Mrs. Kelly

3.6K 329 3
                                    

       "HAhahAhahaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "HAhahAhahaha....seriously?!"

       "Dini...ini bukan masa untuk kau ketawa...tak boleh ke kau nampak aku dalam keadaan terdesak sekarang!This is basically kidnapping!"katanya dengan keras kepada rakannya dalam panggilan berharap rakannya akan berhenti dari ketawa.

Akhirnya Adriena tiba di dalam akademi itu. Dan seperti yang dikhabarkan bangunan itu saling tidak tumpah seperti istana. Sangat besar dan megah! Patutnya dia ada di meja receptionist tapi sebelum dia menyesal kemudian hari, Adriena gunakan alasan yang perutnya sakit perlu ke tandas kepada dua pengawal yang mengawasi setiap gerak-gerinya.

Dari situ la dia dapat buat panggilan kecemasan ini kepada sahabat baik dia. Ardini.

          "Oops...sorry. Aku cuma tak habis brain yang kau terpilih ke akademi tak guna tu..."ketawa Dini lagi kedengaran kagum.

          "Tahu tak apa...aku tak pernah apply pun...dan kau tahu apa yang berlaku tadi...ayah aku beritahu aku dah diterima untuk ke sini...what the heck!"jeritnya dengan perlahan dalam cubicle bilik air itu. Kakinya rancak menghentak lantai sewaktu duduk di mangkuk tandas. Mujurlah bilik air tempat ini berkilat seperti gigi iklan colgate. Kalau tidak mahunya dia sumpah seranah jugak dekat situ tadi!

           "Macam mana benda tu boleh berlaku?Adik tiri kau apply tak?"

            "Nah...itu yang aku tak faham. Kata ayah aku, Ariana mohon dan interview tapi tak dapat. Hairannya aku yang tak apply lagikan interview ni pulak yang diterima.."

            "Rezeki la tu namanya, kau kan Budak bertuah..dari dulu sampai sekarang sentiasa bernasib baik. Alah enjoy je la...mana tahu jodoh kau salah seorang putera mahkota dekat situ.."seloroh Dini dengan teruja.

Serioulsy?

            "Tapi aku tak nak dekat sini..."keluh Adriena sambil menjuling mata kejengkelan.

             "Aku mintak maaf Rien...bukan aku tak nak tolong...'masalahnya ianya adalah arahan dari mereka. Kau sendiri tahu kan sekali masuk tak boleh keluar melainkan tugas dan misi kau dah selesai dekat situ.."

             "So aku tak boleh keluar langsung dari lubang neraka ni?"Adriena mengerang kebengangan apabila mula terfikir yang dia akan terperangkap dalam dalam tempat seperti penjara ni? Sejak bila pulak menculik ni sah di sisi undang-undang!?

Argh!

             "Good luck okay. Apa-apa hal beritahu aku, banggakan family kau."

              Buat seketika Adriena terus memejamkan mata menahan diri dari menangis dekat situ. Kedudukan telefonnya diubah ke telinga kiri pula. Lantas keluhan panjang mengalahnya di lepaskan sebelum membuka mata. "Kau rasa boleh ke aku bertahan dekat sini?"

             "Seriously?Kau tanya aku soalan tu?"ketawa Dini. "My friend....aku dah hafal perangai hantu kau tu... jangan cakap kau boleh bertahan ke tidak...kau patut tanya, boleh tak orang dalam tempat tu bertahan nak menghadap kau nanti...."

Kata-kata Ardini terngiang-ngiang dalam kepala lagi sewaktu Adriena keluar dari tandas. Yang mana di sambut oleh dua pengawal yang sama. Mereka berdua kemudiannya iringi Adriena ke meja receptionist. Dan setibanya dia di situ, seorang wanita bersanggul sudahpun sedia menunggu menyambut kehadirannya di situ.

Booming dengan senyuman lebar dan renungan mesra. Wanita itu pun menyambut Adriena.

          "Finally...Ms Brooke. Selamat datang ke sekolah kami."katanya dengan nada yakin dan penuh bersemangat.

Adriena balas dengan senyuman kekok di bibir. Dah kenapa seronok sangat! Buat dia semakin menyampah je!Tahu tak dia berada di sini bukan di atas kerelaannya?

          "Ini adalah jadual kamu dan I.D pelajar. Mereka nanti akan iringi kamu ke dorm pelajar perempuan."jelas wanita itu.

           Dorm?Maksudnya dia akan duduk dengan orang lain? Harap-harap yang sebilik dengan dia bukan tuan puteri atau anak orang kaya terlebih manja sudah. Kalau betul hal tu terjadi. dia sanggup terjun bangunan. "Berapa orang akan tinggal bersama saya nanti?"

          "Nanti di situ ada tiga orang termasuk kamu.."

Ketika wanita itu bercakap, mata Adriena perasan akan sesuatu dari balik kaca mata yang dipakai oleh wanita itu. Hatinya terus terdetik. Sebelum hujung bibir dia terjungkit.

          "Cik tahu...cik ada sepasang mata yang cantik..tapi kenapa cik susahkan diri sembunyikan semua itu dengan mengenakan cermin mata fake?"tegurnya bernada hairan.

          Wajah ceria wanita itu terus menjadi pucat, dia pandang terpinga-pinga sekejap mendengar komen Adriena. "U-um...sebab saya suka.."katanya tergagap-gagap.

           Adriena mengangguk kepala. "I see."sambil membuat muka tidak percaya dengan jawapan itu dia menambah lagi. "Saya cakap macam tu sebab saya perasan ada sesuatu yang tak kena...atau boleh dikatakan yang cik sendiri seperti ada yang tak kena.."Ya. Something off dengan receiptionist di depannya ini. Nak menipu jangan dengan dia la!

Wanita itu kelihatan terkejut sekali sebelum tersenyum meleret. Tidak semena dia tanggalkan cermin mata dari muka lalu melepaskan sanggulan dari kepala. Mendedahkan imej sebenarnya.

            "Kamu betul Miss Brooke. Saya bukan seorang receptionist. Saya adalah Mrs. Kelly, guru yang bakal mengajar kamu etika dan adab."beritahunya. "Awalnya saya terkejut kerana mereka pilih kamu dibandingkan ramai-ramai calon yang ada di luar sana. yang lebih berpengaruh. Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk jumpa kamu sendiri untuk tahu apa sebabnya. Dan sekarang saya sudah dapat jawapannya."

Buat seketika Adriena membalas renungan dalam Mrs. Kelly. dia berasa awas dan tidak sedap hati. Hati kecilnya berbisik kepadanya supaya berhati-hati. Sebab ini la dia hendak elakkan diri dari jejak kaki di tempat penuh dengan misterinya ini.

            Sambil sembunyikan reaksi sebenarnya, bibirnya mengukir senyuman di bibir. "Jadi ini la sebabnya kenapa puan ada suara yang lantang dan kuat seperti tadi...cikgu rupanya."seloroh Adriena berbasa basi.

           Mrs. Kelly ketawa sambil mengangguk kepala.Kagum dia.  "Kamu boleh la beransur ke bilik kamu kalau begitu."arahnya sewaktu beri isyarat dengan tangan kepada dua pengawal di sisi Adriena ketika itu.

          "Terima kasih."ucap Adriena sambil beri tunduk hormat kecil kepada wanita itu meminta diri sebelum berpaling dari situ mengikut langkah dua pengawal tersebut.

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now