Laura tersengih sendiri tatkala mengenangkan sikap Luth yang sangat mengambil berat tentang dirinya itu. Sudah dua hari dia bertapa di rumah keluarga milik Luth. Ahli keluarga lelaki itu juga memberi layanan yang tersangatlah baik untuknya.
Gadis itu mengemam bibirnya mengelakkan diri dari terus tersenyum. Bantal yang berada di sebelahnya di ambil lalu ditekupkan ke muka.
"Rayden you buat I gila!" Kaki panjangnya dia hentakkan ke atas katil bagi mengurangkan rasa teruja yang menerjah diri.
"Sabarrrrr Laura...apa susah nanti kau ajak je Rayden kahwin." Laura menggigit bibirnya tatkala ideanya yang gila itu terlintas di benak fikirannya.
Rambut light brown miliknya dia sanggul sebelum bangkit dari katil. Satu cermin yang tinggi terletak bersebelahan meja solek dia dekati.
Figuranya yang terbias di cermin itu dia pandang dengan wajah yang teruja. Dia kemaskan sedikit baju tidurnya yang kelihatan tidak terurus. Jam yang berada di atas table nightstand di kerling.
9.00 pagi.
Tidak mungkin Laura Evelyn mahu mencemar duli ke bilik air untuk mandi pada waktu pagi. Sebelum dia melaksanakan solat subuh tadi sempat dia membersihkan wajah dan menggosok gigi.
Selepas berpuas hati dengan dirinya, Laura keluar dari bilik tumpangannya selama dia berada di rumah Rayden. Gadis itu turun berhati-hati menggunakan anak tangga untuk menuju ke ruang tamu.
Anak mata berona hazel itu melilau ke arah setiap sudut ruangan untuk mencari kelibat Rayden Luth. Buat seketika keluhan terbit di bibir merah Laura apabila dia tidak menemukan kelibat milik Rayden. Kaki milik gadis itu mula melangkah ke arah dapur.
Satu sosok tubuh yang membelakanginya itu dia pandang dengan penuh minat. Laura menjengketkan kakinya lalu perlahan-lahan menuju ke arah sosok tubuh yang tegap itu.
"Morning." Langkah Laura terhenti. Senyuman yang lebar itu tadi juga turut mati sebaik sahaja Rayden dahulu mengucapkan selamat pagi kepadanya.
Gadis itu mencebik lalu melangkah ke arah Luth. Kepalanya dijengulkan untuk melihat perbuatan lelaki itu yang sedari tadi membelakanginya.
"You masak apa?" Laura memandang sisi wajah tampan milik Rayden Luth yang sedang fokus kepada masakannya yang masih lagi berada di atas dapur.
"Your favourite breakfast meal. Soft scrambled eggs and toast with cheese." Rayden menjeling wajah Laura yang tersenyum memandang ke arahnya.
Sejak pulang dari oversea perilaku gadis itu makin hari makin pelik. Tidak mahu memusingkan fikirannya Luth hanya tidak mengambil kisah tentang perubahan sikap dari anak Tan Sri Mikhail itu.
"You ingat lagi." Rayden hanya mengangguk.
Pinggan kaca yang tersusun kemas di kabinet atas di ambil lalu dia menyusun rapi makanan yang dimasaknya sebentar tadi. Dia palingkan tubuh ke arah Laura.
"All done. You should take at least one bite Cik Laura. Or your stomach will catch a cold." Laura mengikuti langkah Rayden ke arah meja makan.
"Sit. And eat." Laura mengangguk dia mengambil tempat di sebelah Rayden. Scrambled eggs yang dibuat oleh Rayden itu dia cubit sedikit lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia memejam mata sambil mengunyah makanan yang dimasak oleh Rayden itu tadi.
"Sedap!"
Rayden hanya tersenyum nipis apabila gadis itu tidak henti-henti menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
"You nak?" Dahi lelaki itu berkerut setelah Laura menghulurkan scrambled eggs untuknya. Atau lebih tepat lagi Laura mahu menyuapnya dengan jari runcing milik gadis itu sendiri.
YOU ARE READING
BODYGUARD CIK EVELYN
Roman d'amour"Saya hanya lelaki kampung tak layak untuk mendampingi Cik Laura." - Rayden Luth LAURA EVELYN Gadis itu seorang anak kepada jutawan yang tersohor. Kulitnya putih, mempunyai mata berona hazel dan dapat memukau sesiapa sahaja yang memandang. Disebab...