---
❝5, 6, 7, 8. Na na na ba ba ba ba~~~❞ BTS sedang berlatih koreografi mengikut arahan J-Hope.
BTS kini sedang berlatih menari dan menyanyi lagu ‘Attack On Bangtan’ memandangkan persembahan mereka di Nmet, 2 hari lagi.
Walaupun mereka giat berlatih untuk persembahan yang akan datang, arahan Bang PD-nim untuk belajar bahasa Melayu tetap mereka utamakan.
*****
❝Assalamualaikum. Apa khabareu~~ Nama saya Jimin. Selamat berkenalan.❞ tutur Jimin dalam bahasa Melayu.
❝Waaikumussalam. Khabareu baik. Nama saya Jungkook.❞ Jungkook membalas sapaan Jimin.
BTS menggunakan waktu senggang selepas berlatih untuk belajar bahasa Melayu. Mereka telah berjaya memasuki tahap 2 dalam masa beberapa hari sahaja.
❝Senang je kan bahasa Melayu ni.❞ ujar Suga sewaktu mereka sedang berehat.
❝Haah. Senang nak belajar. Tak rumit sangat.❞ Jin mengiyakan kata-kata V.
RM tersenyum lalu mencapai alat kawalan jauh tv lalu memetik butang kuasa. Berita hiburan sedang ditayangkan.
❝Pada 2 September 2014, pelakon Lee Byung-hun menuduh dua wanita memerasnya dengan menggunakan video mereka sebagai alat untuk mengugutnya.❞
❝Dahee dari kumpulan GLAM dan model Lee Ji-yeon kemudian dikenal pasti sebagai wanita yang terlibat dan didakwa memeras ugut pelakon tersebut dengan harga 5 Bilion Won.❞
❝Buat masa ini,syarikat Big Hit tidak memberikan apa-apa respon berkenaan dengan hal ini. Namun, syarikat berkenaan seolah-olah mengiyakan bahawa Dahee (GLAM) terlibat dalam kes peras ugut tersebut.❞
RM terus menekan punat tutup pada alat kawalan jauh tv. Suasana yang tadinya riuh kini sunyi sepi.
❝Hyung, betul ke berita ni?❞ tanya J-Hope pada RM.
❝Hyung pun tak pasti.❞ balas RM dengan riak risau.
Risau jika persembahan mereka di Nmet dibatalkan dek kerana skandal ini.
❝Buat masa ni, kita tunggu dan lihat dulu. Mungkin ini cuma khabar angin. Siapa yang tahu.❞ ujar Jin, menyedapkan hati ‘adik-adik’nya.
Mereka semua menganggukan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata Jin.
Latihan pada petang itu dihentikan serta-merta bagi mengelakkan gangguan emosi mereka dan akan bersambung esok.
*****
Jimin, V dan Jungkook masing-masing membaca komen di artikel Koreaboo dan Soompi mengenai skandal melibatkan salah seorang daripada senior syarikat mereka.
Hampir kesemua komen yang mereka baca mengecam kumpulan GLAM dan juga agensi mereka. Memandangkan Big Hit hanyalah sebuah syarikat kecil, komen-komen negatif tersebut memberikan kesan buruk kepada mereka.
Pelaburan, tawaran bahkan persembahan artis dari Big Hit berkemungkinan terpaksa dibatalkan. Hal ini boleh menyebabkan syarikat Big Hit mungkin mengalami krisis ekonomi yang teruk.
❝Macam mana ni hyung? Kookie rasa persembahan kita mesti dibatalkan.❞ ujar Jungkook dengan riak risau.
❝Tae pun rasa macam tu. Mungkin syarikat penyiaran yang lain pun tak nak kita buat persembahan kat rancangan mereka.❞ tambah V yang dari tadi tidak henti-henti menghentakkan kakinya.
Semua terdiam sambil memikirkan nasib kumpulan mereka. Sudahlah BTS dikecam tidak berbakat, meniru kumpulan idol lain, hodoh dan sebagainya semasa mereka debut. Kali ini kecaman mungkin lagi teruk berbanding di awal kemunculan mereka.
❝Kita tunggu Bang PD-nim umumkan dulu tentang situasi sekarang. Buat masa ni, kita berlatih dulu macam biasa.❞ RM yang merangkap ketua kumpulan menenangkan ahli yang lain.
❝Jom tidur. Esok kena bangun awal berlatih.❞ Suga berkata lalu bangun dan menuju ke katil memiliknya.
Ahli kumpulan BTS yang mengikut langkah Suga lalu lampu utama dimatikan.
❝Selamat malam semua!❞ ucap mereka serentak.
+
Thank you sebab sudi baca story patik~~ 😘💜
☆⇨★
comment (✔)©Peanut_Kookie
YOU ARE READING
[Re-Edit] 방탄 소년단 ✧ Ke Kedah Ke Kita ✧
Fanfiction❝Kita kat mana ni?❞ ❝Selamat datang ke Kedah Darul Aman, Malaysia!❞ + ❝Tap "read" for full sinopsis.❞ ❝Tap "+" for more marvelous synopsis.❞ ❝Start : 15/08/2020❞ ❝End : TBA❞ ❝This fanfic is in 65% Malay, 25% English and 10% Korean.❞ ❝Do not COPY or...