Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi tetapi Aila masih lagi tak boleh tidur. Aduhhhhh yang berani sangat cakap macam tu dekat Kak Jijah tu kenapaaa!?
Rungut Aila sambil menendang kaki dengan manja di bawah selimut."Sabar.. kau bertenang..esok buat buat lupa.tidur.."
Aila menasihati dirinya supaya tidur sebab dia perlu pergi ke sekolah esok hahahhaa.************************************************
Kak Jijah's POV
"Ya ampun, dah pagi nii aku kena tidur.. kenapa pulak excited sangat. Halah, ni semua salah Aila! Siapa suruh dia bagi pickupline dekat aku. Sabar kau budak ! Esok kena kau kalau aku mengantuk"
Marah Jijah kepada Aila.. hahah biasalah bila sudah dapat pickupline ..lagi lagi daripada crush..auto tak keruan.Maka dengan itu.. sepanjang malam mereka hanya tidur ayam sahaja..
************************************************
Aila termenung seorang diri di dapur dengan segelas air milo panas. Sampaikan tak perasan keluarganya sudah turut sarapan bersama dia.
"Adik!!! Yang termenung ni kenapa? " Tanya mama kepadaku. Aku hanya melihat muka mama dan meneguk semula air milo panas tersebut.
"Okeylah tu dia termenung ma. Yang tak boleh go nya.. dia buat breakfast untuk kita. Takpernah-pernah lagi dia terlampau rajin.. selalunya liat bangun pagi"
Kata kak Aisyah kepada mama. Papa yang mendengar lantas ketawa lucu.. Aila tiada reaksi mukanya. Malas nak layan.'Eh awal adik hari ni?' Tanya papa kepada Aila. Aila hanya memberi segaris senyuman. Aila melihat papa nya memakai baju biasa daripada hari kebiasaanya. Aila melihat papa nya dengan otaknya ligat mencari jawapan. Papa nya seperti tidak keruan melihat muka Aila yang berkerut melihatnya lalu menjawab persoalan yang berada dalam minda anak manjanya itu.
'Papa tak kerja harini. Papa ambik cuti sebab jumaat ni papa dengan kawan papa nak bincang sesuatu. Itu yang rasa cuti sebab nak lega kan kepala papa ni daripada hal hal dekat pejabat tu. Lagi satu kakak jaga adik tau sebabnya papa pergi dengan mama kasi peluang ahh kita orang nak pergi dating hahah tak lama 3 hari dua malam . Lagipun anak dia orang pun tumpang rumah kita. Okeylah tuu ada korang kawan juga' maklum papa kepada anak-anaknya.
Kak Aisyah yang mendengar sambil makan pula menjawab.'Anak dia nak tidur sini? Lelaki ke perempuan? Kan jumaat kita orang sekolah, dia tu nak datang bila? Umur berapa?' Tanya kak Aisyah. Pertanyaan Kak Aisyah memberikan Aila menunggu jawapan daripada papanya. Belum lagi papanya mahu menjawab mamanya bersuara.
'Anak dia orang sebaya kamu kak. Lepas balik sekolah dia balik rumah dia dulu pastu baru datang sini. Lagipun dia anak tunggal takut pula daddy dia tu., sudahlah lama juga dia orang tinggalkan dia masa nak kembangkan bisnes nya. Biarpun budak tu baik tak membantah tapi daddy dia yakin yang anak dia tu macam jauh hati juga. Mujur juga lah dia perempuan boleh juga tidur sini. Tapi tulah perempuan,kalau lelaki boleh lah kahwin kah salah satu puteri kita ni'
Kata mama sambil mengeyitkan mata. Papa hanya mengganguk kepala. Kak Aisyah mukanya tiada sebarang riaksi. Aila macam biasa memuncungkam mulutnya yang merah kemerahan.
Terima kasih kerana membaca.
Sebenarnya kalau author nak sambung. Author kena baca semula cerita ni ^_^ sebabnya nak ada mood dan author lupa nama penuh watak juga hehehe..
YOU ARE READING
Senior ailavyou (gxg)[COMPLETED]
Short StoryCerita ini berkisarkan tentang pelajar sekolah iaitu junior yang menaruh hati kepada seniornya. 'Hai dik, nama kamu apa?' tanya jijah. dalam hati sudah ,mengutuk diri sendiri. ya ampun bodohnya kau jijah. Budak ni budak hotsetapp kott,budak harapan...