---
❝Kawi, bawi, bo!❞ Jimin, V dan Jungkook sedang bermain permainan gunting, batu dan kertas.
Manakala Jin, Suga, RM dan J-Hope sedang duduk menunggu giliran mereka untuk melakukan persembahan di Bangunan SBC.
❝Hyung, lambat lagi ke giliran kita?❞ tanya Jimin kepada pengurus mereka, Manager Sejin setelah hampir 3 jam mereka menunggu.
❝Sepatutnya giliran kita 45 minit lepas.❞ jawab manager Sejin sambil melihat BTS yang berpeluh-peluh menahan panas.
Mereka berada di tepi pintu tangga kecemasan kerana semua bilik menunggu sudah penuh. Kelihatan ramai artis keluar masuk dari bilik tersebut.
❝Kejap ye, hyung tanya staf.❞ ujar Manager Sejin lalu pergi mencari staf SBC.
BTS menganggukkan kepala. Kipas mini yang digunakan sejak dari tadi kini berputar perlahan.
❝Eh. Gu Sunbae-nim ada buat persembahan hari ke?❞ tanya Jimin setelah nampak Artis Gu keluar dari bilik menunggu A. Mungkin untuk melakukan persembahan.
Bilik menunggu A hanya untuk artis-artis bernama besar dalam industri hiburan Korea.
❝Dalam jadual ni tak ada pun nama dia. Mungkin dia artis undangan kot.❞ RM menjawab setelah membelek-belek kertas jadual.
Dari 45 minit kini dah satu jam BTS menunggu giliran mereka. Dari jauh kelihatan seorang staf perempuan SBC sedang berjalan mendekati mereka. BTS yang tadinya duduk, berdiri tanda hormat kepada staf tersebut.
❝Bangtan Sonyeondan kan?❞ tanya staf itu kepada BTS.
❝Ya. Kami Bangtan Sonyeondan.❞ jawab RM sebagai ketua kumpulan mereka.
❝Persembahan kamu terpaksa kami batalkan kerana kamu tak tampil ke belakang pentas untuk membuat persembahan. Saya minta diri dulu.❞ kata staf itu lalu berlalu pergi tanpa sempat BTS menanyakan lebih banyak soalan.
❝Macam mana nak pergi ke belakang pentas kalau diorang tak panggil kita.❞ ujar V, terkedu mendengar kata-kata staf radi.
❝Tak masuk dek akal langsung.❞ ucap J-Hope yang sudah terduduk kerana terkejut.
❝Huh. Ni dah melampau.❞ Suga tersenyum sinis.
Tangannya dikempalkan dan hampir-hampir saja dia melepaskan tumbukan ke arah pintu kecemasan namun Jimin sempat menahannya.
Dari jauh Manager Sejin datang sambil tercungap-cungap.
❝Persembahan korang.....❞ Jin menahan Manager Sejin daripada meneruskan kata-katanya.
Jin menganggukkan kepalanya, memberi isyarat bahawa mereka sudah mengetahuinya.
Manager Sejin memandang wajah-wajah BTS satu persatu. Terpancar riak kekecewaan dari wajah masing-masing.
❝Korang mesti lapar kan. Jom kita pergi makan nak?❞ pujuk Manager Sejin kepada BTS.
❝Baik.❞ sahut BTS, lemah.
Masing-masing mengemas segala peralatan mereka lalu melangkah keluar dari Bangunan SBC.
Kecewa memang kecewa. Tapi siapalah mereka melawan arahan pihak atasan. Hendak tak hendak, terpaksalah mereka pasrah.
Mungkin hari ini bukan hari mereka untuk menyerlahkan bakat mereka.
Mungkin di masa hadapan, peluang mereka semakin besar untuk menyerlahkan bakat mereka bersinar seperti kilauan emas.
Siapakan tahu, nama BTS akan terkenal di seluruh dunia pada masa yang akan datang.
Mungkin pada masa itu, semua orang berebut-rebut mahu menjadikan BTS sebagai duta mereka walaupun sebelum ini BTS tidak dilayan dengan baik oleh mereka.
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Teruskan berusaha dan sudah pasti akan berjaya.
+
Maafkan patik sebab lama tak update story ni. 😭🙇 Patik akan cuba update sekerap yang mungkin. Thank you sebab sudi baca story ni. 😘💜
☆⇨★
comment (✔)©Peanut_Kookie
YOU ARE READING
[Re-Edit] 방탄 소년단 ✧ Ke Kedah Ke Kita ✧
Fanfic❝Kita kat mana ni?❞ ❝Selamat datang ke Kedah Darul Aman, Malaysia!❞ + ❝Tap "read" for full sinopsis.❞ ❝Tap "+" for more marvelous synopsis.❞ ❝Start : 15/08/2020❞ ❝End : TBA❞ ❝This fanfic is in 65% Malay, 25% English and 10% Korean.❞ ❝Do not COPY or...