6° •Tiba-Tiba•

78 11 1
                                    

---

❝Guys. Jom pergi sarapan kat Yoojung Sikdang, nak tak?❞ ajak Jin kepada 'adik-adiknya'

❝JOM!❞ sahut mereka dengan gembiranya.

*Yoojung Sikdang adalah restoran kegemaran BTS semenjak mereka pre-debut lagi.

*****

❝Gamsahabnida ajumeoni! (Terima kasih mak cik)!❞ ucap BTS setelah makanan yang dipesan mereka sampai.

❝Ne. Makan kenyang-kenyang tahu.❞ balas Puan Kang sambil tersenyum.

❝Jal meokkessumnida! (I will eat well)!❞ kata BTS serentak sebelum menjamu selera.

*****

❝Nah makanlah. Ahjumma belanja.❞ ujar Puan Kang sambil mengagihkan bingsu (ais kacang) kepada BTS.

❝Wahh. Gamsahabnida ajumeoni!❞ balas BTS serentak lalu mula menjamah bingsu tersebut.

Ring ring~~

Telefon milik RM berdering. RM berhenti menjamah bingsu lalu menjawab panggilan tersebut.

❝Hello. Ya. Kami tengah makan kat Yoojung Sikdang sekarang. Bang PD nak jumpa sekarang? Baik. Terima kasih, hyung-nim.❞ ucap RM lalu mematikan panggilan telefon.

❝Guys. Bang PD-nim nak jumpa kita sekarang.❞ kata RM kepada rakan-rakannya.

❝Baik!❞ sahut mereka lalu menghabiskan bingsu dan segera menuju ke bangunan Big Hit Entertainment yang tidak jauh dari restoran tersebut.

*****

❝Memandangkan kamu semua sekarang ni jobless, saya nak kamu belajar bahasa asing bagi mengisi masa lapang kamu. Boleh?❞ kata-kata Bang PD-nim mengundang tanda tanya kepada BTS.

Dia macam tiber tapi tak apalah.

❝Tapi PD-nim, minggu depan kan kami kena buat persembahan kat Nmet. Jadi minggu ni kami perlu berlatih.❞ ujar RM dan menerima anggukkan ahli yang lain.

❝Memandangkan kamu tidak menjawab soalan saya. Saya mencadangkan kepada kamu semua untuk belajar salah satu bahasa yang diiktiraf sebagai lingua franca iaitu bahasa Melayu. Setuju semua?❞ kata Bang PD-nim yang tidak mengendahkan soalan RM.

❝Setuju....❞ jawab BTS dengan suara yang tidak bersemangat.

❝Bagus. Esok kamu semua boleh mula belajar bahasa Melayu. Belajar rajin-rajin tahu. Selamat tinggal.❞ ucap Bang PD-nim lalu meninggalkan BTS yang keliru dengan situasi sekarang.

❝Joon hyung. Minggu depan kita ada performance kan? Kat acara music Nmet?❞ tanya Jimin kepada leader BTS, RM a.k.a Namjoon.

❝Sepatutnya macam tu la.❞ balas RM dengan riak keliru.

❝Sempat ke kita nak berlatih untuk minggu depan? Kelas bahasa Melayu dah mula esok.❞ ujar Jin lalu menghela nafas.

❝Sempat.❞ balas Suga, pendek lalu memejamkan matanya buat seketika.

BTS akur dengan arahan Bang PD-nim. Mana mungkin mereka berani melawan arahan pihak atasan.

+

Maafkan patik sebab lambat update. 🥺🙏🏻

☆⇨★
comment (✔)

©Peanut_Kookie

[Re-Edit] 방탄 소년단 ✧ Ke Kedah Ke Kita ✧Where stories live. Discover now