Pagi itu kelihatan sibuk sedikit tapi tidak terlalu sibuk seperti mahu kenduri kahwin, memandangkan malam ini makanan semua disediakan dari pihak ketering.Aku duduk bersama Umi pagi itu di taman bunga milik Tok Mak di luar rumah, iyalah mana ada taman bunga dalam rumah kan.
Cuaca pagi ini elok sangat, sedikit redup, tidak terlalu terik panas dia, matahari ditutupi dengan awan tebal sehingga sinaran cahaya tidak dapat menembusinya.
" Adryn sayang. " Umi bersuara.
" Yer Umi. " Aku berkata.
" Jangan ambil hati dengan apa yang Mak Long cakapkan semalam tu okay. " Umi berkata.
Tipulah kalau tak ambil hati tapi demi Umi tak apa aku letak tepi.
" Tak adalah Umi, Adryn tak ambil hati pun. " Aku berkata tersenyum lada Umi.
Umi juga tersenyum, seketika kemudian Akmal dan juga Along Adam keluar dari rumah menuju ke arah kami.
" Umi kenapa Pak Su tak jadi datang semalam? " Akmal soal.
" Ada hal semalam itu yang tak dapat datang, Mak Lang pula tukar plan malam ni tidur sini. " Umi berkata.
" Asalamuallaikum. " Suara dari luar pagar didengari.
" Adam pergi tengok. " Umi berkata pada Along Adam.
Along Adam menuju ke arah pagar.
" Umi,Pak Su dengan Mak Su datang. " Along Adam berkata.
Mereka sudah masuk ke dalam rumah, aku lihat mereka keluarga Pak Su Akmal.
Aku lihat Pak Su Akmal dengan Isteri dia masih muda mungkin dalam lingkungan 30 tahun lebih.
Mereka tiba ke arah kami,Akmal seperti biasa, tangan ke dua tangan Pak Su dan Mak Su dia salam.
" Tak bagitahu pun pulang? " Pak Su Akmal berkata.
" Suprise lah Pak Su. " Dia berkata.
Aku yang berada di belakang Akmal cuma tersenyum.
" Tu yang kat belakang tu siapa? Takkan tak nak kenalkan dekat Mak Su? " Kali ini giliran Mak Su Akmal lagi berkata.
" Ini Adryna Sofea Azkayra Inn Sha Allah bakal menantu Umi dengan Abah. " Akmal berkata buatkan aku tersenyum.
Aku salam tangan milik Mak Su Akmal.
" Memang patut bawa pulang menantu pun untuk Umi kamu ni, kamu pun dah boleh kahwin dah tu nak tunggu Adam kahwin dulu memang tak lah. " Pak Su berkata
" Pak Su,Adam dengar erh apa Pak Su cakap. " Along Adam berkata Buatkan kami ketawa.
" Along bila lagi sampai ngah? " Pak Su soal Umi.
" Semalam lagi. " Umi menjawab.
" Semua ada? " Pak Su soal lagi.
" Shahiril tak ada kejap lagi kot datang. " Umi berkata.
Siapa Shahiril?
Sibuk lah kau ni Adryna.
Alah comelnya, Pak Su dan Mak Su Akmal ada anak kembar, aku memandang Akmal.
Seorang lelaki dan seorang perempuan, yang lelaki bermain dengan Akmal dan yang perempuan sedang dilayan oleh Umi.
Mak su Akmal duduk di sebelah aku, Pak Su pula pergi ke kereta untuk mengeluarkan barang-barang dibantu oleh Along adam.
" Asal mana? " Mak Su Akmal soal aku.
" Sabah. " Aku berkata pendek, tersenyum.
" Oh, nak panggil apa ni? Nama panjang sangat tak tahu Mak Su nak panggil nama mana satu? " Mak Su berkata.
YOU ARE READING
DIA SI ABANG POLIS HUTAN !!
RomancePertemuan yang tidak disengajakan, Takdir ataupun kebetulan telah menemukan Adryna Sofea Azkayra dengan Adryan Hafidz Akmal. Setiap kali pertemuan mereka, dirancang atau tidak, ada sahaja yang terjadi, tertukar kopi, Kes pasar sayur dan setiap kali...