Jumaat sudah tiba, seawal pagi lagi aku sudah bangun bersiap untuk pergi ke pejabat, Aku ambil masa setengah hari untuk hari ini, Along suruh cuti tapi aku tak nak sebab aku ada dokumen penting untuk tanda tangan hari ini, Keluarga Akmal kemarin lagi sudah tiba, hari ini baru ke sini untuk menolong apa yang patut.Pelamin serta dekorasi meja manisan pun hari ini tiba, pelamin itu sepatutnya kemarin lagi siap tapi akhir minit Aunty Su ada masalah, tapi tidak apa masih banyak masa, kami punya masa banyak hari ini, pagi ke malam dan esok pagi sehingga ke petang memandangkan majlis pada waktu malam.
" Ma Adryn pergi kerja dulu, nanti tengahari Adryn pulang, Family Akmal datang sini sebelah petang sebab nak tolong apa yang patut, Adryn dah bagitahu diorang tak perlu, tapi diorang nak juga, so Adryn tak ada pilihan lain. " Aku berkata.
" it's okay, tak ada benda apa pun nak di buat, so kalau family Akmal datang, duduk minum pun okay, pandailah mama atur, Adryn pergilah kerja. " Mama yang sedang mengantikan bunga segar yang baru masuk ke dalam pasu yang terletak di atas meja di sudut berkata.
macam lah aku tak pulang kan aku cakap macam tu, padahal aku pulang nanti tengahari juga.
Sebelum pergi aku salam tangan Mama terus masuk ke dalam kereta pergi ke pejabat, Di dalam perjalanan aku menelefon Orked untuk pastikan dia bermalam malam ini di rumah aku.
" Asalamuallaikum, babe. " Aku berkata memberi salam sambil melayan sesaknya jalan raya awal pagi macam ini.
" Waalaikumusallam, arh kalau nak tanya sama ada aku datang ke tak malam ni, aku datang, lepas kerja aku terus gerak pergi rumah kau, aku dah bagitahu Mummy dengan Daddy juga, esok malam diorang datang dengan Zack sekali. " Orked berkata, dia pasang CCTV ker apa? tahu jer aku nak tanya soalan ni.
" baju jangan lupa bawa pula! kau tu orang penting, tak pasal-pasal aku kena cari orang baru pulak esok untuk angkat dulang aku. " Aku berkata.
" Iya-iya tak lupa, dah gantung dah dalam kereta, tunggu jerlah kedatangan aku nanti Sofea Azkayra oii. " Orked berkata.
" Hmm okaylah kalau macam tu, Aku letak dulu, bye, jumpa malam nanti. " Aku berkata, arh tak sabarnya.
Aku putuskan panggilan, Tak ada lah terlalu lama di atas jalan, nasib ada anggota trafik yang bertugas, terima kasih Abang mudahkan perjalan pagi ini.
aku meletakkan kereta di tempat letak kereta, eh aku dah ada tempat letak kereta khas dah, terima kasih kepada syarikat Azas.Co, padahal ketak kereta di tepi tempat parkir kereta Along Harris sebab kebetulan ada kosong kan, perasan lah dah ada tempat parkir sendiri.
Aku masuk ke dalam kafe untuk membeli kopi, beli 4 gelas terus, ya aku nak minum empat gelas terus biar tak ngantuk sampai esok.
aku naik ke pejabat sambil orang melihat aku, pelik kot diorang kopi sampai 4 gelas, mesti diorang fikir aku ni banyak kerja sangat sampai tak sempat nak turun waktu makan tengahari itu yang sampai 4 gelas kan, eh aku ni, apa yang merepek sangat ni.
aku bercakap dalam hati tu sampai aku dah sampai di tingkat yang aku tuju, aku lihat Fiona sudah berada di tempat dia.
" Asalamuallaikum Cik Sofea, selamat pagi, ni beli kopi sampai 4 gelas ni nak buat apa? " Fiona soal.
aku tersengih, lalu meletakkan segelas di atas meja dia.
" nah saya belanja. " Aku berkata.
aku meletakkan bag tangan serta bag kerja aku meminta bantuan Fiona hantarkan di dalam bilik aku termasuk segelas Kopi juga, kerana aku mahu hantar 2 gelas lagi kopi ini pada Along dan juga Abang Aliff.
YOU ARE READING
DIA SI ABANG POLIS HUTAN !!
RomancePertemuan yang tidak disengajakan, Takdir ataupun kebetulan telah menemukan Adryna Sofea Azkayra dengan Adryan Hafidz Akmal. Setiap kali pertemuan mereka, dirancang atau tidak, ada sahaja yang terjadi, tertukar kopi, Kes pasar sayur dan setiap kali...