• ° • ° { ﷽ } ° • ° •
Aku lanun. Lanun di laut yang luas terbentang. Nama aku Meredith. Meredith El-Callan. Mungkin tak ramai yang mengenal aku. Tapi mereka kenal El-Callan. Nama yang sangat gah dan masyhur di lautan yang berombak ini.
Diatas Barbaric Serpent,
Akulah kapten.
Akulah ketua.
Akulah perompak.
Dan akulah orangnya.
Orang melabel kami pelaut ini sebagai orang gasar. Orang yang kejam dan tidak bertamadun.
Tapi ada aku kisah?
Aku bina klan aku sendiri. Oh ya. Barangkali kami tak semegah bangsa-bangsa Viking yang lain. Orang selalu berkata. Viking bangsa yang baik. Viking bangsa yang megah.
Dan aku tidak kisah jika klan kecil aku bersifat kontra dengan Viking. Viking punya kuasa Viking sendiri.
Dan aku, El-Callan, punya kuasa aku sendiri.
Aku takkan jatuh. Aku takkan sesekali jatuh.
Ah ya.
Jika ada sesiapa yang mahu menjatuhkan aku?
Dipersilakan dengan hormatnya.
Aku juga mahu melihat bagaimana orang yang baik dan bertamadun mahu menjatuhkan aku.
Kerana aku Meredith.
Aku sukakan permainan dan aku sukakan cabaran.
Mulakanlah permainan.
Kerana aku akan tamatkan permainan itu.
YOU ARE READING
MEREDITH AL-AISHAA (Hold)
Fantasi# 3th Kingdom Chronicles | 𝕸𝖆𝖍𝖐𝖔𝖙𝖆𝖕𝖚𝖗𝖆 Status: Suspend A story about the queen of the blue ocean, Meredith El-Callan and the second prince, Putera Panglima Arslan Al-Maten. Sinopsis- soon Jangan baca kalau tak nak kecewa~ Start; -Publishe...