Kringgg kringgg
Bunyi jam loceng si tuan empunya yang masih sedap beradu.
'Aila oh Aila bangun ! Adik ! Kamu dah lambat pergi sekolah ni Kakak kamu tunggu ni'
Sedap saja Aila sedang tidur bak puteri salju dia terkejut lalu melihat jam di dinding benar-benar terlewat sudah. Mujurlah jeritan mamanya masih berguna untuk halwa telinganya. Laju Aila mengiakan bagi memberi isyarat yang dia pun sudah bangun. Dia menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dengam segera. Mampus aku ni dah lambat kakak dah lah garang cam singa aduh. Mama pun tak camtu.
Usai mandi dan berpakaian. Aila menuruni anak tangga dengan pantas dan berhati-hati dan menuju ke ruang dapur untuk bersarapan sedikit. Maklumlah dia sudahlah menumpang kakaknya menaiki kereta kalau tidak naik bas lah dia sebabnya Aila ni jenis suka berdikari tapi disebabkan peristiwa hitam itu berlaku keluarga Aila menasihatkan supaya dia pergi ke sekolah bersama dengan kakaknya. Sebelum ini kakaknya hanya menunggang motosikal ke sekolah disebabkan tahun ini kakaknya sudah tingkatan 5 maka pada ulangtahun kelahiran kakaknya aisyah mama dan papanya memberikan dia sebuah kereta jenama axia sesuai untuknya. Dan lagi satu kakaknya juga sebenarnya seorang pengawas malahan penolong ketua pengawas kenalah tunjukkan sahsiah yang baik. Disebabkan kakaknya yang sentiasa pergi ke sekolah awal, Aila tidak sanggup untuk bangun pagi sebegitu lebih baiklah dia tidur . Tapi hari ini memang lewat sangat. Maklumlah semalam hari ahad bila isnin perghhh liat wehh nak bangun.
'Lambat!'
Kata kakaknya Aisyah lalu menjeling sambil menyilang tangan. Aila menundukkan kepala lalu menghirup air milo dan memakan sekeping roti bakar di mulutnya lalu menyalami mamanya kerana ternampak kakaknya sudah pergi ke luar dan memasuki kereta.
*************************************
'Adik buat apa semalam? Lewat sangat ni kita ni dahlah ada perhimpunan hish, adik karang mesti kena punyalah denda'
tanya kakaknya Aisyah kepada Aila. Aila hanya sekadar meminta maaf. Bukannya dia buat apa pun semalam hanya membaca buku sehingga lewat malam dan tertidur.
************************************
Sebelum tu lupa nak perkenalkan diri aku. Aku Aila Izzara bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan ********* dan berumur 16 tahum. Aku bukannya mahu riak tetapi well aku ni terkenal dengan gelaran budak harapan sekolah dengan keputusan yang cemerlang dan wakil sekolah untuk pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar. Semua ah aku tibaii haha.
***********************************
Di sekolah'Adik akak pergi dulu,nanti Jijah marah akak aduhh mengamuk nii mak singa nii. Kalau akak kena marah ni semua adik punya pasal'
Kata kak Aisyah yang sudah meninggalkannya. Aila hanya mencebik dan laju kakinya ingin memasuki kedalam bangunan itu tetapi tidak ..... sebenarnya perhimpunan sudah dijalankan maka hanya tinggal beberapa pengawas sahaja yang bertugas di luar perkarangan bangunan sekolah itu. Aila terus laju mengikut kak Aisyah yang sedang berborak.. eh bukan berborak tetapi memberi alasan siapa lagi kalau bukan kepada Ketua Pengawas sekolah ini Kak Jijah. Dan aku terus berdiri disebelah kak Aisyah. Kak Jijah merenung aku. Gila siot.. takut..kecut perut. Aku ni dah lah baik.. mana pernah ponteng sekolah,kelas apatah lagi datang lambat atau buat benda-benda jahat disekolah.
' sorry Jijah aku lambat sebab adik aku ni hah dia sakit perutlah apalah. Tu yang terpaksa tunggu dia ni'
Cakap kakak ku kepada si dia. Terasa mahu gelak pandai juga ye kakak aku ni bagi alasan. Amboii biasa dia. Kak Aisyah terus berlalu setelah melihat isyarat si dia melepaskan kakak ku. Aku juga turut mengikut langkah bersama akak ku tetapi terbantut disebabkan pertanyaan kak Jijah. Aku melihat kak Aisyah hanya memalingkan muka dan membuat isyarat very good kepada ku. Huks huks Akak jahat.
