Long Lost Friend

2.8K 270 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.











11 tahun yang lalu.

Sebelum kejadian kemalangan menimpa pasangan raja dan permaisuri Everlon. Anak mereka iaitu putera mahkota utama hidup bahagia di samping rakan baiknya yang merupakan anak kepada panglima utama diraja. Segalanya normal ketika itu.

Tiada konflik tiada keresahan.

Apa yang ada hanya gelak tawa riang yang menghiasi kawasan istana itu.

         "Hei!Cepat la!"panggilnya semasa memegang layang-layang di tangan. Tidak sabar hendak bermain di laman istana kerana angin sedang kuat bertiup.

        "Boleh tak sabar...kau ni kan nama je perempuan tapi lasak macam lelaki!"

        "Hahaha...cakap je la kau tak nak main kan sebab tahu kau kalah akan dengan aku nanti.."ejeknya semasa lari menuruni tangga sambil di ekori rakan di belakangnya.

         "Mana ada...jangan nak perasan ya. Layang-layang aku lagi hebat dari kau la!"

         "Oh ya?Mari kita tengok siapa punya layang-layang yang terbang lebih tinggi!"

Saat mereka berdua berlari merentasi koridor itu, muncul pembesar istana dan ayahnya kebetulan baru keluar dari bilik bacaan raja.

          "Adriena!Ke mana kamu nak pergi tu hah Budak bertuah!"panggil ayahnya sambil mencekak pinggang. "Berapa kali ayah kata jangan pakai baju Budak lelaki!"

          "Ahahahah!"dengan riang dia dan juga rakannya di sebelah ketawa sambil lari melewati mereka.

         "Putera mahkota Tristan...kerja sekolah dah siap belum"panggil pembesar pula dari kejauhan setelah mereka tiba di laluan masuk istana.

         "Dah!"laung Tristan dengan kuat. "Cepat sini Riena...aku tahu tempat lapang yang banyak angin"tangannya di cengkam erat sebelum dirinya di tarik sama ke satu arah.

          "Hah!Ke mana?"

          "Tempat aku..!

Seperti pepatah lama, disangka panas hingga ke pentang kiranya hujan di tengah hari...

Segala yang indah dan bahagia tidak berkekalan selamanya....

Malangnya persahabatan indah mereka itu terpisah hanya kerana suatu kejadian yang menimpa mereka berdua tidak lama kemudian!

Kejadian yang mengubah hidup mereka berdua sepenuhnya.

Sampaikan mereka berdua sendiri tidak menyedari apa yang telah menimpa diri mereka!




Jauh dari pengetahuan orang, Tristan bawa Adrina ke pelosok istana yang tidak pernah terdedah dengan kehadiran orang atau sesiapa selain dirinya dan penjaga istana lama itu. Sayap utara sebelah selatan bangunan istana dimana menara loceng lama kecemasan.

Pada awal dulu fungsinya digunakan untuk beritahu rakyat kalau ada peperangan atau serangan musuh. Tapi selepas berpuluh tahun tidak di gunakan menara itu menjadi tempat bersejarah sahaja. Terbiar tapi terpelihara.

          "Awak nak bawa saya ke mana ni?"soal Adriena sambil melihat sekitar kawasan koridor yang gelap dan using tidak bercat apalagi di jaga. Sawang labah-labah kelihatan dimana-mana, lantai simen di bawah kaki juga tidak berjubin. Macam scene dekat cerita paranormal gitu.

Seram yang meremangkan bulu roma sampai memulas pundi kencing hendak terkucil!

          "Tempat aku.."beritahu Tristan tanpa memandang Adriena. Tangannya masih erat memegang pergelangan tangan itu. Tetapi tidak terlalu kuat, hanya cukup untuk elakkan dari Adriena melarikan diri.

          "Huh?Tempat awak?Dekat mana tu?Awak bukan nak sembelih saya bagi buaya makan kan?"

           "Isy....ada ke sampai situ yang kau fikir.

           "Kalau ya tak payah la pegang. Macam la saya ni tak tahu nak jalan sendiri?Rimas tahu tak."sungutnya sambil cuba menarik tangan dari cengkaman itu. Geram dan marahnya masih belum hilang lagi selepas apa yang terjadi tadi. Ada ke patut kiss kemudian gigit bibir dia sampai berdarah. Bukan nak mintak maaf, malah ditengking lagi tu. Report polis nanti baru tau!

Permintaan itu membuatkan Tristan cengkam celah jari jemari Adriena pula.

           "Boleh tak kau berhenti melawan?"tanya Tristan sambil tarik Adriena apabila mereka tiba di satu selekoh lalu membelok ke situ. "Kau dengar cakap aku.aku layan kau elok-elok. Kau menyetan dengan aku...aku menyetan dengan kau.."

Adriena berdecit menyampah.

           "Oh...cakap awak je la saya kena dengar?Habis tu awak tu?Nak saya layan awak elok-elok, buat perangai tu biar semengah.Jangan tahunya nak tunjuk samseng macam dekat tempat ni awak seorang ja yang kaya.."cebik Adriena dengan jelingan mata.

           "Hish!"Tristan tarik tangan yang dipegangnya dengan jengkel semasa palingkan kepala untuk pandang muka Adriena. Hal itu buatkan tubuh Adriena berlanggar dengannya tanpa sengaja. "Asal ya?Perangai kau ni buat aku sakit hati tapi pada masa yang sama tak kisah?"soalnya betul-betul di depan muka itu.

            Mata Adriena terus naik turun menilik reaksi bingung Tristan selepas itu tunduk mendekatkan wajahnya ke depan muka. Eh... Entah apa-apa je la lelaki ni merepekkan? Dah putus fius betul ni. "Mana la saya tahumungkin sebab otak awak tu dah tak betul asyik angin satu badan!"getusnya dengan jengkel.

Tristan menjuling mata menyampah saat mendengar komen itu. Kalau orang lain cakap macam tu dengan dia, lama dah kena makan penampar, tapi itu la..macam dia beritahu. Adriena ni lain macam sikit bagi dia.

Ada sesuatu pada gadis ini yang dia tidak pasti apakah perkara itu tapi telah membuatkan dia mahu berada dekat dengannya. Sama keadaan sewaktu kali pertama dia nampak Adriena di kedai buku dan pertemuan kali pertama sewaktu Adriena membantu dia. Sejak itu dia mahukan Adriena berada dekat dengan dia!

Tapi itu la...berkali-kali pihak akademi hantar surat tawaran...tapi asyik di tolak sahaja. Sampaikan satu tahap dia nekad untuk gunakan Ronan sebagai orang tengah bagi mempercepatkan proses tu.

And...BAM!

Dapat pun.

Tapi Adriena boleh pulak buat perangai dengan menjauhkan diri dari dia lepas sampai ke sini!

Memang angin satu badan la jawabnya!

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now