8° •Disband?!•

50 7 0
                                    

---

❝Guys~~ Bang PD-nim buat meeting pukul 9 pagi, 1 jam dari sekarang. Kita diwajibkan menghadirkan diri.❞ ucap RM setelah mereka selesai berjoging di taman yang berdekatan dengan asrama mereka.

❝Baik!❞ jawab BTS serentak sambil masing-masing menghela nafas.

❝Sebelum tu kan apa kata kalau kita sarapan dulu. Hyung belanja.❞ kata Jin sambil mengangkat sebelah kening.

❝Jom!❞ bagaikan orang lapar diberikan makanan, BTS bersetuju lalu menuju ke restoren kegemaran mereka iaitu Yoojung Sikdang.

Mereka cuba melupakan peristiwa pahit yang melanda diri mereka beberapa minggu yang lalu.

Seorang daripada kumpulan wanita di bawah Syarikat Big Hit didapati bersalah memeras ugut seorang pelakon lelaki dan dikenakan hukuman penjara selama setahun oleh mahkamah.

Skandal itu sedikit sebanyak telah menyebabkan nama baik syarikat itu tercalar dan seterusnya mempengaruhi BTS yang sedang menapak dalam bidang hiburan.

BTS sepatutnya membuat persembahan di beberapa acara muzik terpaksa akur dengan keputusan syarikat penyiaran untuk membatalkan persembahan mereka dek kerana skandal ini.

BTS juga turut diboikot oleh netizen Korea Selatan walaupun mereka tidak melakukan apa-apa masalah. Walau bagaimana, segelintir peminat mereka masih lagi menyokong mereka.

*****

❝Semua dah ada kat sini?❞ tanya Bang PD-nim sambil matanya melihat setiap orang yang duduk bertentangan dengannya.

Yang ada ketika itu hanyalah BTS, 2 orang pengurus mereka dan dirinya sahaja.

❝Tujuan saya adakan mesyuarat tergempar ini adalah untuk memaklumkan bahawa kumpulan BTS mungkin akan dibubarkan jika masalah ini makin teruk.❞ kata-kata Bang PD-nim menyebabkan anggota kumpulan BTS tergamam.

BUBAR.

Perkataan yang paling ditakuti oleh BTS mungkin akan terjadi.

BTS baru sahaja debut 5 bulan yang lalu dan melakukan kemunculan semula bulan lepas.

Adakah mereka terpaksa melepaskan impian mereka untuk menjadi penyanyi? Nampaknya nasib baik tidak menyebelahi mereka.

❝Tapi kamu semua jangan risau. Saya tak mungkin akan bubarkan kumpulan kamu kerana saya tahu BTS boleh berjaya satu hari nanti. Saya yakin dengan BTS.❞ ujar Bang PD-nim dengan yakin.

Ucapan Bang PD-nim menaikkan semangat BTS. Mereka masih ada peluang untuk mengembangkan bakat mereka. Yang mereka perlu lakukan sekarang adalah usaha bersungguh-sungguh.

Pengurus Sejin dan Hobeom turut menarik nafas lega apabila mendengar kata-kata Bang PD-nim.

❝Tapi...❞ Bang PD-nim menyambung kata-katanya membuatkan BTS dan pengurus mereka kembali ke mood serius.

❝Tapi buat sementara, saya akan hantar kamu jauh dari bumi Korea Selatan ini.❞ ucap Bang PD-nim seraya memandang satu per satu wajah BTS.

❝Err PD-nim, boleh kami tahu di mana tempat itu?❞ tanya RM selaku wakil BTS.

❝Malaysia.❞ ringkas dan padat jawapan Bang PD-nim dapat memeranjatkan BTS.

❝Kamu akan pergi ke Malaysia minggu depan. Saya yakin bahawa kamu semua sudah lancar berbahasa Melayu. Betulkan?❞ kata-kata Bang PD-nim disambut dengan anggukkan BTS.

Disebabkan persembahan mereka selalu dibatalkan, mereka mengambil kesempatan itu untuk belajar bahasa itu sehingga mereka dapat bertutur seperti rakyat Malaysia.

❝Kamu jangan risau. Apabila semua masalah ini dah selesai, saya akan bawa kamu pulang ke Korea balik. Ini semua kebaikan kamu dan juga syarikat ini.❞ ujar Bang PD-nim sambil menerangkan sebab dia membuat keputusan itu.

BTS bersetuju dengan cadangan Bang-PD nim. Dia telah melakukan yang terbaik demi menyelamatkan Syarikat Big Hit dan juga BTS.

+

Thank you for your support. 💕✨

☆⇨★
comment (✔)

©Peanut_Kookie

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 21, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[Re-Edit] 방탄 소년단 ✧ Ke Kedah Ke Kita ✧Where stories live. Discover now