Di kantin
Aila yang sedang makan di meja tersentak kerana kakaknya yang ingin duduk disitu juga. Biasalah kerusi panjang kan pastu nak duduk kena masuk kaki pastu tergerak pulak meja. Aila harini memang dia makan sorang jelah sebab Min memang ada tugas jaga tangga. Balqis pun sama ada tugasnya sebab dia pengawas perpustakaan. Amy macam biasa memang lepak dekat koperasi sebab kadang-kadang dia kena perhatikan ahli kelab itu. Sebelum ini tidak tahu menahu koperasi mengaut kerugian puncanya ada tangan yang mengambil wang. Apalagi Miss Chen memang buat rombakanlah dan dia begitu percaya kan Amy maka disuruhnya Amy melihat perilaku ahli kelab tersebut. Kebanyakkannya classmate aku memang ada jawatan. Yang tak ada jawatan apa apa di sekolah ini dalam kelas aku adalah tiga orang je. Aku, azit dan seema. Azit macam biasa walaupun masuk kelas aliran science selalu je ponteng kelas,kalau tak ponteng tidur je kerjanya. Gak bisa buat apa apa bos cikgu pun dah malas layan tapi keputusan padu bebb. Seema kalau bukan si gadis india yang selalu buat kelakar,pamdai tapi taknak ada apa apa komitmen dekat kelab atau persatuan. Apalah dia ni. Semua tu ada sijil tau untuk markah kokorikulum gak..aku? Hehe aku pun malas lagi lagi duty tu ishh.. lagipun aku kan ada masuk semua pertandingan rasanya cukup dah.. tu pun dah daerah.. Ada juga kak Aisyah ajak masuk pengawas dulu masa aku f1. Aku rasa macam tak berminat lagipun aku taksuka.. walaupun pakaian dia cantik segak semua.'Nak sikit rasa mee goreng boleh?'
Tanya kak Aisyah tanpa aku jawab sudu dan garpu yang telah berada di pingan ku. Lantas membawa mee goreng ku ke mulutnya. Hukhukjio .. Kak Aisyah ni sebenarnya sweet je,kelakar tapi bila dia dah marah perghhhhh macam larva yang meletus dekat gunung berapi ataupun macam singa betina perghh.. ikut perangai siapa entah sebab mama dan papa bukan camtu pun.
'Ish kakak ni, adik lapar tau tadi pagi tadi sempat makan sekeping je roti. Bukan akak dah makan ke banyak pagi tadi'
Aila memuncungkan mulutnya tanda protes.
'Alah nak rasa sikit pun takboleh. Ni ambik sikit rasa nasi akak ni . Eiii manja sangat'
Jawab kak Aisyah dan menghulurkan pingan nya ke pingan Aila. Aila berkerut sedikit sebab dia bukannya suka makan campur campur ni. Nasi dan mee goreng errr.. Kak Aisyah yang nampak muka Aila sebegitu lalu menarik balik pingannya dan menyuapkan nasi ke dalam mulut Aila. Aila tersenyum dan membuka mulutnya.
'Ishhh.. sini bukak mulut... tuttt tuttt.. kereta api sampai..tuttt tuyyt..kereta api nak masuk terowongg... miiiooowww ngaumm'
'Manja betul eiii geram je aku. Ni habiskam lah nasi ni lagi sikit biar akak suap. Takpayah merajuk okey baby busuk masam akak'
Kata kak Aisyah sambil sepetkan matanya kepadaku. Aku menilik jam di tangan ku. Fuh dah nak habis waktu rehat ni. Baik naik cepat lepas ni kelas BM mampus aku Cikgu Rozana. Kenapalah aku punya cikgu cikgunya semua strict nak mampus. Aku berkata pada kak Aisyah untuk beredar dan mengangkat pingan ku untuk meletakkan pada tempat yang telah disediakan tanpa sedari aku tertoleh kepada kak Jijah. Gulp! Rupa rupanya ahhaha kawan-kawan akak aku ada dekat sini .. Kak Jijah merenungku macam cemburu saja aku dengan kak Aisyah. Haih, macam manalah aku tak perasan yang aku duduk dengan senior senior ni dahlah semua kelas pandai wehh.. aku pun takut sebenarnya. Biarpun aku pun ramai peminat baik lelaki atau perempuan..tak kurang juga kak Aisyah aku ni.. Ramai sehh minta kak Aisyah jadi akak angkatnya eii.. yang lelaki nak minta couple ehh geram je sesuka hati nak ambik kakak aku.
