1

830 33 0
                                    

Bunyi galakkan ketawa daripada Kak Aisyah memecah persoalan mengapa seorang insan yang dikenali datangi rumah mereka. Kak Aisyah masukkan bertih jagung yang dimakannya tadi ke mulut dan sesekali mempelawa Kak Jijah makan bertih jagung itu. Kak Jijah mengapai makan ringan tersebut dan memakannya. Aila duduk di tepi melihat keakraban mereka berdua. Aila terasa berdebar dan ada rasa cemburu dengan kakaknya tetapi tak tahu menahu mengapa ada perasaan sebegitu. Aila bingkas bangun lalu melangkahkan kakinya menuju ke dapur. Kak Aisyah yang melihat Aila bangun hendak ke dapur menyuruhnya membuat air milo panas almaklumlah cuaca tak menentu. Iya tadi sebelum Kak Jijah datang memang matahari tegak je atas kepala. Bila Kak Jijah datang cepat betul mendung, dalam beberapa jam terus hujan. Mujurlah tiada guruh atau kilat sambar menyambar sudahlah duduk berdua Aila dengan Kak Aisyah, perempuan pula tu, ehh bertiga. Kak Jijah jangan lupa.

'Adinda ku sayang buatkan milo panas untuk kakanda mu ini dan juga untuk anak saudagar ayahanda kita'  pinta Kak Aisyah. Aila memusingkan kepalanya selepas menyingkap suara meminta milo panas tadi dan tersenyum lalu berkata

'Baiklah kanda dinda buatkan, sememangnya kanda suka benar menyuruh dinda itu ini kan sebabnya dinda ini adinda kakanda bukan? Dasar pembuli!. Lihatlah anak saudagar ayahanda, lihatlah teman mu ini sungguh suka mengarah arah memang patut dia menjadi penolong ketua pengawas bukan?' Balas Aila. Kak Aisyah dam Aila ketawa bersama sambil melihat muka Kak Jijah yang tidak tahu mahu gelak atau keliru. Aila terus menuju ke dapur.

*********************************************

Kak Jijah's POV

'Korang adik beradik memanglah sengal sikit eh. Sekejap manja, sekejap gaduh, ni tetiba boleh ke istana pulak?' Tanya Kak Jijah kepada Aisyah.Aisyah cuma tersenyum dan berkata

'Kita orang memang macam ni,nak buat macam mana. Kita orang ada berdua je adik beradik. So itu yang kadang macam pementasan musikal tu hahaha'  jawab Aisyah dan bunyi telefon bimbitnya berbunyi Aisyah meminta diri untuk menjawab telefon dan berlari menaiki anak tangga. Mungkim ke biliknya.

'Aku nak buat apa ni sorang sorang. Episod ni aku dah tengok. Hujan lebat takut pulak aku ada macam nak guruh ni'

Belum sempat dia berfikir. Otaknya ligat mendapatkan hasil idea tadi apabila melihat ruangan dapur ahhaha

'Hehe aku pergi tengok Aila lah.. rindunya ..ishh ayauuauwje apalah aku ni'  kata Jijah sambil teruja dengan diri sendiri. Mana taknya tiba tiba ada boleh masuk rumah kawannya dan boleh tidur pulak tu. Taksangka daddy berkawan dengan papa diaorang. Jijah terus bangun dan menuju ke dapur.

Jijah melihat Aila yang sedang membasuh tangan dan mencapai 3 mug untuk membuat milo panas yang dipinta oleh Aisyah tadi.
Jijah berdiri dibelakang Aila dan berkata

'Nak saya tolong?'

*********************************************

Aila's POV

'Hm hujan lebat memang sedap minum air panas panas ni. Seronok pulak main air ni rasa cam nak mandi hujan. Lama jugak tak mandi hujan hmm' Aila bermonolog

Aila mencapai 3 mug yang berhampiran dengannya dan dia terasa tidak selesa apabila seperti ada sesuatu dibelakangnya.

'Nak saya tolong'  kata pemilik suara itu.

Aila terus mengadap orang yang dibelakangnya tadi. Dup dap dup dap

'Kak Jijah eh aaa takpe, Kak Jijah tengok je saya buat air okey?'

Kak Jijah bersetuju dan melabuhkan punggungnya di kerusi pada ruang makan tersebut.

'Ya ampun kak Jijah nii datang sini pulak..aaa hati ni pun satu pelik, jantung pulak tetiba nak berdegup laju pehal' desis Aila di dalam hati.

*************************************************

Kak Jijah melihat Aila yang ligat membuat air. Tak nampak kekok untuk berada di dapur ye Aila ni. Aila terasa perut memulas apabila melihat Kak Jijah memerhatikan dia buat air.

'Kenapa awak tengok saya?' Tanya Aila

'Dah awak suruh saya tengok awak je. Awak yang takbagi saya tolong awak' jawab Kak Jijah sambil tersenyum.

'Ish dia ni, awakkan tetamu takkan nak suruh tetamu buat air. Hm awak datang dapur ni Kak Aisyah tengok tv ke?'

'Alah apa salahnya ringan ringankan beban tuan rumah. Tak Aisyah masuk bilik dia ada orang call dia tadi'

'Oh camtu.'

'Oh camtu' Jijah sengaja mengulangi kata kata Aila. Aila yang terasa sedikit marah belum sempat dia mahu bersuara. Suaranya yang terkejut sudah pun berbunyi.

'Auchhh'   Aila mengibas tangannya dek terkena air panas yang baru nak di curahkan ke dalam segelas mug tadi. Itulah apabila berada dalam keadaan yang gementar kita seharusnya perlu rilekkkkk beb kan dah tersasar tu .

Jijah yang melihat air panas tertumpah pada tangan Aila terus dia bangun dan memegang tangan gadis dihadapannya dan menuju ke sinki. Kak Jijah membasuhkan tangan Aila sedikit dan meniup lembut tangan Aila. Aila terdiam dan berdebar mungkin. Kak Jijah menundukkan sedikit kepala untuk melihat muka Aila. Aila mengangkat sedikit mukanya apabila Kak Jijah mahu melihat mukanya. Mata mereka bertemu.  Muka mereka sangat dekat.

1 detik

2 detik

3 detik

Ting tong!

Loceng berbunyi

Kak Jijah berundur sedikit dirinya dan mata Aila  menghala ke ruanga tamu. Bukannya apa. Malu segan dan eiisueuw7duuduejd tahu tahu jelah ahahha,

Kak Jijah mengganjak Aila untuk membuka pintu. Siapakah yang datang petang petang begini. Sudahlah hujan lebat ni.
Mereka berdua sudah berada diruang tamu dan belum sempat Aila mahu melangkah ke pintu tersebut Kak Aisyah laju menuju ke pintu utama untuk membuka pintu. Aila dan Kak Jijah melihat Kak Aisyah begitu cemas dan pintu dibuka.

*angin hujan luar

Kak Aisyah telah membuka pintu dan seorang gadis yang basah kuyup memeluk erat Kak Aisyah sambil menangis dalam dakapan yang hangat itu. Aila dan Kak Jijah saling berpandangan dan kehairanan.

Senior ailavyou (gxg)[COMPLETED]Where stories live. Discover now