BOM yang mula membedil jong itu membuatkan anak-anak kapal jong itu mula bersiap siaga dengan senjata untuk mempertahankan kapal mereka.
"Lindungi Putera Nakhoda!"
Suara itu memberi arahan. Tapi entah ada banyak tali bercangkuk tiba-tiba muncul dan tersangkut di jong. Serentak itu jong itu terasa ditarik dan bergerak ke kiri mendekati geliung besar entah milik siapa itu.
"Serang!"
Anak-anak kapal jong itu mula cemas saat ada orang-orang asing mula melompat ke atas jong dan menyerang mereka. Dan mereka berlawan sama untuk mempertahankan jong mereka.
Nakhoda Badrul terus menyembunyikan anak lelakinya di dalam satu peti hujung kapal.
"Azkhan duduk di sini diam-diam ya. Jangan keluar selagi ayah tak panggil semula." Selepas meninggalkan pesanan, Nakhoda Badrul terus berlari membantu anak-anak kapalnya mempertahankan jong.
Nakhoda Badrul berani melayang keris ke arah musuh. Namun orang asing itu terlalu ramai. Geliung asing itu juga kelihatan dua kali ganda lebih besar dari jongnya. Malah lengkap dengan meriam dan berbagai senjata.
Perlawanan itu tiada henti.
Ahh. Siapakah orang asing ini? Pasti lanun.
Saat itu Nakhoda Badrul terpandangkan satu tulisan lusuh di layar geliung itu.
El-Callan.
Nakhoda Badrul terdiam sejenak. El-Callan?
El... El-Callan!
"Potong tali-tali bercangkuk itu!" Arah Nakhoda Badrul sebelum laju dia berlari mahu mengemudi jongnya agar menjauh.
Namun sekali lagi geliung itu melempar tali-tali bercangkuk. Menarik lagi jong itu ke arah geliung mereka menyebabkan Nakhoda Badrul terjatuh sedikit kerana pergerakan kapal yang agak tiba-tiba itu.
Bukkk!!!
Bunyi kuat itu menyebabkan Nakhoda Badrul terus menoleh. Ada satu tangga kayu dijatuhkan di jongnya dari geliung itu.
Serta merta wajahnya berubah saat melibat satu susuk tubuh yang tenang turun meniti anak tangga kayu itu sebelum dia melompat ke atas jong itu.
Tanpa kata, susuk tubuh itu merapat dengan Nakhoda Badrul. Nakhoda Badrul terus mengangkat keris di tangan. Bersiap siaga untuk berlawan. Tajam mata Nakhoda Badrul memandang susuk tubuh itu.
Perlahan-lahan susuk tubuh itu menyelak veil yang menutup wajahnya ke belakang. Senyuman di bibir merah darah merpati itu membuatkan Nakhoda Badrul terkedu.
Betapa indahnya ciptaan Tuhan.
"Masih tidak mahu undur diri?" Tanya suara lunak itu. Serentak itu pedang tajam dengan pemegang keemasan di tangan perempuan itu diangkat ke wajah Nakhoda itu. Turun sebelum hujung tajam pedang itu menyentuh leher Nakhoda Badrul.
Nakhoda Badrul tersedar. Terus dia menolak laju pedang itu dengan kerisnya. Lantas dia maju mahu menghunus keris di tangan ke arah perempuan itu.
Namun perempuan itu terus memusing pedangnya. Menepis keris itu dengan mudah sebelum dia tunduk melalui bawah lengan lelaki itu melayang pedangnya ke arah abdomen Nakhoda Badrul.
"Argh!" Nakhoda Badrul jatuh melutut. Tangannya sudah naik menekup sisi abdomennya yang koyak panjang itu. Darah. Nakhoda Badrul angkat kepala. Memandang tajam wajah cantik yang tenang itu.
"Masih mahu melawan?" Tanya suara itu lagi. Sinis.
"Aku takkan beri kau ambil barangan hadiah kami!" Tegas Nakhoda Badrul.
YOU ARE READING
MEREDITH AL-AISHAA (Hold)
Fantasy# 3th Kingdom Chronicles | 𝕸𝖆𝖍𝖐𝖔𝖙𝖆𝖕𝖚𝖗𝖆 Status: Suspend A story about the queen of the blue ocean, Meredith El-Callan and the second prince, Putera Panglima Arslan Al-Maten. Sinopsis- soon Jangan baca kalau tak nak kecewa~ Start; -Publishe...