Nak cerita pasal Kak Jijah takpayah cerita... walaupun garang camtu pun ada orang minat juga.Nur Khadijah Sofea binti Dato Ramli. Fuhh anak orang kaya ni hahaha ceh dia pun sama cakap orang. Tapi kami ni semua berkawan je memang tak berlagak lah. Bersederhana saja.
'Ehh dik, hi manjanyaaa dengan kakak awak tu. Awak tak takut eh junior-junior awak pandang hahha'
Tanya kak Madihah. Aku mencebik dan menjawab
'Eii siapa je yang nak kak Aisyah eiii, werkk werkkk'
Sambil menjelirkam lidah. Kak Aisyah yang tadi mengemas pingan ingin mencubit pingan ku tetapi aku berjaya mengelak dan kak Aisyah menarik lengan ku dan membuatkan aku terduduk disebelahnya menghadap ke belakangnya. Lalu dia memeluk ku dan berkata
'Siapa berani nak marah adik manja aku ni? Siapa? Kalau orang lain memang kena dia kalau siapa nak buli haaaa meh sini aku kasi.. aku je yang boleh buli dia walaupun dia ni anak angkat aku still sayankan dia'
Kata kak Aisyah sambil tergelak dan masih lagi memelukku. Aku mencubit pipi kak Aisyah dan meleraikan pelukkannya dan beredar. Masih lagi aku terdengar ketawa akak aku yang kurang asam tu.
Lagipun bukan sebab kelas BM je tapi sebab ada pandangan maut untuk aku lagilah aku takut. Kalau bukam pandangan ketua pengawas iaitu Kak Jijah. Kak Jijah ni cantik,halus je kulitnya, body shape cantik tapi tulah faham sendirilah.
' sesuka hati dia kata aku anak angkat eiii. '
Kata Aila yang tidak puas hati dengan bicara kakaknya sambil menaiki tangga untuk menuju ke kelasnya.
****************************************
Kak Jijah's POV
'Eh ada budak ni'
Kata aku dalam hati. Comelnya dia . Dia takperasan ke ada kakak dia dan aku kat sini. Ehh Aisyah ni sesuka hati je ambik makanan dia. Sakit pulak hati aku ni.Jijah yang ternampak Aila memuncungkan mulutnya lalu hatinya berdesis.
' hey budak janganlah muncungkan mulut macam tu alolo comelnya'
'Ehh bersuap pulak cemburunya aku'
Aku merenung dua adik beradik ni sedalamnya sebab aku cemburu weh.. Aisyah takguna eii .. dan aku melihat gerak geri Aila yang ingin bangun daripada dudu terus mata kami bertemu. Mata Aila cepat cepat lari daripada pandangan aku. Dan .... Aisyah peluk dia.. aaaa bila lah aku nak dapat peluk dia nii.. dan aku melihat Aila yang sudah pergi ..mujurlah dia dah pergi kalau tak sakit je rasa hati ni.
'Ehh kau ni Aisyah takbaik cakap adik macam tu. Untunglah ada adik. Aku ni hmm'
Kata aku kepada Aisyah.
' Hhaha aku memang macam ni dengan dia. Kau nak adik. Ambiklah dia jadi adik angkat kau, ke kau nak dia jadi girlfriend kau?
Duga Aisyah kepada ku. Belum sempat aku ingin menjawab Madihah terlebih dahulu membuka mulut
'Aah aisyah takbaik..tapi okey gak tuu cadangan Aisyah cewahhh kakak ipar nii Jahh. Jaga elok elok hatinya hahaha'
Maka ketawalah pelajar yang ada di meja itu.
Terima kasih kerana membaca dan maaf typo.
Okeh kah ini? Vote ? Comment please :')
YOU ARE READING
Senior ailavyou (gxg)[COMPLETED]
Short StoryCerita ini berkisarkan tentang pelajar sekolah iaitu junior yang menaruh hati kepada seniornya. 'Hai dik, nama kamu apa?' tanya jijah. dalam hati sudah ,mengutuk diri sendiri. ya ampun bodohnya kau jijah. Budak ni budak hotsetapp kott,budak harapan...