L U T H 3

1K 115 12
                                    

Laura menjeling belakang tubuh sasa Rayden yang sedang menjawab panggilan telefon dari seseorang. "So, kenapa papa nak jumpa Laura?" Gadis itu menarik kerusi lalu di duduk.

Sesekali bibirnya melorek senyuman kecil tatkala angin bayu menyapa wajahnya lembut. Tenang. "Papa ada benda nak bagitahu Laura." Dahi gadis itu berkerut halus apabila wajah Tan Sri Mikhail beriak serius.

"Kenapa papa pandang Laura macam tu pula?" Laura memandang wajah separuh abad itu dengan penuh tanda tanya.

"Laura, papa berterus terang dengan you. Papa nak Laura kahwin dengan kawan papa." Laura terdiam sejenak. Wajah papanya dia pandang dengan riak tidak percaya.

"What do you mean? Kahwin? With your friend? Are you insane?" Tan Sri Mikhail mengacip giginya kegeraman.

"Words Laura, I'm your father." Wajah anaknya dia pandang.

"Who cares about that! Kalau you betul papa I, you tak akan senang-senang aturkan hidup I!" Tan Sri Mikhail bangun dari duduk lalu tangan miliknya ringan sahaja naik menjamah pipi kiri anak perempuannya.

"Watch your words Laura Evelyn! Papa tak pernah ajar you biadap!" Gadis itu memegang pipinya yang terasa pijar. Wajah papanya dia pandang dengan riak kecewa.

"Laura benci papa." Anak mata Tan Sri Mikhail mengikuti langkah Laura yang menuju ke luar pagar rumah.

"Luth, ikut Laura."














Laura menghembus nafas panjang. Tempat duduk di bus stop itu dia duduki sekejap. Anak mata berona hazel itu bergerak ke arah kanan dan kiri memerhati kenderaan yang lalu lalang.

"Apa aku nak buat sekarang?"

Dia memejamkan mata sekejap. Dompet, telefon bimbitnya. Semua kelengkapan tersebut tidak ada bersamanya.

"Papa memang tak sayang Laura. You're change a lot." Laura menyeka air matanya menggunakan hoodie yang di pakai.

Sudahlah dia hanya sehelai sepinggang. Patah balik ke kediaman Tan Sri Mikhail? Perkara itu mustahil apabila dia tidak mengingati jalan untuk pulang.

Menetap lama di negara orang membuatkan dirinya lupa serba sedikit tentang tempat tinggalnya. Gadis itu bangun dari duduk. Dia mendongak tatkala bunyi guruh kedengaran di halwa telinganya. Kuku digigit gelisah.

Awan yang cerah menggelap tatkala hujan mulai turun. Laura kembali duduk di bangku yang disediakan. Hari sudah lewat petang mahu menjengah malam. Kereta yang lalu lalang di kawasan itu juga mula berkurang. Malah boleh dikatakan tiada langsung.



















Earpiece di telinganya ditekan setelah ada panggilan yang masuk.

"Luth dah jumpa Laura?" Rayden mengeluh panjang. Matanya meliar di sekeliling kiri dan kanan jalan.

"Belum Tan Sri." Tan Sri Mikhail menghembus nafas berat.

"Maafkan saya. Disebabkan Laura menghilang Luth terpaksa tangguh hasrat untuk pulang ke kampung." Rayden mengangguk. Matanya dikecilkan tatkala tiba di satu hentian bas.

"Tan Sri kita jumpa nanti." Earpiece ditekan. Rayden keluar dari kereta sambil membawa keluar payung bersamanya.

"Cik Laura?" Gadis itu mendongak. Wajah kacak Rayden menyapa pemandangannya.

BODYGUARD CIK EVELYNWhere stories live. Discover now