Aila kelihatan lega selepas mandi dan berbaring di atas tilamnya yang empuk. Maklumlah sudah balik sekolah apa lagi nak dibuat tidurlah. Dia memejamkan matanya dan membuka kembali bila teringat akan pesanan papanya bahawa anak kawannya mahu tidur disini. Dia bingkas bangun dan melihat Kak Aisyah di dalam bilik tetapi kakaknya tiada dalam bilik tersebut. Dia terdengar bunyi bising dari tingkat bawah. Mungkin Kak Aisyah sedang tengok televisyen. Aila pun menuruni anak tangga dirumahnya untuk menunggu si tetamu bersama kakaknya.
'Ni episod berapa ni kak?' Tanya Aila yang melihat Kak Aisyah kusyuk menonton televisyen.
' Dengar cerita Kwang So nak keluar dah Running Man,sedihlah dahlah dia lawak haha tapi kadang dia, bodoh bodoh je tapi still boleh terima hm' kata Aila lagi. Kak Aisyah mengganguk dan menjawab
'Ni episod yang lepas lepas, akak taksempat tengok yang sebelum ni. Hm aah dia nak keluar dah.. sedih' balas Kak Aisyah sambil memasukkan bertih jagung ke dalam mulutnya sesekali dia ketawa dengam aksi lucu penghibur dalam rancangan aneka ragam tersebut, Aila apa lagi gelak sampai tak dapat bernafas sebab episod yang mereka tonton ni sangat menghiburkan hati berbanding dengan minggu lepas. Kak Aisyah yang asyik menonton itu tiba-tiba bersuara.
'Adik rasakan siapa eh kawan papa tu? Hm, kita tak pernah kenal kawan papa dan mama kan? Kalau pergi mana mana event bukannya nak bawak kita' Luah Kak Aisyah kepada Aila.
'Bukan event mana mana je kak. Jemput rumah pun takpernah dorang tu' Kata Aila kepada Kak Aisyah. Mereka gelak dengan kenyataan itu. Bukannya apa Dato Izzani lebih suka keadaan low profile. Biarpun mereka memiliki kekayaan yang melimpah ruah ini. Papanya tidak mahu anak-anaknya mendabik dada dengan kekayaan yang mereka miliki ini. Tiba tiba bunyi loceng kedengaran. Aila dan Kak Aisyah berpandangan. Mereka bingkas bangun dan laju ke pintu utama dalam rumah tersebut.
Mereka melihat sekujur tubuh yang biasa dilihat tetapi jarang diamati. Si empunya badan menoleh kehadapan dan berhadapan dengan tuan rumah ini.'Jijah?'
'Kak Jijah?'
' Aisyah Aila?'
**********************************************
YOU ARE READING
Senior ailavyou (gxg)[COMPLETED]
Historia CortaCerita ini berkisarkan tentang pelajar sekolah iaitu junior yang menaruh hati kepada seniornya. 'Hai dik, nama kamu apa?' tanya jijah. dalam hati sudah ,mengutuk diri sendiri. ya ampun bodohnya kau jijah. Budak ni budak hotsetapp kott,budak harapan...