Pelan 1 : Sebarkan Spekulasi

2.3K 238 9
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pernah dengar perumpamaan, air di dalam dulang jangan di kacau....takut nanti tempiasnya terpecik ke muka sendiri?

Maksudnya, kalau ada rahsia jangan dibukak. Takut nanti kalau ada yang tahu, habis malu terpalit!

Jadi hati-hati kalau bercakap...sebab dekat kanan dan kiri ini banyak mata dan telinganya!



Sambil termenung memandang ke depan, dia menguap. Lalu termenung lagi. Tidak lama selepas itu menguap lagi.

Habis mengalir air mata dari tepi mata sebab menguap sejak masuk kelas adab dan etika.

Ugh!

Balik-balik perkara sama je yang di ulangnya.

Ibunya pun boleh aim dia sepanjang kelas dengan renungan helang.

Sampaikan nak tersenguk pun tidak sempat.

          "Boleh jelaskan saya tiga ciri adab ketika di meja makan sewaktu minum petang?" tanya Madam Kelly ke kelasnya mostly adalah pelajar perempuan. Pelajar lelaki sesi seterusnya.

Disebabkan ada polisi diraja yang perlu di patuhi, setiap kelas di asingkan lelaki dan perempuannya. Katanya hendak mudahkan silibus yang diberikan.

Pelajar-pelajar perempuan yang duduk di kerusi menghadap Madam Kelly dengan sopan mengangkat tangan hendak beri jawapan.

Adriena di situ bersama Ruby dekat sebelah melangut tidak mempedulikan soalan tersebut. Sebab dia dah hafal semua tu dari dia kecil lagi. Sejak kali pertama Kelly jadi ibunya, sejak tu dia dah didedahkan bab ada dan etika ni.

        "Riena?"sasul Kelly yang tak sengaja memanggil nama panggilan anaknya itu.

Dengan serentak semua kepala berpaling ke Adriena. Hairan mereka kenapa la diri mereka yang tidak terpilih.

         Ruby menyinggul tepi lengan Adriena waktu itu apabila rakan sebiliknya malah menguap lagi! "Riena." bisiknya sambil tu.

Terkejut dengan singgulan itu, Adriena pantas memalingkan kepala. Dia pandang Ruby bersama kening menjungkit tinggi.

        "Kenapa?" soalnya.

        "Tu...Madam tanya kau tu." bisik Ruby lagi.

Kelly di hadapan kelas sudah mencekak pinggang.

         "Apa yang kamu buat dari tadi Adriena Brooke?Orang lain tekun mendengar syarahan  saya..sementara kamu di belakang menguap tanpa henti sejak tadi. Jam berapa kamu tidur malam tadi hah?"

         "Tak tidur."jawabnya dengan jujur. Dia habiskan malamnya dengan membaca. Sedar-sedar je sudah 7 pagi. "Saya habiskan bacaan saya mengenai salasilah keluarga diraja Everlon."

Bibir Kelly terketap nipis. Tangannya yang mencekak tadi disilangkan ke dada pula.

         "Dan apa yang kamu dapat dari hasil bacaan tu sampaikan tidak peduli untuk tidur mahupun fokus dalam kelas saya?" tanya Kelly setelah itu.

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now