'Kamu kenapa lambat?, sakit perut makan apa? Kalau memang dah pepagi tu proses percernaan awak tu bagus ,bangunlah awal pagi lagi'
Katanya. Gila apa kalau aku boleh control takpe lah juga walaupun bukan sebab ini yang aku terlambat tapi bengang lah juga eh ehhh eiii. Aku hanya menundukkan kepala ke lantai. Nasiblah dia seorang je ada. Kalau tak aduh malu budak macam aku mi lewat pergi sekolah biarpun ni first time dohhh takda kasi chance langsung si mak singa ni. Dia menyuruh aku menulis nama pada sehelai kertas dan mengikutnya untuk berada di tempat pelajar yang lewat. Ramai juga yang terlewat hari ni yaaa..
Beberapa minit kemudian,
Aila menguap beberapa kali kerana mengantuk dan bosan. Pulak tu pengetua yang berucap ya ampun penat. Aila memaling ke kirinya dan terlihat Kak Jijah memandangnya macam nak makan. Aila apa lagi terus berdiri tegas dan membuka mata luas biarpun kakinya sebenarnya sudah kebas sebab duduk terlalu lama. Mampus.
Usai perhimpunan kami yang terlewat ni dibahagikan kepada dua kumpulan supaya senang pengawas yang lain mengawasi kami sekiranya adanya mengelat daripada dendaan ini. Tiga orang satu kumpulan telah dibahagikan dengan 2 orang pengawas. Kumpulan lagi satu diawasi oleh kakak aku Aisyah .cehh dia datang lambat gakk tapi hampehh.. dan pengawas f4. Aku diawasi oleh fuhh kak Jijah dan Min kawan sekelas ku haish.. Mim daripada tadi sudah muka mahu gelakkan aku.
Denda yang kami kena ini adalah mengutip sampah di sekeliling sekolah sehingga disuruh berhenti oleh ketua pengawas. Min pula mengawasi dua lagi orang pelajar yang lewat dalam kumpulan aku. Aku pula dikawal keras oleh Kak Jijah.. ya ampunnnnnn cuak sehhh..Fuhh akhirnya selesai juga dendaan ni. Aku memasuki kelas dahulu selepas melihat Min yang sibuk buat apa lagi entah sembang dengan pengawas pengawas tadi tu.
Aku mengetuk pintu bilik darjah tersebut dan gulp. Cikgu Samad! Haish apalah nasib harini.. Cikgu Samad menyuruh aku masuk dan berdiri di atas kerusi kerana lambat. Ini yang malas kalau subjek matematik di awal pagi. Sekiranya kami terlewat untuk memasuki kelas atau tidur, bersembang sebagainya akan dikenakan denda berdiri di atas kerusi. Cikgu Samad meneruskan pembelajaran dan beberapa minit kemudian terlihat Min dan Kak Jijah memasuki kelas. Min sudah duduk di tempat duduknya. Seronoklah Min pengawas kan..diberi kebebasan ah sikit alasannya 'duty' . Kak Jijah memberikan kertas kepada Cikgu Samad kalau bukam kertas senarai pelajar yang lewat untuk setiap minggu sebabnya Cikgu Samad merupakan Ketua Cikgu disiplin. Aiyoo. Kak Jijah mengerling matanya ke arah ku dan memandang semula ke Cikgu Samad lalu keluar kelas sudah. Maka pagi isnin ini.. inilah cerita aku.. kadang-kadang hari tak selalunya indah ..
Terima kasih kerana membaca dan maaf typo
Boleh kah ini? Vote and comments please :')
YOU ARE READING
Senior ailavyou (gxg)[COMPLETED]
Short StoryCerita ini berkisarkan tentang pelajar sekolah iaitu junior yang menaruh hati kepada seniornya. 'Hai dik, nama kamu apa?' tanya jijah. dalam hati sudah ,mengutuk diri sendiri. ya ampun bodohnya kau jijah. Budak ni budak hotsetapp kott,budak harapan...