliknya.
"Eomma!" Yoongi memanggil eommanya yang sedang memandang ke luar rumah.
"Dah siap? Ok, gaja!" Dia memimpin tangan anaknya.
Mereka hanya berjalan kaki memandangkan tempat itu berdekatan dengan rumah mereka.
"Wahh cantiknya taman ni!" Mata Yoongi bersinar melihat keindahan taman bunga itu.
"Cantik, kan? Eomma suka taman ni.. Eomma selalu datang kat sini.. Rasa tenang je bila duduk sini.." Dia berkata sambil memandang sekeliling taman itu. "Kenapa eomma tak bawak Yoongi?" Yoongi memuncungkan mulutnya.
Namun soalan itu hanya dibiarkan sepi.
"Yoongi nak main piano, kan? Jom!" Dia cuba untuk mengubah topik.
"Eh haahlah, piano!" Dan taktik itu berjaya.
"Gaja!!" Mereka terus pergi ke kedai piano yang berada di hadapan taman itu.
----
'Eomma.. Kenapa eomma pergi.. Yoongi benci appa.. Appa jahat!! Appa tak pernah sayang Yoongi.. Semua orang benci Yoongi.. Semua orang buli Yoongi.. Eomma sorang je yang sayangkan Yoongi.. Tapi.. Eomma dah pergi.. Eomma pun benci Yoongi ke? Eomma.. Yoongi taknak hidup.. Yoongi benci semua orang!! Takde sapa pun yang faham Yoongi!! Kenapa Yoongi mesti tanggung semua ni?! Kenapa mesti Yoongi?!'
Air matanya mengalir setitik demi setitik. Dia benci diri sendiri. Dia benci hidupnya.
Kakinya mula melangkah ke kedai piano di hadapannya. Namun, kedai itu tidak seperti dulu. Kedai piano yang mempunyai memori indah bersama eommanya sudah hangus terbakar.
Yoongi perlahan-lahan masuk ke dalam tempat itu.
'Eomma..'
'Yoongi rindu eomma..'
Yoongi memegang serpihan kaca yang berada di atas lantai. Dia cuba untuk menikam perutnya sambil memejamkan mata.
"Eomma.."
Belum sempat dia meneruskan niatnya, matanya tertangkap satu kertas berwarna hitam yang berada berdekatan pintu. Entah kenapa dia tertarik dengan kertas tersebut.
"Don't give up. Your life is the most precious thing."
Betul. Dia tak boleh mengalah. Dia mesti teruskan hidup.
'Betul tu.. Aku tak boleh mengalah macam tu je.. Demi eomma.. Aku mesti teruskan hidup aku.. Aku mesti buat eomma percaya yang aku boleh teruskan hidup tanpa dia.. Eomma.. Maafkan Yoongi sebab cuba bunuh diri tadi..'
Dia menyesal. Itulah perkara paling bodoh yang dia pernah buat seumur hidup.
'Aku yakin.. Kebahagiaan sedang menunggu aku..' Hatinya berbisik. Yoongi menarik nafas dan menghembus perlahan. Dia inginkan kebebasan. Dia ingin bebas dari semua seksaan ini. Dia ingin bernafas dengan tenang. Tanpa sebarang rasa sakit.
----
Nota ringkas yang baru sahaja ditulisnya diletakkan di depan pintu biliknya.
'Yoongi nak lari dari kesakitan ni.. Jangan cari Yoongi.. Yoongi nak pergi jauh dari sini..'
Tanpa memandang sekeliling, Yoongi terus berlari keluar dari rumah appanya. Dia ingin bebas. Bebas dari segalanya.
YOU ARE READING
[H] < Endless Friendship || BTS Malay FF >
Fanfiction[Hiatus] "Kalau camtu baik aku mati je !!" "KORANG SEMUA BODOH !!" "Maafkan hyung.." "I'll always be with you.."