SEORANG gadis yang tampak elegant mengenakan dress separas lutut berjalan sambil menarik bagasi bewarna merah jambunya. Tubuhnya yang tinggi lampai itu menjadi tumpuan orang ramai yang berada di lapangan terbang tersebut.
Siapa tidak kenal akan dia, Laura Evelyn. Model terkenal antarabangsa yang berumur 21 tahun. Dengan mempunyai wajah yang menarik perhatian itu telah membuatkan dirinya berjaya menggapai cita-cita untuk menjadi seorang model pada usia yang masih muda.
Namun begitu, perangai Laura tidak seperti yang dia tayangkan sewaktu berada di ka televisyen mahupun media. Sedang kaki panjang itu melangkah dia terbelakang sedikit tatkala dirinya dirempuh oleh seseorang.
"Are you blind!?" Anak mata berona hazel yang dilindungi oleh kaca mata hitam itu menikam tajam wajah seorang remaja perempuan yang sudah jatuh terduduk.
"M-maafkan saya cik. Saya tak sengaja."
Laura menghela nafas kasar.
"Kalau you tak boleh nak guna mata you tu dengan baik buanglah! Siapa nak ganti baju I yang dah kotor ni?!"
Remaja perempuan itu cemas, segera dia bangun dari duduk lalu mencari sesuatu di dalam bag pikulnya. Sehelai tisu dikeluarkan lalu dia merapati Laura.
Sebaik sahaja tangan yang memegang tisu itu mahu menyentuh sebahagian daripada bajunya yang terkena tumpahan coffea dia segera menepis dengan kuat.
"Don't touch me!" Remaja perempuan itu terkedu.
"Urgh!!" Laura menghentak kakinya dengan kuat lalu berlalu pergi dari situ. Setelah tiba di ruangan menunggu dia keluarkan iphone dari bag berjenamanya. Objek nipis itu ditekan beberapa kali sebelum dilekapkan di telinga. Matanya tajam memerhati sekeliling.
Masih tiada bayangan manusia yang menjemputnya. Rimas! Sebaik sahaja panggilannya dijawab terus sahaja dia menerjah tanpa salam, pelbagai soalan dituju tanpa memikirkan perasaan orang yang berada di hujung talian.
"Where are you pa?! Dah lama Laura tunggu kenapa tak sampai-sampai lagi." Laura menilik jam tangannya yang tersarung kemas dipergelangan tangan.
"I'm sorry sayang, papa tak dapat nak jemput Laura. Papa ada meeting. But jangan risau papa dah suruh seseorang untuk jemput Laura."
Laura menggulingkan matanya kegeraman.
"It's okay bye." Itulah Tan Sri Mikhail tidak pernah mempunyai masa untuk keluarga. Sudahlah dia hanya mempunyai Tan Sri Mikhail untuk menagih kasih sayang.
Mawar Khaisara.
Nama wanita yang masih utuh berada di dalam hatinya. Memikirkan sebaris nama itu membuatkan dirinya sebak. Sewaktu dia berumur 5 tahun lagi ibunya sudah pergi meninggalkan dirinya akibat kanser payudara.
"I miss you ma." Laura menggeleng perlahan tidak mahu masa lalu merosakkan moodnya yang sudah sedia tidak membaik.
"Miss." Laura berpusing ke belakang tatkala bahunya terasa dicuit oleh seseorang. Terbutang matanya tatkala melihat seorang lelaki yang bertubuh tegap dan ditubuhnya tersarung kemas kemeja berwarna hitam. Terkebil-kebil dia menatap wajah itu.
Sempurna!
Laura berdehem seketika. Dia menunduk sekejap, jatuhla egonya jika lelaki itu mengetahui bahawa dia sedang direnung oleh seorang gadis cantik yang bernama Laura.
YOU ARE READING
BODYGUARD CIK EVELYN
Romance"Saya hanya lelaki kampung tak layak untuk mendampingi Cik Laura." - Rayden Luth LAURA EVELYN Gadis itu seorang anak kepada jutawan yang tersohor. Kulitnya putih, mempunyai mata berona hazel dan dapat memukau sesiapa sahaja yang memandang. Disebab...