•CERITERA 4•

885 124 8
                                    

KAPAL kecil yang dinaiki Putera Arslan selamat berlabuh di Tanjung Hitam. Kebanyakkan pedagang takkan mahu berhenti dan berdagang di tanah tidak bertuan ini. Tapi Tanjung Hitam ini merupakan satu pusat perdagangan gelap. Kebanyakan barang yang mereka jual adalah palsu atau hasil rompakan. Malah di Tanjung Hitam ini juga berlakunya banyak kes-kes rompakan dan rampasan barang dagangan oleh orang-orang Tanjung Hitam ini kepada pedagang yang berhenti di Tanjung ini.

Namun mengikut cerita ramai orang, ada barang dagangan yang berkualiti tinggi juga di sini. Contohnya seperti kain sutera dan permata.

Putera Arslan diam memandang dermaga Tanjung Hitam yang riuh. Penuh dengan orang-orang berpakaian tidak kemas sepertinya. Gerai barang dagangan juga penuh di kiri dan kanannya.

"Kita perlu cari tempat penginapan dulu."

"Baik Tuanku." Balas anak buahnya perlahan.

Putera Arslan bersama lima orang anak buahnya mula mengatur langkah mereka di Tanjung Hitam itu.

Sedang Putera Arslan melangkah melepasi kawasan yang riuh dengan suara-suara manusia itu, langkah Putera Arslan dihalang oleh seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil. Barangkali dalam lingkungan usia lima tahu.

Tangan kecil dan kotor itu menggenggam baju lusuh Putera Arslan dan ditarik sedikit.

Putera Arslan senyum. Tangannya naik menggosok lembut kepala kanak-kanak itu.

"Tuan mahu beli?" Kanak-kanak itu menayang sesuatu yang bersampul dengan kain lusuh.

"Apa itu?" Tanya Putera Arslan.

Kanak-kanak perempuan itu membuka ikatan kain lusuh tadi. Serta merta kelihatan satu kain satin berwarna keemasan. Cantik.

Putera Arslan menyentuh kain itu. Lembut dan licin.

"Berapa?" Tanya Putera Arslan lagi.

"Lima puluh emas sahaja." Ujar kanak-kanak itu seraya tersengih.

"Baiklah." Putera Arslan membawa beg dukungnya ke hadapan. Mahu mengambil emas di dalam begnya.

"Hei budak kecil!" Satu suara lantang yang memecah suasana membuatkan Putera Arslan tersentak. Kepala diangkat memandang wajah bengis seorang lelaki yang laju melangkah ke arah kanak-kanak perempuan tadi. Lelaki itu juga sedang mengheret seorang kanak-kanak lelaki yang mungkin berumur sepuluh tahun atau lebih.

"Mana kain yang kau dan abang kau curi tadi?!" Tanya lelaki itu bengis.

Kanak-kanak perempuan tadi terus bersembunyi di belakang Putera Arslan. Putera Arslan tunduk memandang kain yang digenggam kanak-kanak perempuan tadi.

Oh.

Kanak-kanak lelaki tadi dipandang sama. Ada lebam yang masih baru di rahang kanak-kanak lelaki itu. Matanya juga merah.

"Tuan pukul anak kecil ini kah?" Tanya Putera Arslan.

"Pencuri seperti ini memang patut pun dipukul. Mereka ini biasanya anak buluh betong. Barangkali ibu bapa mereka sudah mati. Tinggallah kanak-kanak yang menyusahkan orang seperti ini!" Bentak lelaki itu kasar.

Putera Arslan diam. Jadi, seperti inilah kehidupan di Tanjung Hitam...

"Biar saya bayarkan untuk kain tuan yang dicuri itu."





"INI rumah kami Tuan." Jelas budak lelaki bernama Hadi itu seraya menunjuk ke arah satu rumah kecil yang usang. Terletak jauh di belakang satu rumah kayu yang agak besar dan cantik.

"Itu rumah siapa?" Tanya Putera Arslan seraya menunjuk ke arah rumah kayu yang agak besar itu.

"Oh. Orang panggil rumah itu Istana Jati. Abang Rolf selalu menetap dan berjaga di situ jika dia tidak belayar di lautan." Cerita Hadi lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MEREDITH AL-AISHAA (Hold)Where stories live. Discover now