•CERITERA 3•

1K 134 4
                                    

MEREDITH memandang lama peta usang di tangannya. Lebih tepat lagi ke arah tanda pangkah berwarna merah di tengah-tengah peta.

"This map can be a fake. This is just a mere folk. The things here does not even exist. We're wasting our time." Ujar Rolf. Hampir satu bulan mereka meneruskan perjalanan mengikut peta ini hanya kerana satu kebenaran yang tidak pasti. Kalau semuanya tipu semata-mata, bagaimana?

Tidakkah membazir namanya?

"So?" Meredith menoleh ke arah Rolf. Tajam matanya menjeling lelaki itu dengan ekor mata.

"If you do think we're wasting our time, then go on. Jump off from my ship." Ujar Meredith tenang sebelum fokus kembali terkalih ke arah peta di tangannya.

"Lautan ini luasnya lebih dari daratan. Dalamnya pun lebih dari daratan. I was once a thalassophobia. Always thought that monsters will emerge from the deep of the sea or how the monsters lurk under my father's ship waiting for the right time to ambush and hunt me."

"That's a very bad bad thought right there." Rolf menelan liur. Gaya tenang Meredith selepas mengucapkan kata-kata menakutkan tadi cukup membuat Rolf rasa takut tiba-tiba. Sudahlah sekarang ini di tengah laut, lagi mahu cakap bukan-bukan.

"Jadi jangan pertikaikan kewujudan sesuatu yang tidak pasti.  Lautan ini luas. Barangkali ia dipenuhi dengan banyak perkara yang kita tak pernah tahu kewujudannya." Tambah Meredith lagi. Sungguh tenang gayanya.

Rolf melepaskan keluhan. Tanda mengerti..

Tiba-tiba suasana malam terasa semakin dingin. Kabus-kabus entah dari mana mula memenuhi ruang. Bulu roma Rolf serasa semakin meremang namun tak gentar. Tangannya menggenggam kemas pemegang pedang di sisi tubuhnya. Bersedia.

Meredith angkat kepala. Hanya diam sepasang mata aisnya memandang sekeliling.

Sepi. Anak-anak kapalnya juga bagai bingung seketika.

"Eyes and ears close! And make you close them tight." Arah Meredith dengan penuh nada seorang ketua.

Patuh. Anak-anak kapalnya terus meletakkan kapas di telinga mereka sebelum kain diikat ketat ke belakang kepala menutup mata dan telinga. Rolf bagai teragak-agak sama namun dia patuh jua akan arahan Meredith. Meredith pasti tahu apa yang dia lakukan.

Meredith menggenggam erat peta di tangan sebelum dia maju. Mata dikecilkan. Cuba memfokuskan pandangan dalam kabus yang agak tebal itu. Langkah diambil. Maju. Dan maju.

Langkah Meredith terhenti saat sayup-sayup kedengaran suara-suara lunak yang saling bersahutan panjang. Suara-suara itu kemudian menjadi satu alunan nyanyian indah. Nyanyian yang cukup membuatkan Meredith terpukau sesaat tetap ya. Selepas itu nyanyian lunak merdu itu langsung tidak berkesan ke arahnya. Meredith terus melangkah ke hadapan geliungnya.

Saat itu bahagian hadapan geliungnya sudah melepasi kawasan berkabus tadi dan kini, satu pemandangan yang disimbah cahaya bulan purnama melanggar pandangan mata. Pepohon, batu-batu hatta pasir di pulau itu bagai melantunkan kembali cahaya purnama. Bersinar-sinar indah. Mungkin pemandangan di siang hari takkan seindah ini.

Suara-suara nyanyian lunak dan merdu tadi perlahan-lahan bertukar rendah nadanya.

Meredith menarik senyum senget. Tahu ada mata-mata yang memerhati.

Dan ketika itu Meredith tunduk. Melebar senyuman di bibirnya. Ada satu pandangan anak mata merah bersinar perlahan-lahan muncul dari permukaan air laut malam yang beralun tenang. Sepasang mata merah itu tajam berlanggar dengan pandangan mata ais milik Meredith.

Meredith senyum. Dan terus senyum.

Percayakah manusia? Mungkin mitos akan kekal sebagai mitos tapi percayakah manusia?

MEREDITH AL-AISHAA (Hold)Where stories live. Discover now