Sorry.

2.6K 219 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







          "Tak cukup dengan tu, kau...kau tahu aku cari Budak perempuan dalam gambar yang kau lukiskan tu...sejak awal kita jumpa bilik tu!Dan kau diamkan diri perlakukan aku macam orang bodoh cari Budak tu sedangkan Budak tu adalah kau...kau anggap aku ni apa?Mudah sangat ya?"luah Tristan lagi.

Perlahan-lahan rasa sebak dan sedih mula menjalar di dalam dadanya. Adriena terasa hati dengan kata-kata Tristan. Ingat dia nak sangat ke buat semua tu?Bukan dia yang mintak kemalangan tu menimpa diri dia sampai hilang ingatan! Lagipun apa dia buat adalah demi kebaikan Tristan dan menunaikan amanah mendiang raja dan permaisuri je!

            Apabila melihatkan Adriena diam seribu Bahasa, Tristan rentap sedikit tangan itu untuk sedarkan gadis itu dari termenung menatap dia sepanjang masa. "Dengar tak ni?Boleh tak cakap sesuatu?Kebisuan kau tu buat aku gila tau tak!"deramnya kebengangan.

Mata Adriena bergerak-gerak saat dia meneliti wajah berang Tristan. Bibirnya menggeletar mahu menangis. Nak dia cakap macam mana! Dah itu yang Tristan tahu, itu la penjelasan dia!

           "Fine!"lafaz Tristan sebelum hentak butang yang ada di siling kereta atas kepalanya dengan kuat. Butang itu membuatkan tingkap kecil yang membahagikan antara seat depan dan belakang tertutup perlahan-lahan.

Memberikan mereka privasi!

Melompat terkejut Adriena ketika itu. Dia mengedipkan mata beberapa kali saat Tristan tumbuk siling itu tadi. What the hell!Kepala angin lelaki ni langsung tak berubah!

            "Maybe kalau saya buat macam ni baru awak nak bersuara agaknya...ya."kata Tristan apabila dia sudah tidak sabar lagi menunggu Adriena bersuara.

Adriena membuat muka sewaktu dengar kata-kata itu. Dia membuka mulut hendak bertanya, tetapi sebelum sempat suaranya hendak keluar, tepi kepalanya di pegang dengan kedua-dua tapak tangan besar itu dan bibirnya di pagut dengan kuat oleh Tristan tanpa amaran!

Belakang badan Adriena kemudiannya di peluk Tristan dengan erat saat dia mendalamkan kucupannya. Ingin melampiaskan rasa rindu yang dia tanggung selama tiga tahun ini.

Terpempan tidak menjangka kejadian itu, Adriena menjerit mahu melepaskan diri, sedaya upaya mahu menolak badan itu. Tetapi usahanya sikit pun tidak berguna kerana lelaki itu bukannya menjauhkan diri dari dia, sebaliknya, dirinya di angkat dari kerusi untuk duduk di atas ribanya.

           "Tristan!"panggil Adriena dari balik kucupan itu. Sambil itu dia menepuk-nepuk bahu Tristan minta lelaki itu berhenti.

Barulah Tristan mahu akur. Dia lepaskan bibir Adriena dan jauhkan mukanya dari Adriena, tetapi masih mengekalkan gadis itu di atas ribanya.

           "Now you wanna talk?"soalnya sambil menjungkit kening sebelah kiri bernada bossy.

            Mahu tak mahu Adriena terpaksa la mengangguk setuju. Kalau tidak Tristan tidak akan melepaskan dia! "Saya cakap.."katanya semasa gerak hendak berpindah ke kerusi. Malu untuk duduk lama-lama di riba itu.

           "Talk then."Tangan Tristan menghalang tindakan Adriena. Dia dongak sedikit memandang wajah bersih itu tanpa berkedip.

            Bila dirinya di halang, Adriena pandang Tristan dengan muka kesalnya. Tangan dia yang mahu mengalihkan lengan itu pun mengalah. Baik dia cakap, biar lelaki ni lepaskan dia. "Kalau awak tanya saya kenapa saya rahsiakan identity saya dari awak...alasannya cuma satu. Sebab saya tak ingat apapun tentang kita berdua pada hari kita lawat bilik rahsia tu. Sekalipun saya mengaku saya Budak yang awak cari, saya takkan dapat beritahu apa-apa pada awak. Saya tahu awak akan tertekan dan kecewa, sebab tu saya diamkan diri."jawabnya bernada marah.

Tristan tidak berkata apa-apa. Dia diam di situ memberi perhatian kepada butir bicara Adriena. Hinggakan kenngnya ikut berkerut.

            "Saya tahu pun tentang kisah silam kita pun setelah kejadian saya jatuh tangga beberapa hari kemudian. Saya jumpa pakar untuk cari tahu apa yang saya telah lupakan. Lagipun Isu pembedahan awak tu pula saya terpaksa lakukannya demi keselamatan awak...kalau saya tak suruh ayah saya tandatangan, nyawa awak dalam bahaya!"keningnya mecerlung saat memandang Tristan. Hatinya berdenyut sakit dan dada dia jadi senak. "Kalau nak fikir sakit awak je...saya dua kali ganda sakit dari awak la...tau tu?"luah Adriena yang memukul lengan Tristan.

Terkejut Tristan. Dia buat muka kerana tidak menerima ayat terakhir Adriena.

              "Eh-eh...saya pulak yang awak salahkan?Cuba kalau awak beritahu saya semuanya dari awal bukannya rahsiakan segala rancangan dan pelan awak tu...tak adanya salah tinggalkan awak tiga tahun macam ni"

              Adriena mencebik bibir. "Yalah..salah saya. Lepas ni tak payah la cari saya lagi. Kita dah selesai. Saya pun takkan susahkan awak apa lagi sakitkan hati awak."rajuknya semasa kasar-kasar hendak bangun dari riba itu. "Dah dengar semuanya kan...hantar saya balik sekarang."

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now